NEW YORK 20 Sept. - Video-video kreatif dalam YouTube akan disenarai pendek kepada 20 video untuk ditayangkan di Muzium Solomon R. Guggenheim, New York Oktober ini.
Sebanyak 125 video daripada 23,000 video kreatif yang dihantar dari 91 negara ke YouTube telah disenarai pendek buat masa ini untuk tayangan sulung tahunan itu.
'Video Kreatif Tahunan YouTube' merupakan carian video tertinggi dalam laman web popular milik Google Inc..
Kumpulan kurator dari Muzium Solomon R. Guggenheim di New York telah memilih video itu dan ia akan dimainkan di kios-kios di muzium Guggenheim di New York, Berlin, Bilbao, Sepanyol dan Venice, Itali bermula hari ini.
Juri termasuk pembuat filem, Darren Aronofsky dan artis visual, Takashi Murakami sekali lagi akan menyenarai pendek senarai itu kepada 20 video dan kemudiannya akan ditayangkan di Muzium Guggenheim, New York pada 21 Oktober ini.
"Adalah semakin jelas menunjukkan video-video kreatif ini penting kepada YouTube. Ia sebahagian daripada asas kepada apa yang dilakukan oleh laman web itu yang sehingga kini masih belum benar-benar diraikan," kata pengarah pemasaran YouTube, Anna Bateson.
Pemilihan video dibuat secara bebas daripada video yang dicipta oleh mereka yang terkenal sehinggalah daripada hasil kerja pelajar dan amatur.
Antara video yang dipilih ialah video muzik OK GO 'This Too Shall Pass' yang menampilkan perkakas Rube Goldberg, mesin rumit yang direka untuk melakukan tugasan mudah. - AP
No comments:
Post a Comment