Pages

Sunday, April 18, 2010

Mason-Mason Melayu Bahagian IV






Perpecahan orang-orang Melayu bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu pertama,perpecahan politik dan yang kedua-perpecahan pengamalan agama.Kedua faktor ini dijadikan senjata oleh mason-mason tidak kira yang Melayu atau bukan Melayu untuk memecahbelahkan bangsa ini yang diketahui majoritinya menganut agama Allah.Serangan dijalankan dalam pelbagai cara,jika ada ruang kosong,mereka akan mencelah.

Kemudian para mason ini akan memulakan permainan.



"Jus Soli"






Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau
maksud berbilang etnik dan faham agama

Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot

jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan

biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas

belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku

Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi


Untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.

Ada yang mengaku memperjuangkan agenda Islam,tetapi bila dilepaskan ke medan yang lebih luas mula terkeliru dan mengalami kejutan budaya.Anehnya,mereka mula mengalami perasaan 'inferior' terhadap Islam dan akhirnya mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.Walhasilnya,mereka berjaya dalam perjuangan mengelirukan diri sendiri.Ada yang mengaku pendokong visi dan misi Islam namun hanya gah di pentas-pentas formal.Mereka berani menunjukkan muka di pentas-pentas ceramah dan seminar di sekolah-sekolah dan universiti.Segalanya formal dan hubungan antara sesama juga formal sehingga susah untuk orang yang didakwahkan itu menemuinya.Mereka berani berceramah dalam keadaan audiennya menekur mendengar tanpa banyak soal.Malah audien juga hadir atas dasar terpaksa dan memenuhi syarat sahaja.Habis ceramah,isi ceramah masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Ada yang mengaku sebagai pendakwah tetapi tidak mahu memahami sensitiviti masyarakat setempat dan mahu meninggikan ego sendiri sahaja.Islam dijadikan sebagai pekerjaan dan sumber rezeki sahaja.Apa yang terjadi pada generasinya dia tidak ambil pusing yang penting elaun ceramah masuk poket dan cukup bulan kerajaan masukkan gajinya dalam bank.

Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.

Kita kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam jemaah Tabligh menganggap saudara dalam Pas berada dalam jalan tidak betul kerana bergelumang dengan politik.Saudara-saudara yang keliru itu kena sedar,dari sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia?Dakwah itu penting,namun politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.Jika nabi berdakwah sahaja di Mekah,alamat 100 tahun pun keadaan Islam macam itu sahaja.Pi mai pi mai tang tu,kerana orang yang memegang kuasa di Mekah adalah kaum Musyrik.Mungkin boleh berjaya,tetapi memakan masa yang amat lama dan korban yang bukan sedikit.Nabi bukan semata-mata pendakwah tetapi juga ahli politik dan jeneral perang.JIka hendakkan nabi yang betul-betul berdakwah sahaja kerjanya,boleh ambil contoh nabi Isa a.s.Nabi Isa a.s kerjanya berdakwah sahaja.Beliau tidak mempunyai negara atau satu batalion pun tentera untuk mempertahankan hukum Allah.Akhirnya beliau diancam oleh tentera-tentera Pilatus Rom tanpa ada sedikit kekuatan pun melainkan rahmat Allah s.w.t.

Dan kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah' lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah orang tadi bersetuju atau tidak?

Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan identiti Islam.Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan risau yang lain.

Bahagian usaha dakwah mereka pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama Islam.Saudara dalam Pas,Umno dan PKR kena faham masalah ini jika masih teringin untuk menghidu bau syurga Allah.

Ingat,Allah Azza wa Jalla tidak rugi apa-apa jika hukum-Nya tidak ditegakkan.Yang rugi adalah kita.Kita mungkin selamat di dunia,tetapi di akhirat...



Walau apa pun latar belakang para pejuang Islam,dari sekolah pondok,dari universiti (UIA misalnya),dari Maahad atau sekolah agama rakyat atau negeri atau dari jemaah-jemaah seperti Tabligh,mereka mesti menjadikan contoh negara Islam Madinah yang diusahakan Rasulullah s.a.w sebagai model ikutan.Model negara Islam Madinah terdiri dari bahagian Politik dan bahagian Usaha Dakwah.Politik digunakan untuk melindungi maruah orang Islam,perundangan Islam dan syiar-syiarnya.Manakala Usaha Dakwah adalah untuk mentarbiah dan menyebarkan ajaran Islam disamping mengekalkan penghayatan Islam dalam diri semua orang Islam.Pejuang Islam yang meninggalkan salah satu dari dua konsep ini,akan menghadapi kesusahan yang dasyat.Kepayahan yang berat dan silap haribulan,akan sesat dalam perjuangan dan terkeliru.

Ingat,Rasulullah s.a.w mampu menghantar keluar dua jemaah;satu jemaah keluar di jalan Allah untuk berdakwah.Dan satu lagi jemaah keluar di jalan Allah untuk berperang mempertahankan maruah agama.

Dan jemaah kedua tidak akan dicapai jika tidak dengan jalan politik.

Fikirkan adakah nabi Isa a.s mampu menghantar jemaah perang mempertahankan risalah wahyu yang dibawanya?Akhirnya pengikut-pengikutnya ditangkap oleh tentera Pilatus dalam keadaan lemah dan tidak melawan sedikit pun akibat nabi Isa a.s tidak memegang peranan sedikit pun dalam politik Rom yang menjajah Palestin ketika itu.

Nabi Isa a.s tidak mampu menghantar jemaah kedua.Tetapi Nabi Muhammad s.a.w mampu.

Sebab itu agama Islam telah disempurnakan oleh Allah Yang Maha Perkasa.Sistem Islam sesuai untuk setiap masa dan keadaan.Hanya sesetengah orang Islam sendiri yang tidak yakin.

Kita lihat senario umat Islam di Malaysia.Secara jujur,politik Islam khasnya Melayu dipegang oleh Umno.Umno umumnya terdiri daripada orang-orang Melayu beragama Islam.Ketika peralihan kuasa antara kerajaan British dan pemimpin Umno,British segera mengadakan usaha untuk menetapkan perundangan Malaysia berdasarkan perundangan sekular.Pemimpin Umno dan majoriti orang Melayu menerima kerana kita kena faham bahawa yang penting dalam kepala mereka adalah MERDEKA.Soal perundangan perkara kedua,padahal inilah racun yang mahu disimpan oleh British.Kita juga kena maklum setelah sekian lama khilafah Islam tumbang, fiqh kenegaraan Islam telah dilupakan oleh ramai umat Islam.Begitu juga orang-orang Melayu yang sekian lama dijajah sudah tentu tiada pengetahuan atau pengalaman dalam menjalankan undang-undang Islam.Apatah lagi para pemimpin Umno ini yang majoritinya mendapat pendidikan Barat.Sudah tentu mereka tidak faham atau tidak tahu-menahu langsung tentang konsep negara Islam.Namun sesetengah orang Islam yang faham terutamanya golongan ulama bangkit untuk menegakkan undang-undang Islam.

Maka lahirlah Pas.

Ketika itu jemaah Tabligh pun masih kecil atau mungkin tiada langsung dalam kamus orang-orang Melayu.

Jadi kita kena faham senario ini.Umno terdiri dari orang-orang Islam yang tidak faham atau tiada pengetahuan tentang konsep kenegaraan Islam.Pas terdiri dari ulama-ulama yang faham tentang konsep kenegaraan Islam.Jadi antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah PAS KENA BAGI FAHAM KEPADA UMNO TENTANG KONSEP KENEGARAAN ISLAM.Bukan menjauhi mereka atau memakihamun mereka.Kesian Umno,sudahlah buta dan pekak,kemudian dimarahi dan dimakihamun pula.Makin jauhlah mereka dari kefahaman Islam.

Umno umumnya menganut politik sekular.Sekular ialah satu faham yang memisahkan agama dari politik.Maksudnya tiada undang-undang Islam.

Jadi Pas kena pujuk saudara dalam Umno untuk masukkan agama dalam politik.Biar politik yang kotor itu dicuci dengan kemuliaan agama.Kena sabar memimpin saudara dalam Umno yang dibutakan penjajah.Umno ibarat orang buta.Pas kena pimpin.Bukan memakihamun Umno yang teraba-raba tadi.


Dalam hal ini,siasah Pas kena bijak.Kemahiran komunikasi atau 'public relation' Pas kena berhikmah.Kena yakinkan bahawa dengan amalkan Islam tidak akan memiskinkan pemimpin Umno.Islam tidak tarik banglo dan Mercedes mereka.Malah Allah s.w.t akan tambah keberkatan pada harta mereka kerana mereka melaksanakan Islam dalam politik.Pas jangan terikut-ikut amalan politik Timur Tengah,Pakistan atau India.Manusia di sana memang berjiwa kasar dan keras.Sebab itu banyak perpecahan umat Islam di sana sehingga berbunuh-bunuhan.TETAPI ORANG MELAYU INI JIWANYA LEMBUT.Mereka mudah tersinggung dan berkecil hati.Tetapi jika Pas pandai berdiplomasi tidak mustahil Dr. Mahathir atau Najib sendiri akan menjadi pembela agama Allah yang tegas.Lihat,mereka tegas mempertahankan undang-undang sekular kerana tidak tahu fadhilat dan keberkatan dalam undang-undang Islam.Pada kefahaman mereka undang-undang sekular memberikan mereka wang dan harta di dunia.Namun jika mereka tahu betapa besar ganjarannya melaksanakan undang-undang Islam,di mana di dunia mereka sudah pasti rezeki mereka dijamin Allah (sememangnya Allah yang memberi mereka rezeki setiap hari) dan di akhirat Allah Yang Maha Pemurah akan membayar mereka dengan syurga yang di bawahnya sungai-sungai mengalir.Subhannallah.Mereka berhak dan mudah mendapatnya kerana mereka pemimpin.Itu bezanya golongan pemimpin dan dipimpin.Pemimpin yang menjalankan hukum Allah adalah PEMILIK ISTANA DI SYURGA bersama-sama orang-orang lain yang dimuliakan Allah Yang Maha Pemurah.

Itupun selagi masih ada iman dalam dada mereka.

Di dalam Islam yang diamalkan oleh orang-orang Islam Malaysia khasnya umat Melayu juga cuba dipecahbelahkan oleh anasir-anasir luar.Inilah strategi yang digunakan orientalis untuk mewujudkan firqah-firqah dalam organisasi Islam.Untuk memecahkan umat Islam dalam persoalan akidah amat sukar tetapi dalam perkara cabang memang bukan perkara mustahil.Kebanyakan umat Islam berbalah sesama sendiri bukan pada persoalan besar seperti kerasulan nabi Muhammad tetapi perkara-perkara remeh temeh seperti baca Yassin pada khamis malam jumaat atau sambutan maulidurrasul.Perbalahan ini menjadi besar sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri seperti di luar negara.Ini belum lagi dengan fahaman Syiah.Kita sudah maklum bahawa Syiah ini memang sesat kerana kesalahan mereka mengedit hukum agama mengikut sesuka hati mereka serta menambah-nambah hadis ciptaan sendiri.Yang bagusnya,umat Islam di Malaysia tidak cepat terpengaruh dengan Syiah,tidak seperti umat Islam di negara-negara lain.Mengapa?


Kita kena faham faktor kronologi dan dari mana punca perpecahan umat Islam.Islam sampai di Nusantara melalui pendakwah yang terdiri dari zaman Sahabat,Tabi'in dan selepasnya,di mana konsep Islam ketika itu boleh dikatakan suci dan masih tidak tercemar.Punca perpecahan umat Islam bermula di Timur Tengah dan sekitarnya sehingga menjangkau India juga, dengan kemunculan pelbagai puak agama yang mereka-reka fahaman agama sendiri,terutamanya bermula selepas berakhirnya zaman Salafussoleh.Ini bermakna Islam di Nusantara masih suci dari bermacam pengaruh ajaran baru dalam agama.Jadi fahaman-fahaman yang muncul terkemudian ini di Nusantara khasnya Malaysia datang dari orang luar,contohnya pedagang India Muslim atau orang Arab terkemudian dan juga dariORANG-ORANG MELAYU YANG MENUNTUT ILMU DI SANA.

Pegangan konsep agama yang kuat telah membenteng umat Islam Melayu khasnya dari ajaran-ajaran yang terang-terang sesat seperti Syiah dan ajaran Ayah Pin tidak kira orang Umno dan Pas.Dalam hal ini,kefahaman mereka (Pas & Umno) agak cemerlang.

Namun orang luar dan para penuntut dari negara luar masih tidak faham senario masyarakat di sini.

DARI SINILAH PUNCA ISTILAH WAHABI DAN SEANGKATAN DENGANNYA.

Kita ambil contoh senario seorang pelajar Melayu yang belajar ilmu di Timur Tengah.Apabila pulang ke kampung,setelah bertahun-tahun belajar,dia telah mengambil keputusan menghapuskan majlis baca Yassin pada malam jumaat kerana baginya itu adalah bida'ah dan Nabi tidak pernah buat amalan itu.Tidak ada hadis atau dalil mengatakan pada malam jumaat ada baca Yasin.Puas dia bertekak dengan imam kampung dan jemaah surau.Dia pun mengeluarkan segala dalil dan hadis dan bermacam-macam lagi yang membingungkan orang-orang tua kampung.

DISINILAH KESILAPAN PELAJAR ITU.Sebenarnya dia tidak perlu bertengkar mengenai hal-hal yang kecil seperti itu.Ini adalah kajian kes.Jika para ulama dapat menyelesaikan masalah ini maka masalah lain dapat diselesaikan.

Ulama Melayu mengadakan majlis bacaan Yassin itu hanyalah KAEDAH DAKWAH mereka untuk menarik orang kampung datang ke surau dan masjid.Biasanya selepas bacaan Yassin,orang kampung akan dijamu dengan jamuan kecil.Bukankah ini akan melembutkan hati mereka supaya dekat pada agama?Ini sama seperti ulama India atau Urdu yang mengadakan majlis Tasykil atau Bayan dan selepas itu ada majlis makan-makan.Setiap ulama di negara masing-masing ada kaedah dakwah mereka yang tertentu.

Dalam seminggu orang kampung tidak buka AlQuran,sekurang-kurangnya malam jumaat mereka buka kitab,baca Yassin.Ini adalah kaedah dakwah ulama-ulama Nusantara.Tidak perlu bertegang leher keluarkan dalil-dalil dan hujah.Memang tiada hadis nabi yang suruh baca Yassin malam jumaat.Noktah.

Tidak ada salahnya mengadakan majlis baca Yassin.Haramkah?Sampai menuduh orang lain sesat.Yang salah ialah mengatakan ada hadis yang suruh buat majlis baca Yassin.

Jangan keliru.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH.Kaedah dakwah yang sudah bersebati dengan jiwa umat Islam Nusantara sehingga menjadi amalan.Bayangkan,ulama nusantara berjaya mendakwahkan orang Melayu supaya membaca AlQuran sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ini samalah seperti orang yang bertekak dan bertegang leher mengatakan sambutan maulidurrasul adalah bida'ah dan sesat.Ada yang mengatakan ia amalan Syiah.Orang yang berkata seperti ini biasanya orang yang mengikuti jemaah-jemaah luar negara seperti dari Arab atau dari India.Orang seperti ini ada di antaranya tinggi ilmu agamanya dan menghafal hadis-hadis.Ada yang mengaku menganut ajaran Salafussoleh dan jalan nabi Muhammad s.a.w yang suci dari perkara yang diada-adakan.

Tinggi ilmu tetapi kurang kepekaan.

Perkara-perkara kecil seperti itu tidak perlu diperdebatkan malah Islam melarang penganutnya memperdebat hal-hal agama.Kita lihat dahulu bagaimana sambutan Maulidurrasul yang umum.Pada hari kelahiran Nabi itu biasanya surau-surau dan masjid akan mengambil inisiatif mengadakan majlis memperingati sirah nabi.Majlis akan diisi dengan ceramah atau forum agama.Selepas itu diadakan majlis jamuan.Bukankah ini sesuatu yang baik?Mengajak orang mengingati Rasulullah s.a.w?Perarakan Maulidurrasul adalah perkara yang lain.Itu konteks yang lain.Perkara yang ingin difokuskan di sini adakah mengadakan majlis ilmu di hari kebesaran Nabi adakah buruk dan sesat dalam agama?

Jangan keliru.Yang salah ialah mengatakan ada hadis menyuruh Maulidurrasul diadakan.Memang tiada hadis atau dalil yang kuat tentang sambutan Maulidurrasul.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH untuk mengajak umat Nusantara kasih akan Nabi.Salahkah?

Hari ini ada di antara kita yang bencikan Nabi.Sehingga muncul golongan antiHadis dan mengatakan nabi berjanggut macam kambing.

Kesilapan golongan yang kononnya sebagai Wahabi,Salafi dan seangkatan dengannya ialah menuduh kaedah dakwah orang lain sebagai sesat tanpa mahu mengkaji bagaimana amalan itu muncul.Bagaimana pula dengan kaedah dakwah Wali Songo yang menggunakan kuda kepang mengajak orang ramai kepada Islam?Mungkin jika dilihat oleh ulama Arab dan India pesta tarian kuda kepang ini,mereka menyangkakan Wali Songo ini sesat dan kafir!

Lainlah amalan Maulidurrasul di Malaysia seperti Hari Karbala oleh penganut Syiah,meratap-ratap dan mencederakan diri sendiri sehingga berdarah-darah.Ini memang sesat malah memudaratkan diri sendiri.

Orang yang mempertahankan baca Yassin atau Maulid Nabi tidak perlu keluarkan hadis atau dalil kerana sememangnya tiada dalil pun.Cukup katakan ia adalah kaedah dakwah kepada orang yang kononnya amalkan jalan Nabi dan Sahabat.Bagi mereka faham bahawa di dalam Islam terdapat empat sumber hukum,bukan semata-mata AlQuran dan Hadis,

1-AlQuran
2-Hadis
3-Qias
4-Ijtihad Ulama

Contohnya untuk menggubal undang-undang Siber,para pengamal undang-undang Islam tidak hanya bergantung pada AlQuran dan Hadis tetapi Qias dan Ijtihad juga kerana komputer tiada di zaman Nabi dan Sahabat.Ini misalan yang mudah.Dalam kes lain ada ulama yang melarang lampu elektrik dipasang di dalam masjid kerana berdasarkan Qias/Ijtihad yang salah (masjid nabi dahulu tiada elektrik,jadi kita tidak boleh ada lampu elektrik kononnya).


Ulama India/Pakistan bila datang Malaysia terkejut bila ada majlis baca Yassin malam jumaat.Ulama Malaysia pula terkejut terdengar istilah gasyt,karkuzari,tasykil dan bayan bila bertemu ulama Urdu di mana di zaman nabi malah hadis-hadis tiada pula terdengar perkataan-perkataan itu.Ulama Arab merasa pelik dengan takbir Hari Raya di sini yang mendayu-dayu padahal ulama Nusantara tahu takbir di Tanah Arab bernada keras atau monotone. JIka kedua-dua mereka mengambil sikap dungu dan kurang matang,mereka akan berdebat hal-hal yang remeh-temeh ini,sehingga bermasam-masam muka dan menuduh sesat antara satu-sama lain.Jika mereka saling faham memahami dan bersikap matang,mereka akan faham betapa di lain tempat,lain KAEDAH DAKWAH yang diusahakan.Lain padang,lain belalang.Semuanya adalah semata-mata untuk mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t.

Kata kuncinya ialah KAEDAH DAKWAH.

Sebab itu tidak perlu memperdebatkan mengapa jemaah Tabligh keluar berdakwah berdasarkan masa-masa tertentu seperti 1 hari setengah,3 hari,40 hari atau 4 bulan kerana memang tiada dalil khusus untuk itu,ini hanyalah KAEDAH DAKWAH dari ulama Nizamuddin di India untuk memudahkan orang keluar berdakwah berdasarkan keperluan masing-masing.Jika perkara ini kita masih tidak faham maka makin senanglah orientalis mencucuk-cucuk jarumnya melebarkan lagi perpecahan sesama kita.Dan kita tidak semestinya hanya menunggu semua perkara tentang Islam ini datang dari Arab.Jika KAEDAH DAKWAH itu baik dan sesuai di sini maka apa salahnya kita amalkan.Bukankah ziarah-menziarahi sambil menceritakan kebesaran Allah itu adalah sesuatu yang baik dan mulia.


Apa yang terjadi pada Jemaah AlArqam pula lain kesnya.Ini juga satu kajian kes yang penting dan mesti dipelajari oleh semua orang yang mengaku pejuang Islam.Kesilapan AlArqam ialah terlalu leka dengan persoalan Imam Mahadi sehingga musuh-musuh Islam berhasil mencari peluang memporak-porandakan jemaah ini.Sedangkan Imam Mahadi sendiri tidak tahu dirinya Imam Mahadi malah lari apabila para ulama di Baitullah mahu membaiahnya.Setelah berkali-kali dipujuk barulah Imam Mahadi menerima baiah para ulama.


Adakah Abuya tidak tahu perkara ini?Atau adakah beliau membiarkan para pengikutnya mendewa-dewakan dan taksub kepadanya?Asas yang ditegakkan oleh Abuya memang cemerlang,dengan menitiberatkan amalan sunnah Rasulullah s.a.w dari segi pakaian sehingga kehidupan seharian serta menegakkan sistem ekonomi Islam.Dan sunnah nabi yang mereka tegakkan dalam urusan ekonomi membuatkan ekonomi mereka setara malah lebih dari ekonomi kaum Cina yang kita hairan-hairankan itu.Jika kaum Cina siang dan malam kerja keras untuk dapatkan seringgit sehari,orang yang amalkan sunnah nabi dalam ekonomi mampu dapat 2 ringgit sehari malah boleh berlipatganda dari itu dengan cara yang amat mudah tanpa perlu menipu timbangan.Inilah rahsia amalkan sunnah nabi.

Sesungguhnya DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.

Tetapi AlArqam terlalu taksub pada pemimpin sehingga sanggup mendakwa Abuya sebagai Imam Mahadi,dan yang anehnya Abuya sendiri tidak berusaha mahu menafikan perkara itu.Maka akibatnya Tuhan hancurkan jemaah ini kerana operasinya semakin merapu dan membahayakan akidah.


Tetapi yang kita mahu ambil positif ialah PENGAMALAN SUNNAH NABI.

Mengapa orang-orang Barat berjaya dalam hal-hal keduniaan?Tanpa kita sedar orang-orang Barat khasnya orang-orang Eropah telah banyak mengamalkan sunnah nabi dalam hidup mereka.Contoh yang paling besar ialah kebersihan.Bukankah nabi pernah bersabda bahawa kebersihan itu SEBAHAGIAN IMAN?Juga Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud:
Mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”

Lihatlah negara 'mat saleh'.Betapa bersihnya tempat mereka.Penampilan mereka kemas.Sistem mereka tersusun.Bangsa Jepun maju kerana meniru sistem Barat ketika era Pemodenan Meiji.Sebab itu negara Jepun juga mengamalkan sunnah 'kebersihan' sehingga gagah dalam teknologi dan perniagaan.Lihat negara India dan Pakistan.Kita faham mengapa di sana terdapat orang yang duduk dalam kawasan sampah sebagai tempat tidurnya.Yang kaya makin kaya,yang miskin makan seperti anjing di kaki-kaki lima.Kanak-kanak miskin yang selekeh berebut-rebut mengerumuni pelancong.

Lihatlah negara Finland yang paling rendah kadar rasuahnya.Negara-negara Skandinavian ini juga adalah antara negara yang paling maju dan kukuh ekonominya dan negara yang paling aman dan paling selamat untuk diduduki mengikut kajian antarabangsa.Mereka bukan negara Islam,namun mereka amalkan sunnah Nabi.Hatta perkara paling kecil iaitu mengadakan garam ketika hidangan pun membuahkan kejayaan bagi mereka.


Di dalam SUNNAH ADA KEJAYAAN.


Hari ini setiap amalan sunnah nabi dapat dibuktikan secara saintifik.Dari konsep keseimbangan cas dalam solat berjemaah,sujud yang mampu memasukkan darah pada satu titik pada otak,enzim pada hujung jari yang boleh memudahkan proses penghadaman (amalan menjilat jari),madu,kurma dan kismis yang banyak manfaat,semua ini telah dikaji oleh ramai saintis.Dan saintis-saintis Barat ini ada yang memeluk Islam,berlainan pula dengan orang-orang Melayu yang menjadi Islam Liberal seperti Sister of Islam yang makin galak mencari apakah lagi isu sensasi yang boleh merendah-rendahkan agama sendiri.Ini perbezaan orang yang menggunakan ilmu untuk mencari hidayah Allah dengan orang yang menyalahgunakan ilmu yang ada.




Orang-orang Eropah pada masa dahulu amat pengotor.Pada era Zaman Gelap Eropah,jalan-jalan di bandar Paris dan London amat kotor dengan najis dan tikus-tikus berkeliaran berbanding dengan kota Baghdad dan kota-kota Islam lain yang bersih dan terjaga.Namun siapakah yang mengajar orang-orang Eropah ini supaya berubah?Pertama,orang-orang Eropah yang pergi menuntut ilmu di kota-kota Islam.Keduanya orang-orang Yahudi yang mengetahui rahsia kebaikan pada setiap sunnah nabi.Orang-orang Yahudi ini memang tahu bahawa Rasulullah s.a.w benar-benar nabi akhir zaman yang dijanjikan tetapi mereka tidak dapat menerima bahawa nabi itu lahir dari kalangan orang Arab yang dipandang rendah oleh mereka.Mereka ikut segala kebaikan dari sunnah nabi tetapi mereka tidak mengakui kerasulannya.Kemudian mereka promosikan amalan hidup yang buruk kepada dunia luar atau goyyim,padahal pada masa yang sama mereka diam-diam mengamalkan sunnah nabi.Di Israel,rabbi-rabbi mengharamkan arak,zina dan daging babi tetapi di sini pernah ada yang ingin membina industri babi bagi dieksport ke negara China.

Kesimpulannya setiap orang yang mengaku berjuang atas agama perlu faham senario keseluruhan sebelum pergi berperang.Tanpa kefahaman yang jelas,mereka akan keliru dan dikelirukan.Orang yang berjuang di dalam jemaah Tabligh tidak boleh terkongkong dalam jemaahnya sahaja tanpa perlu mengikuti politik Malaysia dan dunia.Orang yang berjuang dalam Pas perlu tahu sepak terajang musuh-musuh Allah supaya tahu siapa kawan siapa lawan.Saudara-saudara dalam Umno kena ambil inisiatif belajar agama disamping memahami siapa yang mahu terus menyesatkan Umno supaya jauh dari agama sendiri.Di dunia mungkin kita lepas tetapi di akhirat...fikirkan.

Sebagai penutup,mari kita renung-renungkan,dalam sejarah pemerintahan Islam di seluruh dunia,begitu banyak orang-orang kafir memberontak dan melakukan keganasan.Namun ini terbalik bagi orang Islam berada di bawah pemerintahan orang-orang kafir,orang-orang kafir pula yang melakukan keganasan terhadap orang-orang Islam.Kita ambil contoh saudara sebangsa kita di selatan Thai.Adakah mereka gembira dan hidup aman?Lihat penderitaan orang Islam Cham di era Khmer Rouge di Kemboja.Tanya pula nasib agama Islam di Singapura?Adakah orang Islam khususnya orang-orang Melayu selesa mengamalkan Islam di sana?Hari ini kita punya tanah dan negara.Tetapi esok siapa tahu?Adakah anak cucu kita dapat tinggal di tanah tumpah darah kita ini?Adakah mereka dapat mewarisinya kelak?Ini bukan bercakap mengenai kaum tetapi lebih kepada survival Islam.Jika kafir harbi menaiki takhta pemerintahan Malaysia,cuba tanya diri dengan jujur adakah mereka dengan senang hati mahu menjaga agama kita di sini?Malahan isu arak dan babi pun boleh menjadi perkauman padahal mereka sudah maklum daging babi adalah isu sensitif bagi orang Islam khasnya Melayu.Fikirkan.

Jika kita rasa orang kafir boleh membelai dan memanja-manjakan Islam apabila mereka memerintah,silalah beri takhta kepada mereka.Berikan semua hak kita,tanah,kedaulatan...apa saja.Biar kita berpecah dan bergaduh sesama sendiri.Biar kita pupus perlahan-lahan di bumi bertuah ini.Biar kita lenyap tanpa berbekas nama sekalipun.







Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi

No comments: