Monday, December 6, 2010
KISAH NABI IDRIS A.S. MENIKAM MATA iblis
Pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, tiba-tiba
berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur di
tangannya. Katanya Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke
dalam telur ini?
Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam
lelaki berkenaan sebagai iblis laknatullah.
Nabi Idris A.S. bersabda: Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa yang
engkau kehendaki. Maka raja iblis itu pun mendekati baginda sambil mengulangi
pertanyaannya : Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam
telur ini?
Sahut Nabi Allah Idris A.S. : Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur
sebesar ini, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil inipun, Tuhanku Maha Berkuasa
memasukkan dunia ke dalamnya Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris A.S. pun
menikam mata raja iblis dengan jarum. iblis pun terperanjat dan kesakitan lalu
melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris A.S. yang telah
menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman kebangkitan Junjungan
kita dan kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.
Labels:
iblis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment