BRUSSELS: Seorang lelaki yang mengubah suai bangunan bekas sebuah bank menemui wang tunai bernilai £255,000 (RM1.32 juta) yang ditinggalkan dalam sebuah peti besi.
Ferhat Kaya, 33, sudah membayar £153,000 (RM795,600) untuk membeli bangunan itu yang sebelum ini cawangan bank Dexia, di Ghent, untuk dijadikan pejabatnya, sebuah firma perakaunan.
Ferhat menolak upah £3,000 (RM15,600) daripada ejen hartanah untuk memindahkan sebuah peti besi lama sebaliknya meminta dua sahabat baiknya, Murat dan Hurun Tufan, untuk membawanya apabila mereka menemui wang tunai itu. – Agensi
No comments:
Post a Comment