Pages

Sunday, October 3, 2010

Tentera Britain miskin senjata



LONDON - Menteri Kewangan Britain, George Osborne mendakwa pasukan tentera negara itu sebagai ketinggalan zaman kerana masih menggunakan persenjataan era Perang Dingin dan kurang kelengkapan canggih abad ke-21.
Dalam wawancara yang disiarkan akhbar The Daily Telegraphsemalam, beliau mendedahkan kerajaan Buruh terdahulu meninggalkan Kementerian Pertahanan dengan kontrak pembekalan kenderaan dan senjata lama yang kini tidak lagi sesuai digunakan.
"Kita memiliki sejumlah peralatan yang hanya boleh melawan tentera Rusia di kawasan lapang di utara Jerman, sedangkan itu bukan perang yang akan kita hadapi," katanya sambil menyifatkan bajet Kementerian Pertahanan sebagai kelam-kabut, tidak kemas dan tiada hala tuju.
Osborne memberitahu Setiausaha Pertahanan, Liam Fox kini terpaksa menyusun semula bajet tahunan kementerian itu yang mencecah 38 bilion pound sterling (RM186 bilion) dengan memotong 10 peratus perbelanjaan tidak perlu.
- AFP

No comments: