Pages

Monday, September 6, 2010

Tujuh maut serangan di Baghdad



BEBERAPA askar memeriksa lokasi kejadian letupan pengebom berani mati di Baghdad semalam.


BAGHDAD - Seramai lima orang pengebom berani mati bersenjatakan senjata api cuba menyerbu sebuah pangkalan tentera di Baghdad semalam. Serangan itu mengorbankan tujuh orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 29 orang yang lain selepas seminggu Washington mengumumkan operasi tentera Amerika Syarikat di Iraq sudah berakhir.
Menurut jurucakap keselamatan Baghdad Mejar Jeneral Qassim al-Moussawi, dua penyerang meletupkan dirinya di belakang pintu kawasan kejadian selepas suspek ditembak manakala suspek ketiga meletupkan sebuah bas mini yang dipenuhi bahan letupan.
Katanya, dua orang suspek lagi bertempur selama sejam dengan pasukan tentera sebelum ditembak mati.
"Ia merupakan satu cubaan untuk memecah masuk ke pusat kawalan tentera Rusafa.
"Kejadian ini sama seperti serangan yang dilakukan ke atas bank negara tetapi pasukan keselamatan mematahkan percubaan itu dan membunuh kesemua penyerang," kata Qassim yang merujuk kepada kejadian 13 Jun lalu membabitkan serangan di Bank Negara Iraq. - Reuters

No comments: