Pages

Thursday, August 5, 2010

Lima tahun ‘tinggal’ anak demi PhD





2010/08/05

GEORGETOWN: Pengorbanan selama lima tahun sepasang suami isteri ‘meninggalkan’ dua anak mereka termasuk seorang yang masih dalam buaian, ternyata berbaloi apabila kedua-duanya memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM). 

Guru Penolong Kanan I Sekolah Menengah St George, S Ilangko, 45, dan isteri, J Paramaswari, 45, guru Sekolah Jenis Kebangsaan Convent Datuk Keramat, di sini masing-masing menerima PhD Pendidikan Tinggi dan PhD Komunikasi.
Pasangan itu menerima ijazah berkenaan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, selaku Canselor USM pada Majlis Konvokesyen Ke-42 universiti itu, di sini, semalam.
Ilangko berkata, beliau dan isteri bertungkus lumus selama lima tahun untuk menamatkan pengajian sehingga menyebabkan sebahagian besar masa mereka tidak dapat diluangkan bersama anak mereka, Mritickah yang kini berusia 10 tahun dan I Pavithran, 8. 

Katanya, mereka terpaksa berkorban masa untuk bersama anak-anak kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk mengulang kaji serta melakukan kajian di kampus. 

“Apabila melihat anak kami yang masih kecil terutama dalam buaian, perasaan sedih pernah timbul, namun demi untuk kedua-dua anak, kami tekadkan semangat untuk terus pengajian,” katanya selepas majlis konvokesyen itu.

No comments: