SEJUMLAH besar orang ramai mengerumuni gedung Selfridges di Oxford Street, London semalam. |
LONDON - Berjuta-juta orang menyerbu gedung perniagaan yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus semalam di Britain.
Diskaun itu diberikan sempena cuti umum hari kedua perayaan Krismas yang dikenali sebagai Boxing Day di negara tersebut.
Pusat beli-belah Brent Cross di utara London membuka pintunya dua jam lebih awal menyebabkan sehingga 10,000 orang membeli-belah dalam tempoh sejam ia dibuka.
Kira-kira 1,000 orang sanggup menunggu selama dua jam di luar pusat beli-belah River Island, Topshop dan Zara.
Seorang jurucakap menyatakan, secara puratanya sebanyak £7,000 (RM33,456) dibelanjakan setiap minit semalam.
Diskaun 50 peratus diberikan untuk pakaian dan barangan kemas manakala 80 peratus untuk kasut.
Semasa pusat beli-belah Selfridges di Oxford Street dibuka pada pukul 11 pagi, lebih 8,000 orang menunggu di luar bangunan tersebut berbanding 2,000 sahaja pada tahun lalu.
Di pusat beli-belah Braehead dekat Glasgow, pembeli-belah sanggup menunggu di luar bangunan sebelum ia dibuka pada pukul 7 pagi.
Pengurus Besar Braehead, Peter Beagley berkata: "Orang ramai memandu ke tempat letak kereta kami seawal pukul 5 pagi untuk menjadi kumpulan pertama membeli barangan jualan." - Agensi
No comments:
Post a Comment