Pages

Sunday, May 9, 2010

Mengejar kemajuan kebendaan semata - agenda Illuminati


Posted in
Assalaamu'alaikum w.b.t....... Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.

Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu." Surah Al Hadiid : Ayat 20

Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution


Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. Dan Illuminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminati termasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.

Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.

Tetapi jika kita membeli kereta Mercedes sebagai contoh, dengan tujuan untuk menggerunkan pihak musuh, itu adalah tidak masuk akal sama sekali, kerana Mercedes itu sendiri dibuat oleh Illuminati, mana mungkin kita beli kereta buatan mereka untuk menggerunkan mereka?  Mungkin mereka akan jelir kita dengan lubang hidung mereka sahaja rasanya.

Maka tidak perlu lah beli kereta mahal-mahal sekadar alasan untuk melakukan sunnah, kerana ianya tidak relevan sama sekali. Lagi pula dengan membayar duit banyak-banyak kepada mereka hanya akan membuatkan kekuatan dan dana mereka bertambah sahaja.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada handphone Motorola yang canggih

Maka syarikat Motorola itu juga adalah milik Illuminati. Juga syarikat-syarikat telefon lain termasuklah Nokia, At&T, Sony-Ericsson, Apple iPhone dan sebagainya.






Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada alat-alat eletrik dan elektronik canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat barang-barang letrik dan elektronik adalah milik Illuminati juga. Antaranya ialah Philips, Sony, LG dan sebagainya,





Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada komputer yang maju dan canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat komputer dan aksesorinya juga adalah milik Illuminati seperti Intel, IBM, Dell, NVidia, Xerox, Apple dan sebagainya.






Jika anda menunjuk-nunjuk kerana dapat makan di KFC dan restoran makanan segera yang lain

Ketahuilah bahawa kebanyakan restoran makanan segera itu adalah milik Illuminati seperti KFC, McDonald, Burger King, Starbuck, Hard Rock Cafe dan sebagainya.





Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mempunyai pakaian-pakaian yang berjenama hebat

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat pakaian dan aksesori tubuh manusia ialah milik Illuminati, seperti Nike, Pallas, Adidas, Levis, Reebok dan sebagainya.





Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mahir mengedit gambar dalam Adobe Photoshop


Ketahuilah bahawa syarikat Adobe itu juga milik Illuminati. Dan banyak lagi syarikat-syarikat software lain seperti Macromedia, Microsoft, AOL, Sun Microsystems, Solaris dan sebagainya. Begitu juga dengan syarikat-syarikat pembuat 'computer games' seperti EA (Electronic Arts), Activision, Codemasters,  Disney Interactive, Nickelodeon, LucasArt dan sebagainya yang dikawal oleh mereka.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat-syarikat besar yang berpengaruh dan menghasilkan produk-produk canggih adalah milik mereka sama ada dari asal ataupun telah diambil-alih kemudiannya.

Maka dengan apa lagi anda mahu menunjuk-nunjuk?  Tak ada apanya yang perlu ditunjuk-tunjuk, kerana dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk menunjuk, tetapi tempat untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh agar selamat di dunia dan di akhirat.


Kerana itulah slogan-slogan mengejar kemajuan kebendaan adalah mengarut belaka, kemajuan apa yang dikejar sebenarnya? Itulah kemajuan membela nafsu serakah manusia sahaja. Jika kemajuan yang dikejar adalah semata-mata kerana mahu tegakkan agama dan untuk membantu manusia-manusia yang susah dan menderita alangkah bagusnya. Tetapi kemajuan-kemajuan yang dikejar sekarang hanyalah berpihak kepada golongan-golongan tertentu sahaja, sedangkan yang miskin bertambah miskin, yang susah bertambah susah, yang kaya bertambah kaya dan sebagainya. Masing-masing lebih pentingkan diri sendiri dan keluarga masing-masing sahaja, tiada lagi kasih sayang sesama saudara seIslam.

Dan masih tidak nampak kah anda betapa kecanggihan-kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini dibangunkan oleh Illuminati? Kita hanya menjadi golongan yang pandai pasang dan guna sahaja, tak usah nak berlagak lah. Contoh besar, kereta Proton Malaysia, lihatlah enjin dari mana dan teknologi siapa?

Dan kemudian berlakulah kemalangan-kemalangan jalanraya yang ngeri kerana kereta bertambah laju, manusia bertambah mengejar kemajuan. Ya kejar, kejar dan kejar, akhirnya hancur lebur kereta di jalanan dengan darah bersembur-sembur, itulah agaknya yang dikejar-kejarkan selama ini. Sampai bila mahu insaf dan ditipu hidup-hidup ntah.

Dan jangan terpengaruh sangat dengan SLOGAN 1Malaysia. Singapore pun sudah lama dengan slogan ONE SINGAPORE nya. Slogan-slogan ini hanya akan menjerumus kepada One New Government atau The New World Order. Hati-hati lah dalam membuat keputusan dan merancang .......


Lihatlah , kenapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menyuruh sahabat-sahabat membina bangunan-bangunan besar?

Perhatikan, renungkan, mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menggalakkan sahabat-sahabat dan umatnya membina bangunan-bangunan besar, sedangkan sebelum zamannya lagi sudah banyak ciptaan dan binaan-binaan bangunan besar seperti yang didirikan oleh kerajaan Namrud, Firaun, Rome, Greek dan sebagainya.

Jika benar lah Islam menggalakkan membina bangunan-bangunan besar dan hebat, sudah tentu pembinaan telah rancak di zaman Nabi Muhammad S.a.w lagi kerana itu lah zaman contoh tauladan TERBAIK bagi seisi dunia terutamanya untuk umat akhir zaman. Kerana di zaman Nabi dan sahabat menjadi PEMIMPIN lah suasana di sana terlalu aman damai, bebas dari jenayah-jenayah dan masyarakat berkasih-sayang antara satu sama lain.

Tetapi kita bukan mahu mengambil contoh tauladan di zaman keemasan akhlaq dan peribadi Muslim itu, tetapi kita banyak mahu mencontohi zaman-zaman sesudah nya yang sudah banyak tercemar dan bercampur dengan pengaruh-pengaruh terutamanya pengaruh dari barat.

Dan mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak membina kereta-kereta kuda yang megah dan hebat seperti kereta-kereta kuda Firaun yang gah lagi bertatahkan emas dan perhiasan-perhiasan?  Dan mengapa tidak dibuat ciptaan-ciptaan lain yang sangat canggih dan hebat lagi?

Ketahuilah, sederhana itu adalah yang TERBAIK.  Modesty is the best policy.  Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Sebaik-haik perkara adalah yang pertengahannya (sederhana)”. Hadith Muttafaqun 'alaih

Sabdanya lagi yang bermaksud, "Jangan kamu berlebih-lebihan dalam kesenangan dan kemewahan kerana sesungguhnya hamba-hamba Allah (yang benar-benar bertakwa) itu bukanlah dari orang-orang yang suka bermewah-mewahan". Hadith Riwayat Ahmad

Maka mengapa kita perlu kejarkan sangat kemewahan, sedangkan ianya hanya sementara dan akan hancur binasa juga nanti.  Jika kita mencari harta benda banyak-banyak untuk melebihkan sedekah kita kepada mereka-mereka yang susah dan memerlukan serta membantu Islam , itu sangatlah bagus.  Tetapi sayang, biasanya itu cuma diucapkan dibibir, tetapi apabila manusia mempunyai banyak harta, dia merasakan mahu menambah banyak lagi dan simpan untuk anak-beranak dia semata dan lupa bahawa manusia-manusia yang hidup susah di luar sana adalah saudara mara kita juga di dalam Islam.
Sumber:
http://unikversiti.blogspot.com/2009/12/mengejar-kemajuan-kebendaan-semata.html

No comments: