Pages

Thursday, June 10, 2010

Pelaburan RM1 juta dirikan Menara One Hotel membuahkan hasil




WAN SALSABILA menunjukkan Menara One Hotel di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.


KOTA BHARU- Keyakinan tinggi terhadap industri pelancongan negara menyebabkan seorang usahawan muda, Wan Salsabila Wan Ahmad Shaifuddin, 23, sanggup mengeluarkan pelaburan RM1 juta bagi mendirikan Menara One Hotel di sini.
Pelaburan itu meskipun dilihat sebagai satu cubaan berani bagi seorang yang baru dalam dunia perniagaan, namun beliau tetap berkeyakinan tinggi mampu meraih pulangan setimpal berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.
"Menara One Hotel memulakan operasi pada 1 Januari lalu sebagai sebuah hotel bertaraf tiga bintang namun tetap mengekalkan komitmen yang tinggi terhadap keselesaan para pelanggan.
"Bagi tahun pertama operasi, kami menyasarkan pulangan sekitar RM500,000 dan sehingga kini sasaran sudah hampir 40 peratus serta semakin meningkat," katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, selepas sebulan beroperasi, prestasi kewangannya bertambah baik dengan sambutan menggalakkan daripada para pelanggan terutama ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.
Jelasnya, pihak pengurusan kini giat menjalankan pelbagai usaha untuk memasarkan hotel tersebut dengan lebih meluas melalui jalinan kerjasama dengan ejen pelancongan dan agensi berkaitan.
"Di sini kami mempunyai 25 buah bilik terdiri daripada tiga jenis berbeza iaitu standard, superior dan duluxe yang berharga antara RM50 hingga RM108 dan semuanya dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
"Setiap bilik juga dilengkapi dengan televisyen LCD dan siaran Astro, mandian panas dan sejuk, cerek elektrik, telefon dan kemudahan WiFi," ujarnya.

No comments: