BERLIN - Lebih 100 rakyat Jerman mengadakan tunjuk perasaan di luar Hotel Berlin bagi mengutuk lawatan ahli politik anti-Islam Belanda, Geert Wilders ke negara mereka, kelmarin. Penunjuk perasaan yang dikawal oleh hampir 250 anggota polis itu berkumpul di hadapan hotel di mana Wilders dijadual memberi ucapan. Ahli politik Jerman berhaluan kanan, Rene Stadtkewitz yang dibuang daripada parti pemerintah Kesatuan Demokrasi Kristian, mengundang Wilders ke persidangan mengenai kebebasan yang diadakan di Berlin. Dalam ucapannya, Wilders cuba mendapatkan sokongan ahli politik lain supaya menentang Islam. Wilders dijadual menghadiri perbicaraan atas tuduhan menghasut dan menyebarkan sentimen anti-Islam di Amsterdam, hari ini. Tunjuk perasaan sama diadakan di Britain di mana ratusan penunjuk perasaan berkumpul dihadapan bangunan Parlimen Britain membantah kunjungan Wilders ke London, Mac lalu. |
Monday, October 4, 2010
Berlin kecam pemimpin anti-Islam Belanda
Labels:
kecam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment