NEW DELHI: Selepas memecat pramugarinya kerana gemuk, Air India semalam mempelawa wanita terbabit kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan syarikat penerbangan itu.
Jurucakap Air India berkata, mereka menghubungi sembilan atau 10 bekas pramugari yang dipecat lebih setahun lalu kerana gagal mematuhi syarat berat badan ketat ditetapkan syarikat berkenaan.
“Tiga daripada mereka membayangkan kemungkinan bersedia menerima pelawaan kami,” katanya.
Bagaimanapun, syarat ketat mengenai berat badan itu masih diguna pakai dan bekas pramugari terbabit mesti mematuhinya jika memohon bekerja semula.
Air India terpaksa menghadapi kemarahan penumpang sejak beberapa minggu lalu kerana sering terlewat berlepas.
Selain menghadapi kekurangan kru serius, masalah itu turut disebabkan sikap pekerja yang gemar ponteng. - AFP
No comments:
Post a Comment