Pages

Tuesday, September 21, 2010

Penumpang, kru Qantas mahu saman Airbus

SYDNEY: Seramai 76 penumpang dan kru pesawat Qantas bakal melancarkan saman berjuta dolar terhadap syarikat Airbus dan pembuat komponen pesawat itu.
Ia ekoran insiden pesawat itu menjunam dua kali semasa penerbangan dan menyebabkan ramai penumpang cedera.Peguam Floyd Wisner berkata beliau mewakili penumpang dan kru yang menaiki pesawat Qantas jenis Airbus A330-300 pada 7 Oktober 2008.Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Singapura ke Perth apabila ia tiba-tiba menjunam dari ketinggian 11,277 meter kepada paras 200 meter.Juruterbang pesawat itu berjaya mengawal pesawat kepada ketinggian asal sebelum ia menjunam lagi pada paras 121 meter. Ia menyebabkan lebih 100 orang cedera.Encik Wisner enggan mendedahkan jumlah sebenar saman yang bakal diutarakan kepada syarikat Airbus dan Northrop Grumman dari Amerika Syarikat yang membuat unit data pesawat itu.Beliau berkata ramai penumpang trauma ekoran kejadian itu, di samping kecederaan fizikal, sehinggakan mereka tidak lagi mahu menaiki pesawat.Sebahagian besar kliennya ialah warga Australia. Yang lain berasal dari Britain, Sri Lanka, India dan Singapura.Kliennya menggambarkan keadaan di pesawat itu bak 'zon perang'.'Para penumpang tercampak ke siling, kepala mereka terhantuk pada tempat meletak bagasi, terapung di siling sebelum mereka terhempas ke atas penumpang lain,' kata Encik Wisner. -- AFP.

No comments: