2010/09/17
Sukar bagi sebarang agensi untuk pantau LONDON: Penduduk Britain mungkin membeli makanan dan daging daripada haiwan klon di pasar raya dan peladang dalam masa dua tahun lagi, kata badan pemantau rasmi, semalam.Tambah membimbangkan, Lembaga Agensi Penarafan Makanan (FSA) mengakui mustahil untuk mewujudkan satu badan untuk mengesan dan melabel makanan daripada haiwan klon itu, lapor Daily Mail.Agensi itu juga mendakwa, jual beli antarabangsa membabitkan embrio dan air mani haiwan klon amat berleluasa dan tidak dapat disekat atau dipantau.
Akibatnya, pengguna mungkin tidak sedar mereka makan daging dan minum susu lembu klon, tidak lama lagi.
Pengakuan mengejutkan itu dibuat pengerusi FSA, Lord Jeff Rooker, yang berkata: “Anda tidak dapat kawal apa yang anda tidak dapat kira atau periksa. Itu memang mustahil.
“Bagaimanakah kita dapat menghalang orang ramai daripada tertipu? Dalam perkara ini, kami tidak dapat memberi jaminan.”
Ketua Eksekutif FSA, Tim Smith, pula membayangkan bahawa anak lembu klon mungkin sudah banyak ada di ladang tanpa sesiapa mengetahui lokasinya, dua tahun lagi.
“Makanan berasal daripada haiwan klon sudah pun dijual di negara ini,” kata Presiden Persatuan Petani Kebangsaan Scotland, Jim McLaren.
“Perkara itu juga berlaku di tempat lain di dunia dan sudah ada di negara ini, membabitkan produk diimport,” katanya lagi.
Bulan lalu, akhbar mendedahkan daging daripada tiga haiwan klon sudah berada dalam pasaran makanan Britain dan Eropah sejak setahun lalu.
FSA sebelum ini menyatakan itu menyalahi undang-undang anggota Kesatuan Eropah (EU) tetapi mengubah pandangan apabila menyatakan perkara berkenaan mungkin perkara biasa beberapa tahun lagi. – Agensi
No comments:
Post a Comment