Pages

Monday, September 6, 2010

Indonesia protes rancangan bakar al-Quran Rabu ini




JAKARTA - Ribuan umat Islam di Indonesia berhimpun di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk memprotes rancangan sebuah gereja AS yang ingin membakar al-Quran secara terbuka sempena memperingati kejadian serangan 11 September, kelmarin. 

Gereja The Dove World Outreach di Gainesville, Florida menegaskan akan meneruskan perancangan membakar al-Quran secara terbuka sempena ulang tahun ke-sembilan Pusat Dagangan Dunia (WTC) diserang pengganas pada 9 September 2001, Rabu ini. 

Sekurang-kurangnya 3,000 anggota kumpulan Islam di Indonesia berarak ke Kedutaan AS di pusat bandar Jakarta sambil mengibarkan kain rentang dan poster membantah rancangan itu. 

Pemimpin agama Islam di Indonesia mengutuk rancangan biadap gereja itu dan meminta kerajaan AS menggunakan kuasanya untuk menghentikan penghinaan agama itu.

No comments: