By La Domeng3 20/3/2001 9:53 pm Tue |
SOH26 : MAHATHIR AHLI SETIA FREEMASON? (Tulisan ini adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan saudara semua tentang kelicikan dan bahaya Pertubuhan Freemason dan Rotary. Hubungan antara mereka disangsikan oleh sebahagian daripada kita kerana kekurangan maklumat. Walau bagaimanapun Freemansory dan Rotary ternyata dengan jelas mempunyai program halus dalam kancah ekonomi,sosial dan politik tanahair. Disamping itu mereka juga mengambil dan melatih orang-orang tertentu yang pastinya mempunyai pengaruh dalam sesebuah negara bagi menjayakan program utama mereka iaitu bagi mencabut akidah umat Islam. Sebab mereka tahu kekuatan umat Islam terletak kepada seerat mana mereka berpegang kepada tali Allah. Jika pegangan itu dapat dilonggarkan, pasti umat Islam dapat ditewaskan) Berikut disenaraikan beberapa persamaan Freemasonry dan Rotary yang dikatakan ada kaitan dengan ramai pemimpin negara :- 1. Mereka sama-sama aktif merekrut orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi di dalam masyarakat dan tidak menerima ahli dari kalangan buruh, petani dan rakyat biasa. Pemilihan mereka yang berpangkat dan berkedudukan sebagai pemimpin membolehkan mereka ini memainkan peranan aktif dan menentukan ketetapan politik, ekonomi, sosial dan budaya yang akhirnya dapat mendukung agenda jahat Zionisme Antarabangsa. (Secara jelas kini kita sama-sama dapat melihat bagaimana Mahathir telah bekerjasama dengan penuh setia mendukung agenda jahat Zionisme Antarabangsa dengan memenjarakan Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Pak Amjal dan mendenda Pak Minhad dan dalam masa yang sama Mahathir dengan muka tidak tahu malu menyalak di Qatar mengutuk Yahudi Israel) 2. Mereka memilih ahli yang dikehendaki sahaja, tidak membuka peluang kepada seseorang untuk mengajukan diri sebagai ahli. Ahli rasmi akan mencadangkan kepada Kelab Rotary atau perkumpulan Freemasonry seseorang yang dirasakan sesuai bagi menjalani penyaringan dan beberapa prosedur tertentu. (Ahli baru yang sedang disaring dan diuji kesetiaannya adalah Dusuki Ahmad - SU Politik PM. Bagaimana mungkin PM boleh hidup jika SU Politiknya tidak sama-sama menyertainya dalam Freemason. Ini akan menambahmudahkan lagi perlaksanaan agenda jahat Zionisme Antarabangsa. Sebab itulah dia mencadangkan supaya universiti atau kursus pengajian pemikiran keparat Mahathir ditubuhkan...nak bodeklah tu) 3. Mereka sama-sama tidak mengizinkan pembukaan kelab atau perkumpulan baru dan tidak boleh langsung memulakan sebarang kegiatan tanpa restu Rotary Antarabangsa atau Freemansory Agung. Mereka akan hanya direstui menjalankan kegiatan setelah dipastikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Rotary atau Freemasonry, bukannya kepada negara sendiri. (Ahli Rotary dan Freemason sentiasa dididik supaya setia kepada kelab dan perkumpulan mereka tetapi tidak kepada negara sendiri. Dalam banyak hal kita boleh melihat setakat mana tahap kesetiaan Mahathir dan kroninya kepada negara ini. Dulu, kini dan selamanya Mahathir akan terus setia kepada kehendak dan arahan Zionisme Antarabangsa. Apa yang Mahathir lakukan selama ini tidak memperlihatkan beliau sebagai negarawan yang boleh dikenang bila dia mati nanti. Kesetiaannya kepada Freemason begitu tinggi hingga sanggup menghina Nabi dan para ulama.) 4. Mereka sama-sama mempunyai tujuan yang dirahsiakan, antara lain adalah bagi menundukkan siapa sahaja yang bencikan Yahudi, menyingkirkan fikiran manusia dari kesetiaan terhadap agama dan negara, mempengaruhi ketetapan politik, ekonomi dan sosial, mengerahkan orang-orang upahan, menetapkan orang-orang tertentu ditempat-tempat strategik. Semuanya ini dilakukan sebagai pengabdian kepada arahan-arahan Zionisme Antarabangsa. (Apakah perkara-perkara tersebut berlaku di negara kita yang tercinta ini? Jika ianya berlaku, siapakah dalangnya jika bukan Mahathir? Itulah sebabnya Mahathir tidak hirau langsung dengan kehendak rakyat, dia lebih patuh dan taat kepada arahan Zionisme Antarabagsa. Inilah malangnya nasib rakyat Malaysia yang berPMkan orang seperti Mahathir yang juga ahli setia Freemason. Kita dapat liha bagaimana orang-orang upahannya diletakkan di beberapa tempat strategik seperti dalam PDrM, Mahkamah, Hospital dan sebagainya. Ini semua adalah bagi bukan sahaja mengekalkan kuasanya tetapi lebih kepada memenuhi arahan Zionisme Antarabangsa. Mahathir sebenarnya telah dikuasaai oleh mereka.) 5. Mereka sama-sama bersepakat menguasai orang perseorangan dan media massa, sebagai pengabdian kepada kelab atau pertubuhan. Kedua-duanya juga mempergunakan harta dan kemudahan-kemudahan lain untuk pergi keluar negeri dalam rangka untuk menguatkan persahabatan di antara sesama anggotanya di seluruh dunia. Anggotanya juga sama-sama dibiasakan menghabiskan waktu dalam pelbagai pertemuan dan resepsi yang disertai dengan sajian hiburan dan arak. Acara-acara sebegini sengaja dianjurkan bagi mengalihkan perhatian para ahlinya terhadap permasalahan negara, dan melekakan mereka daripada menunaikan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat yang sepatutnya mereka lakukan. Semuanya ini dilakukan semata-mata bagi mencapai matlamat jahat Zionisme Antarabangsa. (Cuba kita fikirkan. Mahathir sering keluar negara atas pelbagai alasan seperti misi perdagangan dan sebagainya. Jika benar alasannya selama ini, sejauh manakah kejayaannya? Apa yang kita dapat lihat kini adalah Mahathir hanya berjaya meningkatkan kebencian rakyat terhadapnya dan menyebabkan pelabur lari bertempiaran meninggalkan Malaysia. Selama ini Mahathir adalah juara dalam menghabiskan wang rakyat bagi memenuhi cita-cita impiannya - Putrajaya, Litar Sepang dan pelbagai projek mega dan bagi menyakinkan Zionisme Antarabagsa bahawa beliau adalah ahli yang paling setia, paling ganas dan rakus memamah tulang dan menghisap darah rakyatnya sendiri. Inilah sebenarnya yang berlaku. Salahkah tindakan para pemimpin BA menimbulkan isu benar ini untuk mencelikkan minda rakyat marhaen yang sejak dulu tertindas? Salahkah usaha para pemimpin BA menegur dan membetulkan kesilapan dan kesalahan Mahathir?) 6. Mereka sama-sama dalam kekuasaan orang-orang Yahudi Zionis. Kedua-duanya berjalan seiring dalam satu barisan demi tercapainya tujuan-tujuan jahat Zionisme Antarabangsa. (Kita dapat melihat dengan jelas dan nyata. Mahathir telah jadi gila. Gila kuasa dan gila harta. Kini Mahathir tenggelam punca. Antara kehendak rakyat dan arahan Zionisme Antarabangsa. Untuk selamatkan diri dan keluarga Mahathir rela bersekongkol dengan mereka. Itulah sebabnya kehendak dan keperluan rakyat dinafikan selamanya. Mahathir telah dikuasaai oleh mereka. Mereka tidak akan berpuashati sehingga semuanya turut serta. Itulah tujuan jahat mereka. Kini terlihat seperti 'ulama' UMNO sudah dikuasai sama. Agenda menggugurkan nama Islam dari pertubuhan politik adalah salah satu arahan mereka. Para pemimpin UMNO begitu beria-ia nampaknya berusaha untuk melaksanakannya. Apakah para pemimpin UMNO ini sudah lupa bahawa mereka masih ada agama? Cuba kita kata mereka tidak beragama pasti merah padam muka mereka marahkan kita. Haaa...begitu jugalah kita bila perkataan Islam hendak dibuang dari nama pertubuhan kita...apakah kita mesti membiarkan mereka berbuat sesuka hati mereka semata-mata? Sebagai umat Islam kita perlu dan mesti faham erti jihad yang sebenar. Kita bukan sahaja bebas untuk menyatakan sesuatu asalkan tidak bertentangan dengan syarak malah kita dikehendaki, dipertanggungjawabkan menyatakan yang sebenarnya. Amal Makruf Nahi Mungkar. Jika bukan kita umat Islam yang akan melakukannya, siapa lagi? Tanyalah diri saudara sendiri, apakah Zionisme Antarabagsa akan mempertahankan maruah umat Islam dan negaranya?) LA DOMENG - Yakin sepenuhnya ISLAM AKAN MENANG |
No comments:
Post a Comment