MOSCOW – Kontraktor Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Energia merancang untuk membina hotel pertama di angkasa lepas untuk meningkatkan pasaran pelancongan peribadi, menurut eksekutif kanan ISS, Khamis lalu. Timbalan Ketua Jurureka Energia, Alexander Derechin berkata, syarikat itu mahu membina sebuah rumah yang mampu memuatkan tujuh orang dan berfungsi seperti sebuah hotel. Virgin Galactic, milik syarikat Virgin Atlantic Airways dilaporkan akan menguji penerbangan ke angkasa bagi tujuan pelancongan pada 2011. Hotel tersebut akan menyediakan kemudahan untuk kajian saintifik, projek media dan hiburan. Menurut Orbital Technologies, para pelabur peribadi melaburkan AS$100 juta (RM320 juta) hingga AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk projek tersebut dan beberapa pelanggan sudah pun menandatangani kontrak untuk menginap di hotel itu. |
Sunday, October 3, 2010
Syarikat Rusia rancang bina hotel angkasa pertama
Labels:
hotel angkasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment