Pages

Wednesday, April 7, 2010

Siapa di Sebalik Anti-Hadith





Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat secara langsung di dalam antihadith ini juga terdiri dari pemikir2 yahudi dan kristian untuk memesongkan akidah umat Islam di antara mereka yang berminat dengan hadith ini ialah :
A.J Wensinck, A. Sprenger, J. Horovitiz, T.W Juynboll, Edward, E. Salisbury, O.V Hondas, L. Krehl, W.M Watt, J. Schacht, J. Robson
Seorang yahudi yang bernama I Goldhizer yang cuba membuat perbandingan di antara pengajian hadith serta kesusateraannya dengan kesusasteraan yahudi dan kristian. Antara buku yang berkaitan dengan karyanya ialah Muhammedanische Studien. Dengan membawa keraguan antaranya:
  1. Hadith dan kesusasteraannya diragui pada abad pertama Hijrah. Hal tersebut kerana pada masa itu tidak ramai orang Islam yang pandai menulis dan membaca serta tidak didapati kitab hadith yang dikumpul dalam bentuk tulisan.
  1. Hadith merupakan suatu yang diada-adakan dan bukan suatu yang asli daripada idea Nabi Muhammad. Justeru hadith merupakan hasil perkembangan semasa juga merupakan idea-idea yang direka oleh umat Islam.
  1. Bahkan I Goldziher cuba memesongkan fahaman dan pegangan umat Islam tentang hadith mengatakan bahawa sebenarnya hadith itu tidak wujud, ia adalah rekaan dan ciptaan NAbi Muhammad berasaskan nafsunya sendiri
Jawapan kepada ANTIHADITH :
Semenjak zaman nabi dan para sahabat terdapat ramai sahabat yang pandai menulis dan hadith memang dicatat sejak zaman rasuluLlah antaranya dokumen rasmi dan al hadith secara rasmi. Cthnya At tabari ada mencatatkan bahawa rasuluLlah pernah mengirim surat kepada raja Najasyi yang memerintah Habsyah supaya memberi layanan yang baik kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negeri tersebut.
Perlembagaan Madinah atau sahifah madinah merupakan perlembagaan pertama yang ditulis dalam sejarah.
Terdapat ramai sahabat yang pandai dan mencatat hadith. Antara mereka ialah Abu Umamah, Abu Ayub al Ansari, Abu Bakar as Siddiq, Abu Sa’id al Khudri, Anas bin Abd Malik, al Barra’ Ibn ‘Azib. Jabir Ibn Samurah, Mu’az bin Jabal, Umar al Khattab, Mu’awiyyah bin Abu Sufyan dan Abdullah bin al Zubir.
Walaupun orientalis mendakwa meragui keaslian hadith disebabkan jarak masa dengan zaman nabi adalah jauh. Dakwaan itu juga tidak benar, kerana hadith dijaga dengan baik oleh para sahabat dan umat Islam. Di masa para sahabat telah wujud Sahifah atau lembaran yang mengandungi hadith Nabi antaranya Sahifah Sa’ad bin Ibn Ubadah al Ansari, Sahifah Samurah Ibn Jundab, Sahifah Jabir Ibn Abdullah, Sahifah Ibn Abbas dan Sahifah Abu Hurairah dan ia diakui oleh sesetengah orientalis seperti Sprenger dan menunjukkan dakwaan I Goldziher tidak berasas.
Orientalis mengatakan bahawa hadith adalah ciptaan Nabi Muhamaad sendiri berasaskan hawa nafsunya. Tanggapan ini adalah tidak munasabah kerana sejak kecil RasuluLlah terkenal dengan sifat al Amin dan baginda seorang yang Ummi. Firman Allah: Surah An Najm ayat 3-4 :
“ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (samada al Quran atau hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya”

sumber

No comments: