Pages

Monday, June 14, 2010

Kereta nyaris terjunam dalam lubang




SEBUAH kereta nyaris terjunam ke dalam lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di bandar Nanchang, baru-baru ini.


PINTU kereta dibuka selepas pemandunya menyelamatkan diri.NANCHANG, China - Seorang pemandu nyaris maut apabila kereta yang dipandunya hampir terjatuh ke dalam sebuah lubang selebar 3.93 meter yang tiba-tiba terbentuk di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lubang itu merupakan yang kelapan berlaku di China dalam tempoh dua minggu.
Bampar kereta itu menjadi penyelamat pemandu berkenaan kerana ia tersangkut di tepi lubang itu menyebabkan dia sempat keluar bagi menyelamatkan diri, baru-baru ini.
Seorang jurucakap pejabat pengurusan jalan raya berkata, pakar-pakar mengesyaki lubang itu jerlus disebabkan gua batuan bawah tanah runtuh akibat hakisan namun punca sebenar kejadian masih disiasat. - Agensi

No comments: