Pages

Sunday, May 9, 2010

China pilih dua wanita pertama angkasawan




GAMBAR fail pada 2005 menunjukkan tiga angkasawan China melambaikan tangan ketika di dalam kokpit roket.


BEIJING - Dua juruterbang wanita tentera udara China bakal menjadi golongan hawa pertama dipilih sebagai angkasawan negara itu yang akan menyertai misi roket Tiangong 1 tahun depan, lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam.
Pengarah Pusat Angkasawan China, Chen Shanguang berkata, mereka berusia antara 30 hingga 35 tahun dan sudah berkahwin, akan berlatih dengan lima calon angkasawan lelaki yang juga juruterbang tentera.
"China akan menguji beberapa roket teknologi terbaru bermula 2011 dan tujuh calon angkasawan itu dipilih kerana berpengalaman terbang minimum lebih 1,270 jam," kata Shanguang dipetik akhbar China Daily.
China memulakan program angkasawan atau dikenali sebagai taikonaut sejak 1998 bermula dengan misi roket Shenzhou 5 pada 2003 dan sehingga kini, lima angkasawan negara itu berjaya dihantar ke angkasa lepas. - Agensi

No comments: