Bayi itu yang tidak diketahui jantinanya mati semasa didukung ibunya ketika orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri sewaktu gunung itu mula meletus.
Stesen televisyen swasta, Metro TV melaporkan, mayat bayi itu telah dihantar ke hospital berdekatan.
Kebanyakan yang cedera adalah akibat terkena debu panas yang dihamburkan oleh Gunung Merapi, termasuk enam melecur teruk, kata seorang wartawan AP, yang menyaksikan penduduk yang cedera dibawa keluar dari kawasan ini untuk mendapatkan rawatan.
Ketua ahli vulkanologi, Subandriyo berkata, letusan itu berlaku sebelum waktu senja.
Gunung itu sebelum itu telah mengeluarkan bunyi menderam dan asap tebal selama beberapa jam, katanya.
"Berlaku bunyi deraman yang kuat selama beberapa ketika, mungkin selama 15 minit.
"Kemudian kepulan debu panas besar mula dihamburkan ke udara," kata seorang petani yang masih belum meninggalkan rumahnya di kawasan cerun gunung berapi itu ketika ia meletus.
"Tenaganya meningkat...kami berharap ia akan reda perlahan-lahan.
"Jika tidak kita akan melihat satu letusan yang besar, lebih besar daripada apa yang kita lihat semasa ia meletus beberapa tahun lalu," kata ahli vulkanologi kerajaan, Surono kepada wartawan.
Kira-kira 11,400 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi itu telah digesa untuk berpindah.
Namun, kebanyakan mereka yang berbuat demikian hanyalah warga tua dan kanak-kanak, sementara orang dewasa cenderung untuk tidak meninggalkan rumah dan tanaman mereka di kawasan cerun itu. - AP
No comments:
Post a Comment