oleh Ibnuyaacob
Tiadalah perkara yang lebih menyakitkan hati apabila umat Islam sendiri menjadi pembelot kepada agama dan bangsanya dalam usaha membantu musuh menghancurkan harakah Islamiyah.
Begitulah halnya yang berlaku kepada organisasi yang membela umat Palestin sekarang ini iaitu Hamas. Tidak cukup dengan hentaman dan terkaman Israel sepanjang hari, kini muncul pula pendedahan akhbar-akhbar Israel bahawa anak kepada Sheikh Hassan Yousef iaitu Mosab Hassan bekerja untuk Israel melalui organisasi Shin Bet.
Sheikh Hassan Yousef merupakan antara pemimpin kanan Hamas yang kini berada di penjara Israel kerana dituduh menyertai organisasi pengganas. Beliau ditangkap pada September 2005 dan sebelum itu pernah beberapa kali ditangkap sebelum dilepaskan pada September 2004.
Mossab Hassan Yousef
Kita tidak pasti apa yang menyebabkan Mossab menjadi tali barut kepada Israel dan yang lebih menyedihkan adalah beliau sendiri telah murtad dan menukar kepada agama Kristian.
Keputusan beliau untuk menjadi kafir amat menghairankan banyak pihak kerana Mossab dilahirkan dalam keluarga Islam malah ibu bapanya juga berketurunan arab Islam sejati.
Menurut laporan berita Fox News, ‘anjing’ ini telah bertukar ke agama Kristian pada sekitar Ogos 2008 ketika berada di penjara Israel. Semenjak itu, Mossab dilihat seringkali dilihat berulang-alik memasuki sebuah gereja di Jalan Barabas, San Diego, California.
Semenjak menjadi agen Israel pada 1996, Mossab dikatakan bertanggungjawab dalam urusan penangkapan beberapa orang pemimpin Hamas, pembocoran maklumat rahsia dan beberapa nombor telefon peribadi pemimpin-pemimpin Hamas.
(Kiri) Mossab Hassan (kanan) ayahnya, Sheikh Hassan Youssef
Antara orang-orang kanan Hamas yang dibelot oleh Mossab sehingga berlaku penangkapan ialah Komander Ibrahim Hamid, Marwan Bargouti, Abdullah Bargoutti dan bapanya sendiri iaitu Syeikh Hassan Yousef.
Selain itu, Mossab juga dikatakan menggunakan gelaran The Green Princebagi dirinya dalam organisasi Shin Bet. Menurutnya, Green (hijau) dipilih merujuk kepada warna bendera Hamas manakala Prince (Putera) bermaksud anak kepada salah seorang pemimpin hamas.
Pembelotan Mossab ini boleh dikatakan bakal menjadi punca kepada berulangnya perang Israel-Palestin dan Mossab sendiri mungkin salah seorang agen yang sangat mahal di hati Israel selain daripada Dr. Ashraf Marwan.
Berikut ialah temuduga wartawan Jonathan Hunt bersama Mossab Hassan Yousef yang dikeluarkan oleh Fox News.
“I believe that all those walls that Islam built for the last 1,400 years are not existing (sic) anymore. They don’t recognize this. They built those walls and made people ignorant because they’re afraid.”
“When I was 18 years old, and I was arrested by the Israelis and was in an Israeli jail under the Israeli administration, Hamas had control of its members inside the jail and I saw their torture; (they were) torturing people in a very, very bad way.”“When I studied the Bible carefully verse by verse, I made sure that that was the book of God, the word of God for sure, so I started to see things in a different way, which was difficult for me, to say Islam is wrong.”“…I started to figure out the problem is Islam, not the Muslims and those people - I can’t hate them because God loved them from the beginning. And God doesn’t create junk. God created good people that he loved, but they’re sick, they have the wrong idea. I don’t hate those people anymore but I feel very sorry for them and the only way for them to be changed (is) by knowing the word of God and the real way to him.”
Persoalan-persoalan dalam kaedah Teori Konspirasi
Kemarahan tentang pembelotan Mossab terhadap umat Islam sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, sebagai blog konspirasi, beberapa persoalan harus dipandang lebih jauh dalam isu Mossab ini kerana ia mungkin membawa kepada beberapa petunjuk yang mencerminkan kepada kebenaran teori-teori penyiasat konspirasi antarabangsa yang diutarakan selama ini.
Antara persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan dalam isu ini ialah
- Mengapa Mossab Hassan memeluk agama Kristian dan bukannya Judaissedangkan dia ditahan di Israel.
- Adakah teknologi nano-robot keluaran Illuminati sudah mencapai tahap mampu menukar aqidah?
- Adakah Mossab Hassan merupakan sampel kajian Illuminati yang sangat berjaya yang bakal mencerminkan satu kaedah perang masa depan yang diluar jangka?
- Mengapa Mossab Hassan mendedahkan rahsia peribadinya dikhalayak umum sedangkan dia sendiri mengetahui tindakannya itu akan menyebabkan dia bakal dibunuh. Persoalannya adakah dia dengan rela mendedahkan identitinya atau dia diarah untuk berbuat demikian.
Wallahu’alam …
No comments:
Post a Comment