PARIS - Sekumpulan saintis antarabangsa semalam mengumumkan penemuan satu spesies baru buaya purba yang memiliki gigi untuk mengunyah makanan dengan menjadikan darat sebagai habitat.
Seorang profesor di Universiti Ohio di Athens, Greece, Patrick O'Connor yang mengetuai kajian itu berkata, rangka lengkap reptilia tersebut berusia 100 juta tahun ditemui di lembangan lurah Rukwa, Tanzania pada 2008 lalu.
Reptilia itu dinamakan Pakasuchus kapilimai daripada perkataan paka bererti kucing dalam bahasa Swahili Afrika dan souchos iaitu buaya dalam bahasa Greek manakala Kapilimai merujuk kepada nama seorang pakar purba dari Tanzania, Saidi Kapilima. - Agensi
No comments:
Post a Comment