Pages

Sunday, October 24, 2010

Foto berahi perkahwinan Jupe




JULIA PEREZ keluar dengan foto-foto perkahwinan yang unik tetapi dianggap 'liar' oleh khalayak.


PELAKON seksi, Julia Perez sentiasa mencetuskan kontroversi. Terbaru, dia menyebabkan dunia hiburan Indonesia heboh dengan gambar-gambar praperkahwinannya bersama pemain bola sepak dari Argentina, Gaston Castano.
Gambar-gambar tersebut sudah pun mula beredar di Internet. Julia mengakui bahawa gambar tersebut miliknya dan Gaston sebaik diminta mengulas perkara tersebut.
"Itu memang gambar kahwin saya. Tetapi nikahnya belum lagi, masih lama," ujar artis yang selesa tampil seksi tersebut. Julia yang selesa disapa Jupe itu menafikan dia akan melepaskan status jandanya dalam masa terdekat.
"Tidaklah, rasanya masih lama. Sekitar tahun depan pastinya. Masih lama," kata Julia.

No comments: