2010/10/04
LONDON: Britain buat pertama kali semalam secara rasmi mengiktiraf Druids, kepercayaan purba dengan penganutnya menyembah matahari dan bumi sebagai satu agama, sekali gus meletakkan kedudukannya sama seperti agama lain di negara itu. Pengiktirafan itu membolehkan Druids dikecualikan daripada cukai terhadap sebarang sumbangan atau derma yang diterimanya, seperti agama utama di Britain.
Penganut Druids yang terkenal dengan upacara perhimpunan di Stonehenge pada setiap musim panas manakala kepercayaan mereka sudah diamalkan di Britain serta beberapa wilayah di Eropah sejak beribu-ribu tahun lalu.“Pengiktirafan ini akan memberi kepercayaan purba ini suatu nilai yang baru.
“Bagaimanapun, kami memerlukan masa yang panjang untuk menjadikan perkara ini suatu kenyataan,” kata Phil Ryder, pengerusi Rangkaian Druids yang sehingga kini dilapor mempunyai 350 ahli. – AP
No comments:
Post a Comment