Pages

Monday, December 27, 2010

Peladang tembak mati haiwan ganjil



HAIWAN yang ditembak mati Mark Cothren.


PERSIMPANGAN LEBANON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak diketahui, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.
Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu kerana bimbang terhadap keselamatannya kerana dia tidak mengetahui spesies makhluk ganjil itu.
Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya.
"Ia kelihatan ganjil menyebabkan saya memegang raifal dan menembaknya. Saya berasa gembira kerana saya menembaknya kerana saya tidak mengetahui apakah sebenarnya makhluk itu," kata Cothren.
Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.
Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.
Chupacabra merupakan haiwan legenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing.
Misteri haiwan itu dijangka diselesaikan tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji asid deoksiribonukleik haiwan itu bagi menentukan spesies makhluk tersebut. - Agensi

No comments: