Pages

Saturday, July 10, 2010

Anak Osama bercerai selepas dengar suara ganjil

15/7
LONDON – Anak lelaki Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden bercerai dengan isterinya yang berketurunan Inggeris yang telah memeluk agama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.
Osama yang dikehendaki oleh pemerintah Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa menaja keganasan kini didakwa bersembunyi di kawasan pergunungan di Pakistan dan Afghanistan.
Anak lelaki Osama itu bercerai selepas dia mendakwa kerap mendengar suara bapanya.
Omar telah dimasukkan ke sebuah hospital mental pada minggu lalu dan dia diberikan ubat sakit schizophrenia.
Dia yang berumur 29 tahun turut berkelakuan aneh selama beberapa minggu termasuk pernah disaman sebanyak 3,000 (RM14,544) kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan dia turut ketagih membeli-belah.
Isteri Omar, Zaina atau nama asalnya, Jane Felix Browne yang berusia 54 tahun mendedahkan kepada sebuah akhbar Britain bahawa dia kecewa dengan perpisahan mereka tetapi tidak tahan lagi dengan perangai ganjil suaminya.
“Memang benar ikrar perkahwinan kami untuk bersama di waktu sihat dan sakit tetapi jika perangai ganjilnya berterusan saya akan mati dahulu,” katanya.
Zaina yang pernah berkahwin sebanyak enam kali sebelum ini bagaimanapun memberitahu, dia tahu Omar mengalami sakit mental semasa mereka berkenalan.
Omar telah memohon visa untuk tinggal di Britain sebanyak enam kali tetapi semua permohonannya ditolak. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: