UNIT 1
KEMATIAN DAN ALAM BARZAH
Erti mati – Perpisahan ruh daripada jasad
Erti ajal- Berakhirnya tempoh kehidupan seseorang
ALAM BARZAH
Dari segi bahasa – Bermaksud pemisah
Dari segi istilah – Suatu kehidupan antara dunia dan akhirat.Juga alam bagi orang mati semen-
Hukum beriman dengan Alam Barzah
Setiap muslim wajib beriman dengan alam barzah
Bekalan menghadapi mati
1. Bertaubat dan beristighfar
2. Melaksanakan segala perintah dan menjauhi laranganNya.
3. Berbuat kebaikkan dan berkasih sayang sesama manusia.
4. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dalam masyarakat.
5. Memberikan sumbangan ke arah kemajuan negara Islam
PERBANDINGAN ANTARA KUBUR ORANG BERIMAN DAN ORANG KAFIR
Kubur orang yang beriman | Kubur orang kafir @ orang fasik |
1. Kuburnya luas dan lapang 2. Kuburnya bercahaya 3. Kuburnya berbau wangi 4. Rasa sekejap berada di alam kubur | 1. Kuburnya disempitkan sehingga berte- mu tulang rusuk 2. Kuburnya gelap gelita 3. Kuburnya berbau busuk 4. Rasa lama berada dia alam barzakh 5. Tubuhnya digigit binatang-binatang berbisa. |
Sebab perlu bersedia menghadapi kematian dan alam barzakh
1. Manusia tidak boleh kembali ke dunia
2. Supaya nyawa keluar dengan mudah ketika melalui malaikalmaut mengambil nyawa.
3. Mudah menjawab soalan Munkar nakir
4. Selamat daripada azab kubur
5. Selamat daripada azab api neraka
- 1-
Hikmat mengingati mati dan alam barzakh
- Individu
- Istiqamah dalam ibadat dan bersifat zuhud
- Mendorong diri melakukan amalan soleh
- Masyarakat
- Mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat
- Ziarah – menziarahi serta membantu meringankan beban kematian
- Negara
- Bebas daripada menyalahgunakan kuasa
- Negara bertambah stabil dan maju
ERTI KIAMAT
Dari segi bahasa - Bermaksud kebangkitan
Dari segi Istilah – Hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia
dibangkitkan semula.
DALIL WAJIB PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
ان الـساعة لأتية لا ريب فيـها ولـكن أكـثر الـناس لا يؤمنون(59)
Maksudnya;
“ Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang , tidak ada keraguan
Padanya , akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman “
( surah al-Ghafir ayat 59)
Bahagian Kiamat
1. Kiamat Sughra ( kecil ) – Kematian seseorang
2. Kiamat Kubra ( besar ) – Kemusnahan dan kehancuran seluruh alam
- 2 -
Nama-nama Hari Kiamat
Dalam al-Qur’an Allah SWT juga menggunakan nama-nama lain bagi kiamat.Antaranya
Ialah seperti berikut::-
Nama-nama lain bagi Kiamat | maksudnya |
1. Yaumul Hisab | Hari perhitungan |
2. Yaumul Jaza’ | Hari pembalasan |
3. Yaumut Tanad | Hari panggil memanggil |
4. Yaumul Fasl | Hari keputusan |
5. Yaumud Diin | Hari pembalasan |
6. Yaumun Nusyur | Hari kembali |
7. Yaumul Waqi’ah | Hari yang mesti berlaku |
8. yaumur Rajifah | Hari Gempa |
9. Yaumt Taammah | Hari Bencana |
10.Yaumul Hasyar | Hari perhimpunan |
11.Yaumul Ghaasiah | Hari Pengsan |
12.Yaumul Wa’iid | Hari ancaman |
13.Yaumul Haaqqah | Hari peristiwa besar |
14.Yaumul Qari’ah | Hari yang menggemparkan |
15.Yaumul Zalzalah | Hari Kegoncangan/ gegaran |
16. Yaumul Ba’ath | Hari kebangkitan |
Tanda-tanda kiamat
Tidak seorang pun dapat mengetahui waktu berlakunya kiamatAllah SWT merahsiakan masa akan berlakunya kiamat agar manusia sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi-
nya.
Walaupun kita tidak mengetahui bila berlaku kiamat tetapi Rasulullah SAW telah menjelaskan kepada kita tanda-tanda sebelum berlakunya kiamat.Ia terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda
|
|
| ||||
GAMBARAN KEJADIAN KIAMAT DI
DALAM AL-QUR’AN
1. Apabila langit terbelah dan bumi diratakan
2. Apabila bintang-bintang jatuh berserakan , lautan dijadikan meluap dan kubur-kubur
dibongkarkan.
3. Apabila matahari digulung , gunung ganang dihancurkan , unta-unta bunting ditingalkan ,
binatang-binatang liar dikumpulkan dan lautan dipanaskan.
ERTI PAHALA
Ganjaran baik yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-bambaNya yang mematuhi
PerintahNya.
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PAHALA
1. Melakukan amalan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah
2. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu Syari’ah
3. Beriltizam dalam melakukan kebaikkan secara bersungguh-sunguh
4. Berusaha memastikan setiap kebaikkan yang dilakukan berkualiti
5. Menghadiri majlis-majlis ilmu
6. Berdamping dengan teman-teman yang cinta dan suka melakukan kebaikkan
7. Berjihad menegakkan syari’at Islam
HIKMAT GANJARAN PAHALA
1. Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah
2. Sebagai dorongan dan motivasi untuk melakukan kabaikkan
3. Melahirkan individu yang baik , berfikiran positif
4. Melahirkan masyarakat yang bertakwa kepada Allah SWT
5. Menjamin keharmonian dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara.
ERTI DOSA
Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang tidak
mematuhi perintah atau melanggar laranganNya.
-4-
PEMBAHAGIAN DOSA
BAHAGIAN | PENGERTIAN | CONTOH |
Dosa besar | Perbuatan maksiat yang ditentukan hukuman di dunia oleh al-Qur’an atau Hadis di- beri amaran azab di Akhirat | 1.Berzina 2. Memberi atau menerima rasuah 3. salah guna dadah |
Dosa kecil | Perbuatan maksiat yang ditentukan hukuman di dunia | 1. Tidak mengurus diri 2. Buang sampah di tempat awam 3. Lakukan perkara yang tidak berfaedah |
LANGKAH-LANGKAH MENJAUHI DOSA
1. Memperbanyakkan amalan sunat bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT
2. Mendalami ilmu agama dan menghayati ilmu agama
3. Mendampingi ulama atau orang-orang berilmu
4. Sentiasa melakukan kebajikan dan beribadat
5. Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran serta menunjukkan sikap tidak
menyukainya
6. Mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang yang melakukan kejahatan
7. Menjauhi tempat-tempat maksiat yang boleh mendorong melakukan dosa
CARA-CARA MENGHAPUSKAN DOSA
DOSA BESAR | DOSA KECIL |
1. Bertaubat 2. Rela menjalani hukuman apabila dihadapkan ke mahkamah dengan hukuman yang setimpal berdasar- 3. Memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT | 1. Melakukan kebajikan 2. Menunaikan ibadat fardhu 3. Melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah , berwuduk dan membaca al-Qur’an 4. Memperbanyakkan istghfar kepada Allah SWT |
-5-
HIKMAT GANJARAN PAHALA DAN PEMBALASAN DOSA
HIKMAT GANJARAN PAHALA | HIKMAT PEMBALASAN DOSA |
1. Memberi motivasi kepada manusia supaya sentiasa beribadat dan melaku- 2. Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT 3 .Membentuk akhlak terpuji dalam diri individu 4. Melahirkan masyarakat yang bertakwa kepada Allah SWT 5. Berlaku amar makruf dan Nahi Munkar dalam masyarakat | 1. Untuk keadilan semua pihak 2. Sebagai ingatan kepada orang yang tidak melakukan dosa 3. Membersihkan diri orang yang ber- iman daripada dosa sebelum dimasuk- 4. Menjaga kepentingan , maruah dan perpaduan dalam masyarakat 5. Menguji keimanan dan ketakwaan seseorang hamba. |
HIKMAT ALLAH MENGADAKAN HARI KIAMAT
1. Diberi pengadilan terhadap perbuatan baik atau jahat
2. Supaya manusia menghitung diri sebelum mereka dihitung pada hari kiamat
3. Kehidupan manusia mempunyai matlamat untuk kebahagiaan yang abadi
4. Beriltizam dalam melaksanakan ketaatan
5. Segera bertaubat kepada Allah SWT
6. Melahirkan masyarakat yang beriman dan negara yang berpandukan syari’at Islam
PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT
As-Sam’iyyat ialah perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi
boleh diketahui dan difahami dengan mendalam melalui kajian daripada kitab suci
al-Qur’an.Antara yang terkandung di dalam as-Sam’iyyat ialah:-
1. Alam barzah
2. Padang mahsyar
3. asy-Syafa’at
4. al-Hisab
5. al-Mizan
6. as-Sirat
7. Syurga
8. Neraka
9.al-Kausar
10.al-‘arasy
11.al-Haudh
-6-
AL-MAHSYAR
Dari segi bahasa : bermaksud tempat berhimpun
Dari segi istilah : Tempat perhimpunan seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan
selepas dihidupkan semula.Manusia akan dihimpunkan di Mahsyar
untuk pengenalan di hisab amalan mereka.
KEADAAN DI MAHSYAR
Ketika di Mahsyar manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu:-
1.Golongan anbia’ , aulia’ dan golongan yang beriman dan beramal soleh
- golongan ini tidak mengalami sebarang kesusahan dan
kesengsaraan di Mahsyar.Mereka berada dalam keadaan
selesa dan tenang.
2. Golongan kafir , munafik , fasik , dan banyak melakukan maksiat
- mereka berada dalam keadaan cemas , gelisah dan
menanggung pelbagai penderitaan sementara menuggu
perbicaraan.Ada yang berasa panas seolah-olah matahari
berada sejengkal di atas kepala atau lebih dahsyat dari-
pada itu
AS-SYAFAAT
Dari segi bahasa : bermaksud permohonan meminta sesuatu kebaikkan untuk orang lain
Dari segi istilah : Permohonan kepada Allah oleh Anbia’ dan solihin untuk umat dan orang
orang yang diizinkan mendapat syafaat
Syafaat terbahagi kepada dua iaitu:-
1. Syafaat ‘Uzma / Kubra / Besar – dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad saw iatu
syafaat menyegera dan mempercepatkan Hisab /per
bicaraan di Padang Mahsyar
2.Syafaat Sughra / kecil - juga dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw iaitu:-
1- Memasukkan orang soleh ke dalam Syurga tanpa hisab
2- Menaikkan darjat seseorang di dalam Syurga
3- Membebaskan orang beriman daripada api neraka
4- Mengeluarkan orang beriman yang melakukan maksiat dari
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
5- Menentukan golongan yang sama berat timbangan pahala
dan dosa dimasukkan ke syurga
-7-
PEMBERI-PEMBERI SYAFAAT
1. Rasul
2. Nabi
3. Malaikat
4. Sahabat Nabi
5. Aulia ( wali-wali )
6. Mukmin yang diizinkan Allah SWt
7. Ulamak
8. Syuhada
9 Kanak-kanak yang mati sebelum baligh
10 Ibu/ bapa
GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA SYAFAAT
1. Orang yang melazimkan diri membaca al-Qur’an
2. Orang yang sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW
3. Orang yang menziarahi Rasulullah SAW semasa junjungan masih hidup atau menziarahi
maqam baginda setelah baginda wafat
4. Orang yang berdamping dengan para Ulamak
5. Orang yang mati syahid
HIKMAH AL-MAHSYAR DAN SYAFAAT
AL-MAHSYAR | AS-SYAAFAAT |
1. Mendorong seseorang itu menunaikan tanggungjawab seperti yang diperintah- oleh Allah SWT 2. Yakin terhadap keadilan Allah SWt 3. Sentiasa muhasabah diri dan memperbaik- ki kelemahan yang ada 4. Yakin bahawa amalan soleh boleh menye- lamatkan seseorang daripada kesengsa- raan di Mahsyar | 1. Mendorong kasih dan cinta akan Rasulullah SAW dengan membanyakkan selawat serta mencontohi akhlak baginda 2. Memuliakan para Ulamak 3. Membuktikan kasih sayang Nabi dan dan rahmat Allah kepada manusia 4. Membuktikan manusia memerlukan per- tolongan |
AL-HISAB
Al- Hisab ialah kiraan / perhitungan amalan manusia di-dunia samada baik atau jahat
kecil atau besar.al-Hisab dilaksanakan di Mahsyar sebelum ditentukan hukuman samada masuk Syurga atau neraka.Orang yang dihisab amalannya dengan teliti adalah mereka
yang banyak melakukan kesalahan di dunia , manakala orang yang beriman dan beramal
soleh dihisab dengan mudah dan cepat
-8-
DALIL AQLI TENTANG HISAB
Manusia perlu membuat pertimbangan sendiri tentang amalan-amalan baik dan buruk mereka
Sebelum sampai masa di hisab oleh Allah SWT
PROSES PELAKSANAAN AL-HISAB
Allah SWT menjalankan proses a-Hisab dengan penuh keadilan.Proses al-Hisab tersebut di-
jalankan seperti berikut:-
1. Allah SWT akan menghitung semua amalan yang dilakukan oleh manusia samada
kecil atau besar dan tidak ada sesuatu yang dapat disembunyikan daripada perhi-
tungan.
2. Semua amalan yang dilakukan akan ditayangkan semula pada hari akhirat kecuali
dosa yang telah diampunkan oleh AllahSWT
3. Setiap manusia akan diberi buku catatan amalan yang ditulis oleh malaikat Raqib
dan ‘Atid sebagai bukti terhadap amalan baik atau jahat
4. Terdapat orang yang dihisab dengan cara mudah dan terdapat orang yang dihisab
dengan cara yang susah
5. Orang mukmin yang menyembunyikan keaiban saudaranya di dunia , Allah SWT
akan menyembunyikan keaibannya di akhirat
HIKMAT ALLAH MENGADAKAN AL-HISAB
1. Supaya manusia berwaspada melakukan sesuatu dalam kehidupan
2. Supaya manusia takut melakukan dosa kerana semua perbuatan akan dihisab
3. Menunjukkan keagungan dan kekuasaan Allah SWT
4. Mendorong manusia supaya menegakkan keadilan dan menjauhi kezaliman
5. Menggalakkan manusia melakukan kebaikkan untuk mendapat ganjaran daripada
Allah SWT di dunia dan di Akhirat
|
|
-9-
AL-MIZAN
AL-Mizan ialah neraca timbangan keadilan untuk menentukan seseorang itu akan masuk
Ke syurga atau ke neraka.Pada hari akhirat semua amalan manusia akan dijelmakan dalam
Bentuk jirim dan diletakkan di atas al-Mizan , timbangan yang menyeluruh ,tepat dan adil.
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA AL-MIZAN
1. Beriman kepada al-Mizan juga termasuk dalam rukun iman(Percaya kepada hari akhirat)
Ia merupakan perkara ghaib yang perlu diimani oleh setiap orang muslim
2. Timbangan amalan baik atau sebaliknya adalah penting untuk menentukan kedudukan
manusia di akhirat nanti
3. Mereka yang berat timbangan amalan baiknya akan ditempatkan di syurga , manakala
sesiapa yang ringan timbangan amalan kebaikkannya akan menerima balasan
neraka.
