Pages

Saturday, June 26, 2010

16 Langkah Jahat Zionis Yahudi Mencapai Matlamat Mereka (1)



Menurut pengarang buku ‘International Conspiracy’ yang ditulis oleh William Gary Carr, untuk mencapai matlamat jahat Yahudi Zionis, mereka merangka 16 langkah, adalah seperti berikut:
1) Menggunakan kekayaan, sex, dadah, alkohol, kerosakan moral, penipuan, pengkhianatan, peras ugut dan rasuah.
Mereka juga akan menggunakan peras ugut untuk memastikan bahawa orang-orang yang bekerja untuk mereka itu tidak akan belot.
Kita lihat di US ini misalnya banyak terjadi di mana sesuatu skandal itu ditimbulkan setelah ia telah lama berlaku. Contohnya adalah ketika Nixon naik menjadi presiden untuk kali kedua, ada beberapa perkara yang dia tidak ikut arahan kumpulan yahudi itu. Lalu mereka pun menyiarkan mengenai skandal Watergatenya sehingga akhirnya dia terpaksa meletakkan jawatan. Begitu juga dengan presiden-presiden US yang lain. Rahsia mereka akan disimpan jika mereka mematuhi arahan-arahan yahudi. Tetapi jika mereka enggan, rahsia mereka akan dihebohkan dan terpaksalah mereka menanggung akibatnya sepertimana yang telah berlaku ke atas Nixon itu.
2) Cuba menyusup masuk ke dalam semua gerakan-gerakan yang ada dan menguasainya dari dalam melalui ahli-ahli lluminati mereka.
Mereka mempunyai struktur organisasi yang cukup rumit menjadikan mereka begitu sukar untuk dikesan dari mana datangnya dan sebagainya. Mereka akan cuba untuk menguasai ‘trend’ yang ada dalam masyarakat atau memulakan ‘trend’ yang baru agar mereka sendiri yang akan dapat menguasainya.
Mereka juga cukup bijak di mana kadang-kadang mereka membuat sesuatu itu walaupun nampak seolah-olah ianya untuk menentang diri mereka sendiri tetapi mereka memulakannya dahulu sabelum ia dimulakan oleh orang lain.
Contohnya: Di US ini, kerajaan memberi lebih dari $5 Billion setahun kepada Israel. Memandangkan keadaan ekonomi US yang semakin teruk, pengangguran meningkat, cukai semakin tinggi dan sebagainya; mungkin rakyat nanti akan menentang kerajaan dan mengatakan duit itu adalah lebih elok dibelanjakan dalam negeri daripada diberikan kepada Israel.
Jadi, sebelum orang lain menubuhkan suatu pertubuhan untuk tugas ini, mereka akan menubuhkannya terlebih dahulu dan berpura-pura berjuang untuk menyuarakan kehendak rakyat. Dengan cara ini bukan saja mereka boleh menguasai penentang-penentang mereka, bahkan mereka juga boleh mengenali siapakah penentang-penentang mereka (from membership list). Dengan itu, daripada bantuan US kepada Israel itu dihentikan terus, mungkin mereka hanya akan mengurangkannya kepada $3 atau $4 Billion setahun.
Begitu juga dengan pertubuhan-pertubuhan Islam. Memandangkan kesedaran Islam sekarang ini semakin meningkat dan mereka tahu bahawa mereka tidak boleh menghentikannya sama sekali, mereka akan cuba untuk merosakkannya. Sama ada mereka menyusup masuk ke dalam pertubuhan-pertubuhan Islam yang telah ada dan cuba untuk menguasainya, atau mereka sendiri yang akan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan Islam dan dengan cara itu mereka akan dapat menguasai ke mana haluan pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Di dalam perancangan mereka juga ada mengatakan bahawa orang-orang yang berada di bawah pengaruh mereka, seperti Freemason, akan digunakan untuk membunuh sesiapa saja yang menentang matlamat mereka. Mereka sudah pun ada senarai nama orang-orang yang hendak dibunuh. Contohnya: mereka memulakan satu kumpulan ‘anti-semitik’ (anti yahudi) di US ini. Mereka melakukan ini kerana ada 2 tujuan:
i) Untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa semangat anti-semitik adalah cukup merbahaya, agar mereka boleh menubuhkan pasukan tentera mereka sendiri yang kononnya untuk tujuan mempertahankan diri.
ii) Untuk mengetahui siapakah penentang penentang mereka, kerana orang-orang yang menyertai kumpulan itu hanyalah orang-orang yang bencikan yahudi. Jadi daripada senarai nama yang ada pada mereka, mereka boleh mengenali musuh-musuh mereka dan, jika perlu, menghapuskan mereka.
3) Mereka mempunyai pekerja-pekerja mereka (Iluminati) di belakang setiap kerajaan.
Mereka datang dalam bentuk pakar-pakar, penasihat, kaunselor dan macam-macam lagi. Jadi, tiap-tiap kerajaan, jika mereka mahu menyelesaikan sesuatu masalah, akan merujuk kepada pakar-pakar ini dan mereka akan diberi penyelesaian mengikut apa yang dikehendaki oleh yahudi.
4) Menguasai setiap bentuk media massa yang ada.
Media juga akan digunakan untuk menyebarkan skandal, penipuan, rasuah dan Iain-lain lagi. Bahkan kita lihat sekarang media, terutamanya televisyen dan akhbar, adalah cukup kuat pengaruhnya dalam masyarakat dan mereka boleh menaikkan atau menjatuhkan seseorang itu dengan senang.
Kita dapati media dikuasai oleh kumpulan yahudi bukannya oleh kerajaan sesuatu negeri.
5) Merahsiakan ketua-ketua mereka dan merahsiakan kekuasaan yang dimiliki oleh orang-orang Yahudi.
Sehinggalah mereka sampai kepada satu tahap di mana tidak ada siapapun yang boleh menentang mereka. Sifat manusia itu memang suka menonjolkan dirinya, apatah lagi jika ia menjadi ketua bagi sesuatu kumpulan yang cukup berpengaruh, tetapi yahudi-yahudi itu sanggup mengorbankan hasrat mereka untuk menjadi terkenal demi untuk mencapai matlamat mereka.
Jika mereka mendedahkan diri mereka sekarang, maka sudah tentu mereka akan mendapat tentangan dari rakyat. Oleh kerana itulah mereka berkorban untuk menunggu sehingga mereka mempunyai kekuatan yang cukup sebelum mendedahkan diri. Pada masa itu barulah mereka akan mendedahkan diri masing-masing. Media umpamanya, cuba menonjolkan bahawa presiden US lah yang paling berkuasa sedangkan mereka tahu bahawa presiden itu hanyalah sebagai pak turut sahaja.
6) Memulakan dan menamatkan peperangan.
Kemudian peperangan ini diakhiri dengan perjanjian damai yang tidak menguntungkan mana-mana pihak, walaupun pihak yang menang kecuali pihak yahudi. Pihak yahudilah atau pengikutnya yang akan menguasai atau mengetuai perjanjian damai itu.
Fakta yang penting ialah peperangan ini akan membuatkan negeri yang berperang itu bankrap kewangannya dan dikuasai oleh hutang yang banyak. Yang memberi hutang ialah yahudi (melalui institusi yang dikuasainya seperti IMF). Akibatnya, kebanyakan negeri di dunia ini dalam keadaan berhutang termasuklah US.
Bagi peperangan yang tiada penghujungnya seperti di Lubnan, lebih banyak kewangan yang diperlukan.
7) Menggunakan keganasan dan kebebasan untuk menguasai orangramai.
Termasuklah pengangguran, kebuluran untuk menguasai orangramai. Yahudi merasakan bahawa cara sedemikian adalah yang paling cepat untuk menguasai orangramai. Contohnya seperti selepas Revolusi Perancis telah berlaku era keganasan yang telah digunakan dengan berkesan oleh yahudi untuk menguasai.
Begitu juga, slogan ‘kebebasan’ digunakan untuk mengelirukan orangramai. Kita dapati bahawa pegangan Freemason ialah:
  • Persamaan hak
  • Kebebasan
  • Persaudaraan (Fraternity)
8 ) Menggunakan monopoli antarabangsa
Berbagai pertubuhan atau kompani didaftarkan di pelbagai negara. Dengannya, yahudi akan menjadikan sesuatu barang atau komoditi hanya akan dikuasai oleh mereka. Contohnya, sekarang mereka mempunyai IMF (International Monetary Fund) dalam Bank Dunia (World Bank). Dengan IMF, banyak negara benar-benar tunduk pada yahudi.
Kemudian, mereka akan mengarah dan mengawal negara-negara untuk berbuat sesuatu untuk faedah mereka. Seperti pinjam wang sebanyak ini dan gunakan wang sebanyak itu untuk membeli barang ini, dsb. Atau, kalau sesuatu negara itu mahu membeli gandum, mereka akan memastikan dulu bahawa negara itu mempunyai kredit dengannya (IMF). Kemudian kalau hendak mendapat kredit, IMF arah bahawa negara itu mestilah ikut peraturan/program itu dan ini. Contohnya, IMF arahkan Mesir supaya:
Tidak memberikan subsidi gandum dan beras (kepada sesiapa)
Benarkan Kapitalisma Bebas (Free Capitalism) dan Pelaburan Bebas (Free Investment)
Iran, umpamanya, walaupun di bawah kuasa Khomeini, mempunyai wang dan minyak, ia tidak boleh membeli sesuatu dari negara lain melainkan jika mempunyai apa yang dinamakan sebagai kredit dari IMF.
Sekarang kedapatan pelbagai syarikat antarabangsa seperti IBM, dsb. Syarikat seperti ini sangat berpengaruh bahkan ada yang mengatasi pengaruh kerajaan. Setiap pemerintah yang hendak berkuasa ditentukan supaya mempunyai ikatan yang baik dengan kompani seperti itu dan TC (Trilateral Commission) yang juga merupakan pertubuhan antarabangsa. Sejak dari Carter, setiap yang memimpin di US adalah dari TC.
Bersambung [bahagian kedua]…

No comments: