Pages

Sunday, September 12, 2010

Mexico perkenal teleskop canggih

SIERRA NEGRA - Teleskop canggih dengan diameter 50 meter bakal membantu usaha meneroka misteri alam dari puncak gunung berapi di Sierra Negra, Mexico.

Large Millimeter Telescope: yang menyerupai piring satelit ini diletakkan pada ketinggian 4,580 meter di tengah Puebla, bersebelahan gunung tertinggi di Mexico, Pico de Orizaba.

Teleskop ini mula dibina 12 tahun lalu dan mula di-uji pada 2008, serta dijadualkan mula beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Pembinaan Large Millimeter Telescope melibatkan kos AS$115 juta (RM357 juta) dan diiktiraf sebagai teleskop terbesar di dunia yang menggunakan gelombang milimeter (0.85-3.00 milimeter) serta mampu mengesan radiasi dari angkasa lepas, kawasan paling sejuk di alam semesta dan pembentukan bintang.

Teleskop ini diyakini dapat menyelongkar serta membongkar misteri kelahiran dan kematian galaksi yang terletak 14,000 tahun cahaya dari Bumi.

Kejayaan projek ini adalah berikutan kerjasama Universiti Massachusetts (UMass) di Amerika Syarikat dan Institut Astrofizik, Optik dan Elektronik Kebangsaan (INAOE) di Mexico.

Salah seorang saintis dalam projek ini, Miguel Chavez berkata, teleskop ini juga akan digunakan untuk mengesan kemungkinan terdapat kehidupan di galaksi-galaksi lain.

"Saintis percaya bahawa kita tidak hidup sendirian di alam semesta ini," katanya.

No comments: