Pages

Monday, December 6, 2010

5 terkorban trak bertembung kereta


Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat lima sekeluarga yang tersepit dalam kereta selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.6, Jalan Pantai di Kampung Tembok, Port Dickson semalam.

PORT DICKSON – Lima sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak tentera di Kilometer 19.6, Jalan Pantai di Kampung Tembok di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi itu, lima keluarga malang itu yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback itu maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan masing-masing.
Mangsa-mangsa yang terkorban ialah pasangan suami isteri, Saipol Naaim Mat Dan, 36, isteri, Nordiana Mohd. Said, 30, dan anak mereka Muhammad Harith Firdaus, 4.
Turut terkorban ibu bapa Nordiana. Mereka ialah Mohd. Said Lakan, 58, dan Rosnani Buyong, 50. Said dan Rosnani semasa kejadian duduk di tempat duduk penumpang belakang kereta.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, semasa kemalangan kelima-lima mangsa yang berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dalam perjalanan menuju ke Melaka.
“Punca kemalangan itu berlaku selepas trak tentera itu hilang kawalan selepas kenderaan itu bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Waja,” kata beliau di sini semalam.
Berikutan itu, menurut beliau, trak yang dinaiki oleh lima anggota tentera itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Wira Aeroback dinaiki lima sekeluarga itu.KOSMO

No comments: