Pages

Sunday, October 24, 2010

China lancar versi Google Earth sendiri



BEIJING - China melancarkan perkhidmatan pemetaan atas talian secara rasmi selepas syarikat gergasi Internet, Google menangguhkan permohonan untuk mendapatkan lesen bagi menawarkan perkhidmatan sama di negara itu. 

Perkhidmatan Map World yang ditawarkan oleh kerajaan China itu dapat digunakan secara percuma dan membenarkan pengguna mencari gambar lokasi di seluruh dunia dalam bentuk dua dan tiga dimensi, menurut media rasmi kerajaan China. 

Biro Pemetaan dan Tinjauan China yakin perkhidmatan itu akan menjadi jenama terkenal dari China bagi perkhidmatan pemetaan atas talian yang boleh digunakan dengan berkesan. 

Map World dijangka mampu mengemaskini data geografi yang dipaparkan sebanyak dua kali setahun berbanding Google Earth yang mampu mengemaskini data setiap dua minit. 

Perkhidmatan peta syarikat Google di China tergendala selepas Beijing memperkenalkan peraturan baru yang menuntut semua syarikat yang menawarkan perkhidmatan peta dan lokasi melalui Internet mendapatkan kelulusan daripada kerajaan, Mei lalu.

No comments: