Pages

Tuesday, September 21, 2010

Kumpulan militan serang konvoi tentera Tajikistan

DUSHANBE (Tajikistan): Kumpulan militan bersenjata telah menyerang hendap sebuah konvoi tentera di timur Tajikistan dan membunuh sekurang-kurangnya 23 askar sekali gus menjadi tamparan hebat kepada negara miskin di sempadan utara Afghanistan itu.
Konvoi tentera itu sedang menuju ke daerah Rasht, sebuah kawasan sekitar 80 kilometer ke utara sempadan Afghan, apabila ia diserang di sebuah lembah kelmarin, kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Tajikistan, Encik Faridun Makhmadaliyev, semalam.Beliau berkata para penyerang itu dipimpin oleh Mullo Abdullo, seorang komander pelampau Islam yang mengambil bahagian dalam perang saudara selama lima tahun di negara itu, yang menghancurkan bekas republik Soviet pada 1990-an.Seorang lagi panglima, Alovuddin Davlatov, juga disyaki terbabit dalam serang itu.Menurut Encik Makhmadaliyev, orang awam dari Afghanistan dan Pakistan dan para pejuang dari Chechnya di selatan Russia juga mungkin terlibat.Abdullo melarikan diri ke Afghanistan selepas berakhirnya perang saudara pada 1997, tetapi dia dipercayai pulang ke negara asalnya beberapa tahun lalu.Saudara lelaki Davlatov, seorang ahli politik dengan parti pembangkang, Parti Kebangkitan Islam (IRP), yang ditahan oleh agensi khidmat keselamatan 10 hari lalu kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan pelampau yang diharamkan.Dia juga dikaitkan dengan kematian 23 orang askar itu, kata Encik Makhmadaliyev.Presiden Tajikistan, Encik Emomali Rakhmon, yang kini di New York, Amerika Syarikat, untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengarahkan supaya para penyerang itu dibawa ke muka pengadilan.Rondaan polis di ibu kota Tajikistan telah ditingkatkan di tengah-tengah suasana tegang itu berikutan beberapa pengeboman dan satu kejadian tahanan para pemisah dan pembangkang pemerintah yang meloloskan diri dari penjara secara besar-besaran.Satu pengeboman nekad di sebuah balai polis pada awal bulan lalu di bandar Khujand di utara Tajikistan mengorbankan dua jiwa dan mencederakan 25 yang lain. -- AP.

No comments: