Pages

Thursday, November 25, 2010

Ribuan pelajar protes di London




SEJUMLAH pelajar bertempur dengan anggota-anggota polis di tengah London semalam.


LONDON - Para penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis di tengah London semalam bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan yuran pengajian universiti.
Mereka melontarkan sepanduk ke arah polis selain menyerang sebuah van polis ketika berarak berhampiran bangunan Parlimen.
Para pelajar itu turut berarak di universiti-universiti, sekolah dan kolej sebagai reaksi terhadap rancangan kerajaan campuran yang mahu menaikkan yuran pengajian sebanyak tiga kali ganda kepada AS$14,500 (RM45,464) setahun.
Kehadiran anggota polis dilihat lebih ramai berbanding tunjuk perasaan pada dua minggu lalu.
"Sesiapa yang merancang melakukan kekacauan, keganasan serta jenayah di London harus faham bahawa tindakan itu tidak diambil ringan dan mereka akan ditahan," tegas seorang pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas operasi pasukan polis.
"Disebabkan negara berada dalam hutang, kami tidak dapat belajar di universiti. Ini bukan masalah kami, ini salah kerajaan," kata Rosie Dean yang berusia 15 tahun.
Kumpulan itu merancang untuk berarak ke ibu pejabat parti Liberal Demokrat dan melakukan tunjuk perasaan di luar pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di Downing Street.
Pihak penganjur memberitahu, seramai 20,000 golongan muda turut serta dalam tunjuk perasaan itu di seluruh negara. - Reuters

No comments: