1. Temple Mount Rabbinical Court
lanya merupakan sebuah pertubuhan pengganas Yahudi yang bermotifkan agama. Mereka bergerak di kalangan rabbi-rabbi Yahudi yang beriman dengan kewajipan menegakkan Haykal sebelum kedatangan Messiah dan bukan selepas kemunculannya.
Mereka mempunyai pengaruh yang amat signifikan ke atas golongan terpelajar agama Yahudi. Ianya dianggotai oleh para rabbi yang begitu obsessed untuk mendirikan semula Haykal seperti Dov Lior, Nahman Kahane dan Israel Ariel. Pada bulan Ogos 2000, pertubuhan ini telah mengeluarkan fatwa mereka kepada orang-orang Yahudi untuk merempuh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai tapak Haykal yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk bangsa Yahudi.
2. Ateret Cohanim
Merupakan sebuah “non-profit” NGO (Amutot) yang bertugas untuk membeli tanah-tanah dan segala hartanah di al-Quds dan juga kawasan sekitar “Mountof Temple” (Masjid al-Aqsa). Mereka berpusat di al-Quds dan aktif membeli hartanah dari kalangan warga Arab yang materialistik. Ditubuhkan oleh anggota kumpulan Yeshivat HaGolan pada tahun 1978 sebagai Yeshiva (pusat pengajian agama Yahudi) untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan kohanim dan upacara penyembelihan.
Dua kali dalam setahun, iaitu ketika perayaan”Passover” dan juga perayaan “Sukkoth’. Pertubuhan ini dan kementerian agama rejim Yahudi akan bersama mempelajari dan mengulang kaji semula hukum-hakam berkaitan dengan Haykal dan upacara ritual di dalamnya. Rabbi Shlomo Aviner iaitu rabbi di dalam pertubuhan ini mengatakan bahawa pengajian mengenai Haykal adalah untuk menjadikan Haykal itu sentiasa bersama dengan orang-orang Yahudi di dalam jiwa, spiritual dan intelektual mereka sebelum ianya dibina.
3. Shofar Benim
Sebuah kumpulan pengganas radikal yang mempunyai persenjataan dan mengambil pendekatan yang radikal untuk membina semula Haykal. Kumpulan ini mempunyai rangkaian kerjasamanya dengan kumpulan-kumpulan radikal sepertinya, antaranya ialah kumpulan YESHA (singkatan dari perkataan Yehuda, Samaria dan Gaza), kumpulan Zo Artzenu, Mateh MAAMATZ dan juga beberapa kumpulan-kumpulan lain yang dianggotai oleh individu-individu dan juga para hakham Yahudi.
Sambungan…
4. Shocharey HaMikdash (Temple Lovers Group)
Ianya merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan beberapa pertubuhan Yahudi yang mempunyai aspirasi untuk membina kembali Haykal. Ianya juga dianggap sebagai pertubuhan yang paling berpengaruh dalam kalangan kumpulan-kumpulan radikal dan pengganas Yahudi yang bergerak dalam negara haram Israel. Pertubuhan ini diketuai oleh Profesor Hillel Weiss.
Menurut Yehuda Etzion, seorang aktivis radikal Yahudi, cita-cita pertubuhan ini adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan pengganas Yahudi yang bercita-cita untuk membina Haykal di bawah satu payung front yang besar agar semua usaha mereka dapat diselaraskan. Antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi ini ialah Hakham Baruch Kahane, anak kepada Hakham Meir Kahane, pengasas kumpulan radikal dan pengganas yang paling agresif di dalam negara rejim Zionis, iaitu kumpulan “Kach”.
Logo kumpulan Kach
Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama kerajaan rejim Zionis. Pada asal penubuhannya pertubuhan ini kurang mendapat sambutan, sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan dari ramai rakyat rejim.
5. TheTemple Establishment Movement
Di awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum, Kini ianya diketuai oleh Rabbi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajarkan kepada para penjaga Haykal tatacara ibadat di dalam Haykal. Para penjaga Haykal dipilih berdasarkan keturunan mereka.
Mereka juga pada asal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai “Haykal” (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para kohanem (paderi) dan rabbi yang akan berkhidmat di dalam Haykal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan di dalam Haykal dan juga menyusun jadual kerja para kohanem.
6. Machon HaMikdash (Temple Institute)
Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi dalam kota Baitul Maqdis. Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua dalam gerakan Kach pada tahun 70-an, namun pada 1980 beliau telah dikeluarkan dari pertubuhan tersebut kerana mengeluarkan idea yang radikal berkenaan pembinaan semula Haykal.
Dalam Persidangan Haykal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center, Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai persidangan itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya, “Saya bersedia untuk membinanya sekarang!”. Tindakan beliau ini didorong oleh ideanya bahawa Haykal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah.
Manakala Neiman dan Ben Horin merupakan bekas ahli pertubuhan Kach yang aktif, mereka turut mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 commandments), namun ia hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haykal.
Pertubuhan ini mendapatkan dana dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan rejim Zionis dan pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita beragama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan dari Amerika dan Eropah yang bercita-cita untuk menubuhkan Haykal.
7. Hai Ve Kayam (Enduring)
Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah. Di antara penggerak mereka ialah Yehuda Etzion dan sekumpulan ekstremis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin, Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan “Negara Israel” dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adat istiadat “Haykal ketiqa”.
Di antara aktivis mereka yang terkenal ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal mempunyai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara “agama” Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan Masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan “haram” yang didirikan di atas tanah Haykal.
Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan Masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70 an sehingga tahun 90-an. Di antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal adalah dari kalangan tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel dan Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal iaitu “Joseph’s Tomb Yeshiva” di Hebron.

Posted by Sebarang pertanyaan sms@hubungi: at 8:53 PM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
DVD GAZA AL-ABIYAH
DAPATKAN DENGAN HARGA TANPA MENGAMBIL UNTUNG. EDISI TERHAD SIAPA CEPAT DIA DAPAT. MEMBELI SAMBIL MENDERMA. SAYA MESTI PILIH!
RM19.90 + RM5 (JIKA ADA PENGHANTARAN).
Posted by Sebarang pertanyaan sms@hubungi: at 11:51 PM 0 comments
Monday, January 18, 2010
Zipi Livni ‘Kepala” Terorisme Zionis
AUSTRIA ISRAEL
Fawzi Barhoum juga menggambarkan Livni sebagai penjahat perang mengepalai sebuah geng Zionis yang sangat luar biasa dalam aksi pembunuhan warga awam Palestin, menyebabkan para penduduk Palestin tidak lagi memiliki tempat dengan menghancurkan ribuan rumah mereka.
Fawzi Barhoum juga menjelaskan bahawa gerakan kelompok Livni ini merupakan pihak yang tidak percaya pada pemerintahan Israel yang mentadbir saat ini yang melakukan pendudukan di Palestin. Oleh kerana itu dalam kenyatan-kenyataan mereka, puak ini tidak pernah mahu terlibat dalam segala macam perundingan dengan pihak Palestin seperti yang sering dilakukan oleh para pemimpin Israel sebelumnya.
Selain itu, Jamal Zahalka, Ketua Kesatuan Demokrasi Nasional di Knesset Israel, mengatakan pada hari Rabu (2/9), bahawa pada ketika ini usaha-usaha untuk melakukan penyerangan, membuat sekatan dan pembatasan yang lebih berat terhadap warga Palestin seolah menjadi perbincangan yang popular di Israel.
Zahalka menekankan bahawa kempen Zionis atas hasutan dan provokasi untuk menciptakan rasisme dan permusuhan dengan Arab dan Muslin itu dilakukan Israel kepada warganya melalui media-media dengan sasaran rakyat Palestin dari tanah yang diduduki sejak tahun 1948
No comments:
Post a Comment