| ||||
| ||||
PERBEZAAN DI ANTARA PERTIMBANGAN DI DUNIA DENGAN AL-MIZAN DI AKHIRAT
PERTIMBANGAN DI DUNIA | AL-MIZAN DI AKHIRAT |
1. Saksi-saksi terdiri daripada manusia yang melihat / terlibat di dalam kejadian yang di- bicarakan 2. Pertuduhan dibaca berdasarkan laporan yang dibuat oleh pendakwa 3.Rayuan boleh dibuat setelah hukuman di- jatuhkan 4. Terbatas dan tidak terjamin ketepatannya 5. Terdedah kepada pengaruh emosi dan diskriminasi 6. Boleh berubah-ubah | 1. Saksi-saksi terdiri daripada anggota badan sendiri 2. Pertuduhan dibuat berpandukan catatan Roqib dan ‘Atid 3. Syafaat hanya diberi kepada orang yang beramal soleh 4. Menyeluruh , adil dan telus 5. Dilaksanakan tanpa dipengaruhi emosi atau diskriminasi 6.Tetap dan tegas |
-10-
As-Sirat
Dari segi bahasa:- bermaksud jalan
Dari segi istilah :- ialah titian yang merentang di atas neraka menuju ke Syurga
Sabda Rasulullah saw:-
ولجهـنم جسـر أدق مـن الشعـر وأحد مـن السيف
(رواه أحمد)
Maksudnya:- Pada neraka jahannam itu ada satu titian yang lebih halus daripada
Rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.
Keadaan manusia ketika meniti titian as-Sirat
1.Pergerakan orang yang beriman semasa melalui titian as-Sirat bergantung kepada amalan
masing-masing ketika hidup di dunia:-
a) Ada yang bergerak pantas seperti kilat
b) Ada yang bergerak seperti angin
c) Ada yang bergerak seperti kuda yang berlari
d) Ada yang berjalan kaki
e) Ada yang merangkak
f) Ada yang mengesot
2. Orang kufur kepada Allah mereka akan tergelincir ke dalam neraka semasa melalui titian
as-Sirat
Amalan supaya berjaya melintasi as-Sirat
a) Istiqamah melakukan kebaikkan seperti taat kepada ibibapa dan mematuhi peraturan
sekolah
b) Mematuhi hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah seperti solat,tidak minum arak dan tidak
melakukan zina
c) Memelihara diri supaya tidak tergelincir daripada manhaj Allah SWT seperti percaya kepada
Rukun Iman dan melaksanakan Rukun Islam.
Hikmat beriman kepada as-Sirat
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
2. Memberi kesedaran beramal salih semasa di dunia
3. Memberi keinsafan kepada manusia agar menjauhi larangan Allah SWT
4.Memberi motivasi kepada manusia berlumba-lumba kearah kebajikan
5.Membuktikan kekuasaan dan keadilan Allah SWT
- 11 -
Maksud Syurga
Dalam Bahasa Arab disebut sebagai الجنـة yang bererti sebuah taman yang indah dipenuhi dengan pelbagai nikmat keselesaan.
Menurut syarak Syurga ialah suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh
Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh selepas mereka dibang-
Kitkan semula pada hari akhirat.
Kepentingan beriman kepada Syurga
1. Melengkapkan rukun Iman dan memastikan kesahihan aqidah
2. Menggalakkan manusia melakukan kebaikkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukti kewujudan Syurga
1. Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan Hadis yang menerangkan tentang syurga.
Contohnya dalam al-Qur’an disebut – disediakan syurga bagi orang yang bertakwa أعـدت للمتقين
2.Rasulullah saw pernah nelihat syurga dalam peristiwa Israk dan Mikraj
3.Nabi Adan a.s dan Hawa pernah tinggal di Syurga
4.Batu hajar aswad berasal dari Syurga
5.Terdapat para sahabat yang dijanjikan dengan syurga pada Hari Akhirat contohnya
Sumayyah dan keluarganya.
- 12 -
Ketinggian nikmat Syurga
Allah menyediakan segala kesenangan ,kesukaan dan kelazatan syurga untuk hambanya
Yang beriman dan bertakwa.Antara nikmat-nikmat syurga ialah:-
| ||||||
Hikmat Allah menyediakan Syurga
1.Suopaya manusia patuh dan taat kepada Allah dan melakukan amalan soleh
2. Mengingatkan manusia bahawa setiap pengorbanan didunia akan diberi ganjaran
yang istimewa di Akhirat
3. Menjadi bukti kebesaran dan rahmat terhadap hamba yang beriman dan beramal soleh
4. Memberi kesedaran kepada manusia bahawa nikmat dunia adalah sedikit , terlaku rendah
nilainya dan tidak kekal
- 13 –
Neraka
Neraka ialah tempat balasan siksa yang disediakan Allah SWT kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa
Nama-nama Neraka
|
|
|
|
|
|
|
Bukti kewujudan neraka
1.Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang menceritakan tentang neraka .Contohnya:-
disediakan neraka itu bagi orang kafir أعدت للكـافرين
2.Rasulullah pernah melihat neraka dalam peristiwa Israk dan Mikraj
3.Tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah telah dimusnahkan dengan batu ‘Sijjil’
yang didatangkan dari neraka
4.Api yang digunakan pada hari ini membuktikan kewujudan api neraka yang panas
70 kali ganda
5. Di dunia manusia membuat penjara untuk menghukum penjenayah.Sudah tentu di-
Akhirat pula Allah yang Maha Adil menyediakan neraka untuk menghukum orang yang
mengingkarinya
Kepentingan beriman kepada neraka
1. Melengkapkan Rukun Iman dan memastikan kebenaran Aqidah
2. Menghalang manusia melakukan maksiat
3. Menambahkan keyakinan bahawa setiap kejahatan akan diberikan balasan kejahatan
Keperitan azab neraka
1.Api neraka sangat panas dan boleh meleburkan segala yang dihumbankan kedalamnya.
Kepanasannya semakin hari semakin bertambah.Warna api neraka hitam pekat kerana
terlampau panas.
2. Wajah penghuni neraka jahat dan hodoh kerana dibakar api.Kulit mereka digantikan dengan
kulit baru apabila disambar api.Badan mereka dijadikan besar supaya bertambah azab.
3. Penghuni neraka sentiasa dalam kesengsaraan,mereka juga tiada peluang bertaubat.
mereka meraung kesakitan,mengherdik sesama sendiri,menyesal dan menangis sehingga
keluar air mata darah serta berputus asa dan mmengharapkan mereka kembali menjadi
tanah.
- 14 –
4.Makanan penghuni neraka ialah buah ‘Zaqqum”daripada pohon yang berduri yang keluar
dari dasar neraka jahim.Apabila dimakan menjadi kotoran minyak yang mendidih didalam
perut. Jika setitik daripadanya jatuh kebumi akan membinasakan seluruh kehidupan dunia
5.Minuman penghuni neraka ialah air danur ( Air yang keluar daripada bangkai atau mayat
yang busuk ),kotoran darah dan tanah penghuni neraka dan air panas yang menggelegak
yang menghancurkan isi perut
6.Penghuni neraka diazabkan dengan pelbagai bentuk siksaan.Contohnya tangan mereka di
belenggu ke leher, dibelit dengan rantai yang panjang 70 hasta dan dipatuk oleh binatang –
binatang yang amat berbisa seperti ular serta kalajengking
Langkah menghindari amalan yang menjurus ke neraka
1. Menginsafi keperitan azab api neraka
2. Berdoa supaya Allah SWT memberikan kekuatan menghindari maksiat dan godaan syaitan
3. Melaksanakan hukum-hukum berdasarkan Syariat Islam
4. Segera beristighfar dan bertaubat apabla terlanjur melakukan dosa
5. Mendampingi orang alim
Hikmat Allah SWT mengadakan Neraka
1. Balasan untuk orang yang mengingkari kewujudan Allah dan perintahNya
2. Menepati janji Allah yang disebutkan didalam kitab-kitab suci
3. Setiap dosa dan kesalahan yang terlepas hukuman di dunia tidak terlepas menerima
hukuman Allah SWT
4. Menunjukkan Allah SWT berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakkinya
5. Membuktikan keadilan mutlak Allah SWT pada Hari Kiamat
Penghayatan Nilai
1. Berazam tidak akan melakukan kemungkaran dan dosa
2. Takut dan gerun dengan azab Allah SWT
3. Berwaspada dalam setiap tindakan
- 15 -
PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI AKHIRAT
MAKSUD HARI AKHIRAT
Hari Akhirat ialah hari yang kekal abadi sesudah hari kiamat.Ia merupakan alam yang baru yang diwujudkan oleh Allah SWT selepas kebangkitan semula manusia.
Dalil wujudnya Hari Akhirat
يؤمـنون باالله واليوم الأخـرة ويأمرون بـالمعروف وينهون عن
المنكر ويسـرعون في الخيرت وأولـئك من الصـلحين ( 112)
Maksudnya:
“ Mereka beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat , mereka menyuruh kepada
yang makruf dan mencegah yang munkar dan bersegera mengerjakan pelbagai
kebajikan , mereka itu termasuk orang yang soleh ”
( Surah Ali-Imran ayat 114 )
KEPENTINGAN PERSEDIAN MENGHADAPI HARI AKHIRAT
1. Supaya manusia mencukupkan bekalan untuk Hari Akhirat
2. Supaya manusia tidak tergolong dikalangan orang yang rugi
3. Agar umat Islam mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT
4. Sebagai ingatan kepada manusia bahawa segala amalannya di dunia akan mendapat
pembalasan di Akhirat
- 16 -
|
|
|
AMALAN SOLEH SEBAGAI BEKALAN
Amalan soleh yang dapat dijadikan bekalan menghadapi Hari akhirat adalah seperti berikut:-
AMALAN SOLEH | HURAIAN ATAU CONTOH |
Menuntut ilmu Berakhlak mulia Jihad Bersedekah Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia | Menuntut ilmu yang bermanafaat serta menyampaikan ilmu kepada orang lain Membantu guru dan menjaga kebersihan sekolah Berjaya meningkatkan potensi diri serta berjaya mengatasi tipu daya , godaan nafsu dan syaitan Memberi bantuan sama ada berbentuk kebendaan atau perkhidmatan. Taat kepada perintah Allah SWT dan berkasih saying se- sama manusia |
AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR
AMAR MAKRUF | NAHI MUNKAR |
1. Menjaga harta sekolah | 1. Menasihati rakan yg ponteng sekolah |
2. Mematuhi disiplin sekolah yg ditetapkan | 2. melaporkan kepada guru jika berlaku per gaduhan dan peras ugut |
3. Menjaga kebersihan persekitaran sekolah | 3. Mencegah perbuatan meniru dalam pepe- riksaan |
4. membantu guru dan rakan yang memerlu- | 4. Menghindarkan diri daripada merokok dan melepak |
- 17 -
KESAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
1.INDIVIDU
a) Menunaikan ibadat dengan khusyuk dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.
b) Bercakap dengan percakapan yang baik dan bermanafaat
c) Bersikap adil terhadap diri sendiri.
d) Melakukan amalan kebajikan
2. KELUARGA
a) Berkasih sayang dan hormat menghormati antara anggota keluarga
b) Menunaikan hak sebagai anak,ibubapa dan sanak saudara
c) Mewujudkan suasana ibadat dalam rumahtangga seperti membaca al-Qur’an , berzikir dan
berpuasa sunat.
d) Menampilkan rumahtangga yang bersih, harmoni dan ceria kerana mengamalkan sunnah
Rasulullah SAW.
e) Membentuk institusi keluarga yang menjadi contoh dalam masyarakat.
3. KELUARGA
a) Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan tenteram
b) Mewujudkan masyarakat yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
c) Bekerjasama dalam meningkatkan kualiti hidup
d) Masyarakat yang tidak iri hati terhadap kejayaan orang lain
CIRI-CIRI ORANG YANG BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
|
|
- 18 -
* Menuntut ilmu supaya dapat mengenal Allah dan meyakini kebenaran janji Allah kepada orang yang beriman. * Berzikir dan bertahlil sama ada secara ber- sendirian atau dalam majlis zikir. * Berfikir dan mengambil iktibar daripada ben- cana alam. | * Menziarahi dan menunaikan solat jenazah serta mengiringi jenazah ke kubur. * Menyelidik dan mengkaji ayat al-Qur’an yang menerangkan peristiwa Hari Akhirat. * Mengadakan program berunsur dakwah seperti forum,ceramah dan bengkel ber- temakan Hari Akhirat. |
No comments:
Post a Comment