Pages

Tuesday, September 21, 2010

Miliki wajah baru setelah muka ditembak suami

WAJAHNYA yang agak lebar dengan dagu empat segi dan hidung yang lurus dan panjang, dilihat dari dekat, jelas bukan sebahagian daripada seluruh tubuhnya.
Namun, Cik Connie Culp kelihatan lega kerana masih memiliki wajah yang enam tahun lalu telah hancur setelah suaminya menembak mukanya dengan pistol pada tahun 2004.Cik Culp berjalan perlahan dengan tongkat kerana masih belum dapat melihat dengan jelas.Menurut nenek yang sebelum tragedi itu berwajah manis dengan senyuman lebar, beliau tidak kisah apa yang orang lain fikir tentang paras rupanya.'Walau macam mana pun rupa kita, orang akan sentiasa lihat ada kecacatannya, sama ada dalam cara kita bercakap atau apa jua, kan? Tiada orang yang sempurna,' ujar Cik Culp, 47 tahun.Beliau menjalani pembedahan terakhir untuk mendapatkan wajah baru pada Julai lalu.Dalam wawancara dengan agensi berita Associated Press (AP) di Klinik Cleveland, Amerika Syarikat, Cik Culp turut membincangkan tentang rancangannya untuk menggalakkan pendermaan organ.Hasratnya dirangsang oleh budi baik seorang penderma yang tidak dikenali yang telah mendermakan wajahnya kepada beliau. Jika tidak, beliau akan terus terpaksa bernafas dan makan melalui tiub, kata Cik Culp.'Seluruh ahli keluarga saya pun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan saya kerana bentuk muka saya ini.'Tak sedap saya cakap begitu mengenai keluarga saya. Bagaimanapun, kami semakin rapat sekarang,' ujarnya.Pembedahan terakhir yang dijalaninya melibatkan pembuangan lapisan kulit yang tergantung di pipi dan hujung dagunya yang membuat mukanya menggeleber dan beliau selalu pening.Hasil pembedahan terbaru itu, beliau boleh tersenyum dan dapat merasakan bibir cucu lelakinya yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu menciumnya di pipi.Penderma muka bagi Cik Culp ialah seorang wanita sebayanya yang baru meninggal dunia. Pembedahan pemindahan muka itu mengambil masa 22 jam.Sekumpulan doktor telah mengambil wajah penderma itu untuk menggantikan 80 peratus wajah Cik Culp dengan menggunakan tulang, otot-otot, saraf, kulit dan saluran-saluran darah.Pemindahan wajah itu adalah yang keempat dilakukan di seluruh dunia.Suaminya yang menembaknya kini sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun.Menurut Cik Culp, sebelum tragedi tersebut, beliau dan suaminya sering membuat kerja bersama seperti memotong kayu di hutan. Mereka juga menjalankan perniagaan mengecat bersama-sama di sebuah pekan kecil bernama Unionport dekat Pennsylvania.Cik Culp masih mengalami pening kepala sekali-sekala akibat pembedahan di mukanya jika cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.

No comments: