2010/05/09
Reaksi berbelah bagi warga Muslim, keluarga mangsa tragedi
NEW YORK: Sebuah masjid 13 tingkat bakal dibina dekat Pusat Dagangan Dunia (WTC) menggantikan sebuah bangunan yang rosak selepas serangan pada 11 September 2001, sekali gus mencetuskan reaksi berbelah bagi di kalangan penduduk kota ini.Dua pertubuhan Islam bekerjasama bagi membina masjid itu termasuk sebuah pusat budaya di tengah Manhattan bernilai AS$100 juta (RM330 juta) dan diberi keizinan pemimpin masyarakat di sini minggu ini bertujuan memberi ruang untuk golongan Muslim arus perdana serta menjadi pendinding kepada unsur radikal.Tetapi, ada keluarga mangsa 9/11 menyuarakan kemarahan kerana masjid itu dibina dekat tempat anggota keluarga mereka maut.
“Saya tidak suka dengan perkara itu. Saya bukannya prejudis. Cuma, ia terlalu dekat dengan tempat anggota keluarga kami terbunuh,” kata Evelyn Pettigano yang kehilangan kakaknya.
Ada juga tidak bersetuju dengan hujah itu. Marvin Bethea, paramedik yang terselamat, berkata beliau menyokong pembinaan masjid itu.
“Bukan semua orang Islam pengganas. Ada juga orang Islam yang mati pada 9/11. Ini langkah terbaik menunjukkan kita tidak membenci dan berprasangka semata-mata,” katanya.
Keperluan membina masjid itu meningkat kerana sebuah lagi masjid berdekatan tidak dapat cukup ruang, kata Daisy Khan, Pengarah Eksekutif Persatuan bagi Kemajuan Muslim Amerika dan anggota lembaga Inisiatif Cordoba, dua pertubuhan menaja projek itu – AP
No comments:
Post a Comment