2010/03/24
ST PETERSBURG: Seorang lelaki Russia menolak imbuhan bernilai RM3.32 juta selepas dia berjaya menyelesaikan kebuntuan matematik yang gagal diatasi sejak 100 tahun lalu.
Dianggap lelaki paling pintar di dunia, Dr Grigory Perelman, 44, kini masih menetap di sebuah rumah pangsa kotor di St Petersburg. Apabila dimaklumkan mengenai hadiah ditawarkan Institut Matematik Clay di Amerika Syarikat, Perelman enggan menerimanya.
“Saya ada semua yang diperlukan,” katanya tanpa membuka pintu rumah, semalam.
Dia memecahkan kebuntuan teori Andaian Poincare yang memeningkan pakar matematik selama seabad.
Rumusan Perelman diposnya ke Internet dan mengagumkan pakar matematik.
Empat tahun lalu, dia tidak muncul untuk menerima anugerah berprestij daripada Kesatuan Matematik Antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

No comments:
Post a Comment