Alhamdulillah atas segala nikmat2 Allah yang tak terhitung banyaknya, ditambah pula kurniaan 2 nimat terbesar dalam diri2 kita (insyaAllah) iaitu nikmat Islam dan Iman.
Merujuk kepada komen2 sebelum ini (genesis of Zionism I) yang meminta saya menyertakan sumber2 rujukan bahan penulisan, ingin saya nyatakan secara jelasnya bahawa saya mengambil hampir keseluruhannya daripada majalah eramuslim digest. Seperti kita sedia maklum, penulisan di dalam majalah sedikit sekali menyatakan sumber rujukannya melainkan beberapa buah buku dan penulis, itupun tidak secara terperinci (syarikat penerbitan, muka surat rujukan dll).
Jadi saya memohon maaf andai kekurangan ini menjadikan artikel2 ini tidak seratus peratus dapat dipercayai sepenuhnya.
Namun, tetap juga saya ingin kongsi bahan2 ini kerana saya merasakan info2nya sangat menarik dan penting bagi semua Muslim agar kita tahu akar umbi kejatuhan dan kelalaian kita dan sedar bahawakita harus bangkit dari angan2 panjang yang diciptakan musuh2 Islam diatas kepalsuan dunia.
Dalam entri kali ini, kita akan melihat gerakan2 kaum yahudi semasa era selepas kenabian (iaitu selepas kewafatan Nabi Muhammad) hingga jatuhnya Palestin ke tangan Yahudi melalui gerakan Zionisme mereka. Sepanjang tempoh itu, mereka banyak sekali melakukan putar belit dan kerosakan di muka bumi.
Perang Salib Pertama
Sekitar tahun 1095 terdapat satu kumpulan kesatria Eropah yang tidak bernama telah menjadi tetamu kepada Mathilda de Tuscany, seorang bangsawan Perancis. Mereka menetap dengan Mathilda selama bertahun2. Tiada catatan sejarah tentang apa yang telah mereka lakukan di tanah Perancis itu. Tiba2 pada suatu hari, pasukan ini menghilang entah ke mana tetapi meninggalkan seorang anggotanya yang bernama Peter the Hermit.
Peter the Hermit melakukan perjalanan mengelilingi Eropah dalam menyampaikan khutbah2 yang berisi fitnah. Dia mengatakan bahawa di Jerusalem, umat Islam menindas orang2 Kristian, gereja2 dirosak dan dibakar, perempuan2 Kristian diperkosa dan anak2 Kristian dipaksa masuk Islam. Khutbahnya mendapat sambutan dan sokongan pelbagai lapisan masyarakat Eropah.
Peter the Hermit merupakan guru agama kepada Godfroy de Bouillon, seorang bangsawan Perancis yang merupakan kerabat Mathilda. Peter the Hermit juga berjaya memprovokasi Paus Urbanus II sehingga terjadinya Clermont Council yang mana kemudiannya, pada tahun 1099 tentera2 dikumpulkan untuk membebaskan Jerusalem. Itulah tahun berlakunya Perang salib yang pertama.
Peter the Hermit dan Godfroy de Bouillon masing2 memimpin pasukan2 tentera salib yang menggunakan jalan2 berbeza dalam menuju ke arah Jerusalem. Pasukan mereka memenangi Perang Salib I.
Perlu diketahui bahawa setahun sebelum pasukan salib menyerang Jerusalem, pasukan Syiah Dinasti Fathimiyah telah merebut Jerusalem dari tangan Dinasti Sunni Abbasiyah. Sejarawan menduga kuat bahawa kesatria salib danksatria Syiah Fathimiyah telah bekerjasama dalam menghancurkan Dinasti Abbasiyah, walaupun kerjasama itu hanya diketahui sedikit tokoh elit keduanya. Justeru, perang yang terjadi antara pasukan salib dan pasukan Syiah Fathimiyah pada tahun 1099 hanya menyebabkan korban nyawa yang sia2 kerana sesungguhnya telah terjadi kesepakatan sebelumnya.
Dugaan oleh para sejarawan ini dipersetujui oleh peristiwa yang berlaku kemudiannya, ketika kesatria Templar yang telah berkuasa di Jerusalem menjalinkan kerjasama dengan kaum Hashyasyin, kelompok tentera dari Dinasti Syiah Fathimiyah, salam banyak perkara terutamanya dalam permusuhan terhadap Shalahudin al-Ayubi yang merupakan panglima tentera Islam.
Kesateria Templar ini kemudiannya memiliki misi utama mencari harta karun Nabi Sulaiman yang mereka percaya tersembunyi di bawah tapak masjid alAqsa. Misi ini kini diteruskan oleh kaum Zionis-Israel.
Pada tahun 1187, Jerusalem berjaya dibebaskan pasukan Islam yang diketuai Shalahudin alAyubi. Kesateria Templar terusir dan kembali ke Selatan Perancis.
Freemansory
Selepas kekalahan Kesateria Templar dari seluruh negeri2 Eropah pada tahun 1307, pasukan ini bercerai-berai dan menyembunyikan identiti mereka. Penumpasan Templar bermula di Perancis. Templar beranggapan pihak gereja lah yang bertanggungjawab dalam menumpaskan mereka. Mereka terpisah dan berada di pelbagai wilayah di Eropah. Pada ketika itu, kerajaan Scotland merupakan satu2nya wilayah yang tidak berada di bawah pengaruh gereja. Ini menjadikan Scotland sebagai wilayah pilihan mereka untuk bersembunyi.
Pada masa yang sama, Raja Scotland, King Robert de Bruce, memerlukan tenaga untuk pertempuran menghadapi pasukan Inggeris. Penglibatan Kesateria Templar yang suka berperang memberikan bantuan yang baik kepada pasukan King Robert de Bruce. Sebagai balasan, King Robert de Bruce memberikan keizinan untuk pasukan ini berada di kalangan rakyatnya.
Kesateria2 Templar menyusup masuk ke gedung2 syarikat tukang batu. Tukang2 batu (Mason) banyak tinggal di asrama mereka yang disebut loji. Setelah berjaya menguasai syarikat pekerja tukang batu ini, para Templar yang dipimpin tokohnya, Mac Benach, kemudiannya menambah kata ’free’ di hadapan perkataan ‘mason’, maka lahirlah kata Freemason yang kita kenal hingga sekarang. Tempat berkumpulnya para Freemason juga dikenali Loji (Lodge).
Walaupun secara rasmi Templar sudah hancur, namun para pelariannya yang tersebar di pelbagai negeri Eropah tetap berkomunikasi secara intensif dan penuh rahsia. Mereka saling bertukar surat berkod yang kuncinya hanya difahami di kalangan mereka sahaja. Templar sudah terbiasa dengan cara ini memandangkan mereka pernah melakukan perkara yang sama ketika mereka menguasai Jerusalem.
Sebagai tanda Templar masih ‘wujud’, dan sekaligus mengejek pihak gereja yang gagal menghancurkan mereka, para Mason membina Rosslyn Chapel, 10km selatan dari kota Edinburgh, yang mula dibina pada 1446 dan siap dibina pada 1450. Rossylin Chapel terletak hanya 15km dari pusat Templar kuno Scotland di Balantrodoch. Setiap tahun, kemenangan dalam pertempuran Bannockburn dirayakan di Rosslyn Chapel.
Pembinaan chapel ini diketuai oleh William St Clair. Padaawal pembinaannya, chapel ini dikatakan sebagai chapel keluarga. Namun setelah siap dibina, chapel ini sama sekali tidak dapat disebut sebagai chapel keluarga kerana terlalu mewah, besar dan bernilai yang tidak mungkin hanya dipakai oleh keluarga. Namun, boleh jadi jika yang dimaksudkan ‘keluarga’ itu adalah ‘keluarga besar Templar’.
Chapel ini dipenuhi dengan unsur Kabbalah. Seni binanya sungguh unik kerana kerumitan dan ‘kengeriannya’. Di dalamnya bercampur elemen seni bina gaya Mesir, Yahudi, Gothic, Norman, Celtik, Skandinavia, Templar dan Masonik. Inilah puncak dan maha karya para tukang batu (Mason) saat itu.
Seorang pendeta yang menulis tentang pembaptisan yang dilakukan oleh Baron Rosslyn pada tahun 1589 mengeluh, “kerana chapel dipenuhi patung2 pagan, tidak ada tempat yang sesuai untuk melaksanakan Sakramen”. Dengan kata lain, tiada tempat yang bersih dari sebarang unsur paganisme. Namun pada 31 Ogos 1592, akibat tekanan yang diberikan oleh Rosslyn kepada Baron Oliver St Claire, altar chapel yang bergaya pagan dihancurkan.
Keseluruhan ornamen2 dan arkitektural Rossylyn Chapel ini tidak langsung ada hubungan dengan kekristianan. Chapel ini malah sangat mirip dengan kuil2 kuno di Babylon.
Menguasai Kerajaan Inggeris
Kerajaan Inggeris dan Perancis pada masa itu merupakan dua kerajaan besar dan paling berpengaruh di Eropah. Penguasaan Inggeris merupakan rencana awal mereka. Dalam menguasai Inggeris, mereka melakukannya melalui dua cara iaitu i) mencampurkan darah Yahudi dengan darah Dinasti Stuart yang berkuasa si kerajaan tersebut dan ii) menguasai ekonomi Inggeris dengan memprovokasi kerajaan berperang melawan Perancis dengan menggunakan sentimen agama, antara Protestan Inggeris dan Katolik Perancis.
Dinasti Stuart yang saat itu berkuasa di Inggeris mereka gantikan dengan keturunan bangsawan dari Dinasti Hannover, Bavaria yang berdarah Yahudi, dengan cara mengahwinkan salah satu anggota penting (misalnya, pewaris tahta kerajaan) dengan anggota Dinasti Hannover.
King Charles II (1160-1685), yang menguasai tahta di kerajaan Inggeris, memiliki seorang puteri sulung bernama Mary. Dalam suatu majlis, pihak konspirasi dalam cara yang amat halus dan rapi, menemukan Mary dan William II, yang merupakan pemimpin pasukan kerajaan Belanda. Mereka akhirnya berkahwin dan dikurniakan seorang putera yang dinamakan William III. Kemangkatan Charles II digantikan oleh James II yang memerintah cuma selama 3 tahun. Selepas itu, William III yang tidak asli berketurunan Inggeris, kerana setengahnya berdarah Dinasti Hannover, tidak dapat menjadi Raja Inggeris. Lantas, isterinya, Mary II yang menyandang gelaran Queen.
Namun, atas tekanan parlimen kerajaan, yang disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh Parti Whig yang melakukan kerjasama rahsia dengan tokoh Yahudi, William III akhirnya diangkat menjadi Raja Inggeris. Pertabalan ini dalam sejarah dikenali sebagai ‘The Glorious Revolution’.
Raja William III juga mendapat dokongan dari parlimen dan juga dari lembaga kewangan Ingeris yang sebelumnya juga telah dikuasai oleh pihak konspirasi Yahudi melalui Oliver Cromwell yang menyingkirkan King Charles I dan menguasai kantung2 kewangan di kerajaan itu. Inilah awal penguasaan Dinasti Hannover yang memiliki takhta kerajaan Inggeris hingga sekarang. Dinasti Windsor yang kita kenal sekarang merupakan keturunan langsung King Edward III (Prince of Wales) yang telah berdarah Yahudi.
Pada tahun 1689, King William III membentuk The Loyal Orange Order yang menjadi pendokong utama gerakan anti-Gereja Katolik yang diketuai oleh Martin Luther. Kesatuan ini menjadikan Inggeris sebagai tapak bagi gerakan Protestan.
Central Bank of London
Ketika William III bertakhta, konspirasi Yahudi memprovokasi agar Inggeris memerangi Perancis. Perbelanjaan yang banyak untuk peperangan itu adalah atas hutang kepada pengusaha2 Yahudi Eropah. Akhirnya Inggeris menderita kerugian yang banyak hingga tidak mampu melunasi hutangnya.
Bagi pihak Konspirasi Yahudi, peperangan antara Inggeris dan Perancis memiliki dua kepentingan: i) membalas dendam sejarah yang pernah menimpa Templar yang dilakukan Gereja Katolik dan Raja Perancis. ii) membankrupkan kerajaan Inggeris agar bergantung sepenuhnya kepada hutang yang diberikan mereka. Strategi ini berhasil dan Inggeris pun jatuh ke tangan mereka. Inilah asal usul berdirinya Central Bank of London, bank sentral swasta pertama di dunia milik jaringan Yahudi Internasional.
Illuminati dan Revolusi Perancis
Kesuksesan di Inggeris dipandang tokoh2 Konspirasi seperti Sir Meyer Amschel Rotshchild sebagai perjuangan yang lembab. Sebab itu pada tahun 1773, Rotshchild mengundang 12 tokoh keluarga Yahudi Internasional untuk bertemu di kediamannya di Bavaria. Dalam pertemuan itu, dipaparkan 25 program penguasaan dunia, yang dalam Konferens Zionis Internasional I di Switzerland tahun 1897 ianya disahkan menjadi ‘Protocols of Zions’. Konspirasi juga membentuk satu organisasi klandestin, sebagai unit khusus Freemasonry, yang disebut Illuminati. Illuminati dipimpin Adam Weishaupt, seorang professor ilmu agama. Tugas Illumanati adalah mengobarkan revolusi di Perancis dan menguasainya.
Situasi sosial di Perancis ketika itu memang sangat mendokong terjadinya pergolakan besar. Ekonominya sifar – hutang bercambah, pengangguran di mana2, tiada lapangan pekerjaan, sektor perindustrian mundur dan bencana kebuluran boleh terjadi bila2 masa sahaja. Selain itu, seperti mana2 negara yang penguasanya makan rasuah, jurang ekonomi yang besar antara para bangsawan dan rakyat biasa menjadi para bangsawan mengatasi undang2.
Menjadikan situasi sedia ada semakin kacau bilau, Konspirasi Yahudi menggunakan media massa yang mereka telah kuasai untuk membakar emosi rakyat. Mereka mengadu domba antra rakyat dengan kaum pemerintah dan pihak gereja. Konspirasi juga membuat satu slogan baru yang kedengaran sangat indah di telinga rakyat: Kemerdekaan, Persamaan dan Persaudaraan.
Walaupun kedengaran sangat indah, namun tiga istilah ini mempunyai makna yang sangat berbeza kepada konspirasi Yahudi yang sebenarnya lebih memberat kepada kemerdekaan, persamaan dan persaudaraan mereka.
Dengan cepat rakyat mula marah pada pemerintah dan gereja yang tidak berbuat apa terhadap nasib mereka. Setahun sebelum bermulanya Revolusi Perancis, Freemansonry Perancis telah memiliki kira2 100,000 anggota yang bekerja keras memprovokasi rakyat.
Tanggal 14 Julai 1789, meletuslah Revolusi Perancis. Penjara Bastille diserbu rakyat dan para tahanan pun keluar. Situasi menjadi sangat kacau. King Louis XVI dan Marie Antoinette ditangkap dan dipancung. Situasi di Perancis kian mencekam. Tiap hari, ribuan orang dipancung oleh petugas2 iaitu Roberspierre dan Danton. Setelah dianggap selesai menjalankan tugasnya, pihak konspirasi pun membunuh keduanya. Sehari sebelum Roberspierre diseret ke tempat hukuman mati, di hadapan Majlis Nasional, dia sempat menyampaikan kata2 yang menyerang konspirasi dan membuka tirai mereka dengan mengatakan ada sebuah organisasi rahsia yang bekerja dan menjadi dalang Revolusi Perancis. Katanya, “Aku tidak berani menyebut nama mereka di tempat ini dan di saat ini. Aku juga tidak dapat membuka tirai yang menutupi kelompok ini sejak awal terjadinya peristiwa revolusi. Akan tetapi aku dapat meyakinkan anda sekalian, dan aku percaya sepenuhnya, bahawa di antara penggerak revolusi ini adalah kakitangan yang diperalat dan melakukan kegiatan yang tidak bermoral serta rasuah besar-besaran. Kedua2 cara itu merupakan taktik yang efektif untuk menghancurkan negeri yang kita cintai ini..”
Di pihak Konspirasi, ketika sedang kekacauan ini, mereka memunculkan seorang tokoh ketenteraan yang bernama Napoleon Bonaparte. Untuk meredakan kekacauan di dalam Perancis, mereka merasakan harusnya mewujudkan musuh dari luar yang besar. Cara ini berhasil. Napoleon melakukan penyerangan ke atas negara luar dan situasi kacau di dalam negara pun reda.
Konspirasi mendokong penuh perbelanjaan Napoleon. Ketika merebut dan menduduki Mesir, 20 April 1799, Napoleon berpidato, “Wahai kaum Yahudi saudaraku, mari kita membangun kembali kota Jerusalem lama!”. Napoleon tahu bahawa saat itu kaum Yahudi sedang berada dalam keghairahan ‘sosialisasi kembali ke Jerusalem’ setelah pada tahun 1776 Nathan Bernbaum dan tokoh2 Yahudi lainnya mencetuskan idea2 ‘Zionis Internasional’, ‘Negara Israel’ dll melalui buku2 mereka yang provokatif.
Tugas Napoleon dianggap telah selesai. Maka Konspirasi pun tidak memerlukannya lagi. Napoleon dipaksa menginvasi (memecah masuk) Rusia walaupun keadaan cuaca yang tidak memungkinkan. Pasukan Napoleon dalam kepayahan melawan suku Cozack Rusia dalam salji Rusia di musim dingin. Mereka malah disabotaj Konspirasi melalui agen2 mereka di Serbia. Akibat kekalahannya, Napoleon dipaksa turun takhta dan dibuang ke Pulau Elba.
Setelah menguasai Perancis, Rotshchild membangunkan sebuah istana peribadi berhadapan istana Raja Lois XVII, pewaris takhta kerajaan Perancis, agar dia dapat memantau aktiviti di sekitar istana.
Theodore Herzl
Pada pertengahan Oktober 1894, rakyat Perancis digemparkan oleh penangkapan Kapten Alfred Dreyfus, seorang perwira angkatan bersenjata Perancis berketurunan Yahudi, dengan tuduhanmenyerahkan sejumlah dokumen rahsia ketenteraan Perancis kepada pihak Jerman. Dia dibicarakan di mahkamah pengadilan. Peristiwa ini menarik banyak perhatian dari dalam dan luar. Teriakan2 ‘Matilah Yahudi!’ bergema di seantero Paris dan kota2 besar benua itu.
Ketika itu, orang2 Yahudi yang banyak menetap di benua Eropah sudah pun memiliki reputasi yang buruk di mata orang2 Eropah kerana merekalah yang berada di belakang tiap usaha kemaksiatan seperti rumah judi dan rumah pelacuran, yang ditentang gereja.
Skandal besar tentunya menarik perhatian para wartawan di mana sahaja. Salah seorang wartawan senior yang sangat rapi mengikuti peristiwa ini adalah Theodore Herzl. Dia merupakan penyumbang internasional yang aktif kepada berita harian Neue Freie Presse terbitan Perancis.
Herzl lahir di Hungaria, dari keluarga Yahudi sekular pada 2 Mei 1860. Saat peristiwa Dreyfus terjadi, dia baru berusia 34 tahun. Walau relatif masih muda, namun Herzl kenal dengan sejumlah pemimpin Eropah.
Laungan anti-Yahudi di Eropah yang menyusul selepas skandal Dreyfus membuatkan Herzl terfikir bahawa perlunya ada sebuah Negara Yahudi sendiri bagi menyatukan orang2 Yahudi yang berserakan di Eropah. Pemikiran ini merupakan pengaruh fahaman Yahudi sekular, kerana Yudaisme sendiri menentang campur tangan manusia dalam mendirikan satu Negara bagi kaum Yahudi. Cita2 Herzl ini kelak dikenali sebagai gerakan Zionisme.
Sejak itulah Herzl dengan giat merealisasikan ideanya itu, terutaman mengumpul dana agar terlaksana satu kongres Yahudi Eropah dan mempersiapkan satu negara khusus bagi kaum Yahudi sedunia. Saat itu, Herzl telah mengarahkan telunjuknya ke Palestina, sebuah wilayah dalam kekuasaan Turki Uthmaniyah. Herzl mendapatkan bantuan kewangan dari para jutawan Eropah berdarah Yahudi seperti Rotshchild dan Hirsch.
Kongres Zionis Internasional I
Basle adalah sebuah kota kecil yang masuk ke wilayah Swiss yang berdekatan dengan Jerman. Di sanalah terlaksananya Kongres Zionis Internasional selama 3 hari: 29-31 Ogos 1897.
Sebelumnya, Herzl telah menyebarkan ratusan jemputan ke sejumlah tokoh Yahudi Eropah. Namun yang berani hadir secara terang2an hanya tidak lebih 250 orang dari 24 buah negara.
Sebelum pembukaa, seluruh peserta mendapat lampiran yang dicetak rapi. Mereka juga menyematkan lencana yang direka khusus oleh Bodenheimer yang bertuliskan kalimat bahawa berdirinya Negara Yahudi merupakan satu2nya jawapan bagi segala permasalahan kaum Yahudi. Dalam kongres itu, banyak sekali media massa yang hadir dan ini bukanlah perkara yang sulit bagi mereka memandangkan banyak sekali orang Yahudi yang terlibat dengan media massa, bahkan menjadi pemimpinnya. Para peserta seluruhnya memiliki latar belakang Yahudi Sekular.
Kongres selama tiga hari ini bersepakat bahawa orang2 Yahudi yang terserak di pelbagai negara harus berkumpul di satu negara baru yang khusus untuk mereka yang dinamakan Israel.
Negara Israel harus berdiri di Palestin kerana mereka mahu mendirikan semula Haikal Sulaiman, sebagi pusat dari ritual Yudaisme.
Selain itu, 25 butir strategi penguasaan dunia yang telah dihasilkan dari pertemuan 13 tokoh Yahudi di rumah Rotshchild, Bavaria, pun disahkan menjadi gerakan Zionis Inernasional. Dokumen tersebut jug adikenali sebagai Protokol Zionis. Namun entah mengapa yang banyak tersebar sekarang adalah yang versi 24 perkara, bukan 25.
Mendapatkan Palestin
Selesai kongres di Basle 1897, Herzl menyatakan, “kami akan mengeluarkan kaum tidak berduit (penduduk Palestin) dari negara mereka dengan membuka peluang2 pekerjaan di negara2 jiran dan pada masa yang sama mencegah mereka memperoleh pekerjaan di negara kami. Kedua2 proses itu harus dilakukan dengan diam2.”
Dengan dokongan media massa yang sangat luas, komplot Zionis ini giat mempropagandakan dusta yang mengatakan hak sejarah kaum Yahudi ke atas tanah Palestin dan menafikan hak penduduk Palestin kepada tanah mereka sendiri. Herzl sendiri mengelilingi Eropah untuk melobi tokoh2 Eropah dan jaringan Yahudi di sana.
Pada masa yang sama, Herzl seolah2 memberi amaran kepada Sultan Abdul Hamid II di Turki dengan satu maksud: agar bersedia bekerjasama dengan kaum Yahudi untuk menyerahkan Tanah Palestin. Namun di hadapan Sultan, Herzl menawarkan janji dari pemilik2 modal Yahudi internasional yang bersedia memenuhkan simpanan kewangan kerjaan Turki Uthmaniyah yang sedang kosong, jika Sultan mahu bekerjasama.
Mendengar itu, dengan tegas, Sultan Abdul Hamid II berkata, “Jangan engkau membicarakan soal ini lagi. Saya tidak akan memberi walau sejengkal pun tanah Palestin kerana tanah itu bukan milik saya, tetapi milik umat Islam. Kami berjuang untuk mendapatkan tanah itu dan menyuburkannya dengan darah umat ini… Biarkanlah orang Yahudi menyimpan wang mereka yang berjuta2 banyaknya di peti mereka sendiri.”
Herzl sangat tersinggung dan kembali dengan tangan kosong. Tidak berapa lama kemudian, komplot Zionis ini menghantar 3 orang utusan menghadap Sultan: Mezrahi Krazu, Jack dan Lion. Namun Sultan menolak bertemu dengan mereka dan hanya mengirim utusannya bernama Takhsin Pasha. Dihadapan Takhsin, ketiga2 utusan meminta izin agar orang2 Yahudi dapat mengunjungi Palestin untuk mereka menziarahi tempat2 suci mereka dan mendirikan sebuah perkampungan kecil dekat Jerusalem. Jika permintaan mereka diperkenankan, mereka akan melunaskan semua hutang yang ditanggung kerajaan khalifah ini, menaja pembiayaan armada laut yang lengkap dengan kapal2 perangnya demi menjaga kedaulatan Turki Uthmaniyah den memberikan kredit sebesar 35 juta lire wang emas tanpa bunga.
Takhsin menyampaikan ini kepada Sultan dan mbaginda sedikit pun tidak terpengaruh. Kepada Takhsin, baginda berkata, “Katakan kepada kaum Yahudi itu, pertama, hutang pemerintah bukanlah satu kejahatan. Negara lain seperti Perancis juga dibebani hutang, dan semua itu tidak mempengaruhinya. Kedua, Baitul Maqdis telah dibebaskan oleh kaum Muslimin atas pimpinan Umar bin Khattab ra, aku tidak bersedia menanggung nama buruk dalam sejarah bahawa aku telah menjual tanah suci itu kepada Yahudi. Aku tidak mahu mengkhianati amanah kaum Muslimin yang dipikulkan ke bahuku. Ketiga, katakan kepada mereka untuk menyimpan sahaja harta mereka sendiri. Pemerintah negara tidak dibenarkan membina perlindungan negara dengan wang musuh Islam. Dan keempat, ini yang paling penting, suruh mereka segera angkat kaki dari sini, dan tidak boleh lagi cuba menemui akuatau memasuki tempat ini!”.
Ketegasan Sultan Abdul Hamid II inilah yang akhirnya menyebabkan komplot Zionis melancarkan konspirasi untuk menghancurkan kekhalifahan Turki Uthmaniyah. Kekhalifahan kerajaan ini benar2 hancur pada 3 Mac 1924, 27 tahun setelah Kongres Zionis I.
Mustafa Kemal Attarturk, seorang Yahudi Dumamah Turki dari Kota Salonika, naik menjadi penguasa dan menghancurkan seluruh kehidupan beragama di Turki dan menggantinya dengan fahaman sekular. Mustafa Kemal merupakan seorang Mason dari Loji Nidana.
Selama berkuasa, Mustafa Kemal memperlihatkan watak seorang Yahudi asli yang sangat membenci agama. Dia melarang melaungkan azan dalam bahasa Arab, dan hanya mengizinkan dilakukan dalam bahasa Turki. Saat berkuasa, ketika melalui sebuah masjid yang masih melaungkan azan dalam bahasa Arab, dia menyuruh konco2nya merobohkan masjid itu.
Sekian dulu catatan panjang ini dalam melunaskan hutang saya yang sudah sekian lamanya..
Moga ada manfaatnya buat kita semua.
No comments:
Post a Comment