Filem kiamat 2012 garapan Hollywood sudah menghasilkan protes dari tokoh Islam. Ketua Majlis Ulama Indonesia Kabupaten Malang, KH Mahmud Zubaidi yang pertama kali mengecam filem yang sudah tayang di Indonesia itu.
Menurutnya, sebagai umat Islam, mesti mempercayai bahawa kiamat merupakan rahsia Allah. Jadi, jangan percaya dengan ramalan kiamat versi bangsa Maya. ”Filem itu tidak sesuai untuk ditayangkan, kerana boleh mempengaruhi pemikiran umat. Soal bila kiamat, itu kuasa Sang Pencipta. Jadi kita tidak boleh menentukan hari itu. Itu menyesatkan,” tegas Ulama Malang ini.
Berbeza dengan KH Mahmud, Ketua MUI pusat, KH Amidhan tidak begitu mempermasalahkan filem itu. ”Secara peribadi, saya tidak menganggap itu masalah besar. Asalkan, filem 2012 tidak dinisbahkan dengan hari kiamat. Kiamat hanya Allah yang tahu. Dan filem hanya fiksi, bukan kisah nyata,” jelas Amidhan di Jakarta kemarin.
Mungkin, apa yang dijelaskan Amidhan ada benarnya. Bahawa filem yang menelan biaya produksi sebesar dua ratusan juta dolar atau sekitar 2 trilyun rupiah itu tidak lebih dari sekadar khayalan orang-orang filem. Dan itu tidak lepas dari helah bisnes Hollywood untuk mengaut wang sebanyak-banyaknya. Dalam tayangan selama tiga hari di 105 negara, filem ini sudah meraup untung 25 juta dolar.
Kalau dikritis lebih dalam, filem garapan Roland Emmerich ini tidak lebih dari ungkapan ketakutan yang berlebihan terhadap ramalan bencana dari kacamata orang atheis. Filem berdurasi 158 minit ini sama sekali tidak menggambarkan kebesaran bahkan keberadaan Tuhan dan kekerdilan manusia. Pesan yang boleh ditangkap dari filem ini justru menuhankan ilmu pengetahuan dan kebodohan agama.
Seperti umumnya film-film Hollywood yang lain, filem 2012 lebih cocok menggambarkan suasana peperangan ala koboi Amerika dengan keganasan alam. Selain itu, nalar logik ilmiah filem ini begitu dangkal dan sentuhan religusitasnya yang sangat sangat kering.
Satu hal yang sudah biasa dalam film Hollywood, penggambaran betapa bijaksananya Amerika. Terlebih lagi presidennya. Dalam filem ini, presiden Amerika adalah di antara mereka yang tidak mahu meninggalkan ketakutan rakyatnya ketika pemimpin dunia yang lain sudah kabur menyelamatkan diri. Sang presiden pun digambarkan menemui ajal bersama rakyatnya yang sedang menderita.
Apa yang disampaikan Ketua MUI Malang memang benar, ”Filem ini sangat menyesatkan.” mnh
No comments:
Post a Comment