Pages

Saturday, July 10, 2010

Lapangan terbang terpaksa ditutup sebab UFO



15/7

SATU cahaya yang aneh bergerak dengan laju di ruang
angkasa bandar Hangzhou baru-baru ini.

BEIJING – Sebuah lapangan terbang antarabangsa di timur China terpaksa ditutup apabila pengawal-pengawal kawalan trafik udara mengesan kehadiran sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) menerusi skrin radar, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Xiaoshan di bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang, Rabu lalu menyebabkan semua penerbangan keluar ditunda manakala pesawat yang hendak mendarat dilencong ke lapangan terbang berdekatan.
Objek misteri itu dilaporkan muncul di radar pada waktu malam dan sempat dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan manakala ramai saksi mendakwa mereka juga melihat sebuah bebola api yang menyerupai komet di langit.
UFO tersebut kemudian hilang di skrin radar namun pegawai-pegawai lapangan terbang itu mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti objek berkenaan.
Seorang pemandu bas yang melintasi objek aneh itu melintasi ruang angkasa berkata, ia terbang begitu laju ke arah barat umpama melarikan diri daripada sesuatu. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: