Pages

Wednesday, January 27, 2010

KISAH DAILOG RASULLULLAH S.A.W. DENGAN IBLIS LAKNAT TENTANG

Rasulullah s.a.w telah menyoal Iblis tentang puasa, sabda
rasulullah s.a.w :"wahai Iblis! Apakah umatku berpuasa
dengan nama Allah, apakah rasa engkau?" Berkata Iblis:"Ya
Nabi Allah, inilah satu
bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana
apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan memancarlah
cahaya dari Asry dan Kursi dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi
mereka-mereka yang puasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah s.a.w. dan Allah s.w.t akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis
segala kesalahannya selama ia berpuasa. Yang menghancurkan
lagi hati hamba ialah segala isi langit,
bulan,bintang,malaikat,burung-burung,ikan-ikan di laut dan
ikan-ikan di air tawar, juga tiap-tiap
yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa.


Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang yang berpuasa
ialah dimerdekakan oleh Allah swt. tiap-tiap hari dalam
bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab neraka dan
ditutupkan segala pintu
neraka serta dibukakan semua pintu syurga yang lapan.Dan
bertiupnya angin yang di bawah Asry yang bernama angin
Syirah.Angin yang sangat lembut melalui ke dalam syurga,
maka pada hari bermulanya umat
tuan hamba berpuasa. Akan datang malaikat dengan garangnya tiada terbilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah swt. berserta dengan bala tentera hamba yang terdiri dari jin, syaitan
dan ifrit, lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas
serta dirantai hamba sekelian dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka hamba terpaksa menunggu sehingga
selesai umat tuan hamba dari berpuasa dan selepas itulah
baharu hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan umat tuan hamba sendiri yang telah merasa kesenangan berpuasa.

"Sebagaimana mereka berkerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri tanpa takut seperti malam-malam yang lain."

Saudara-saudaraku gunakanlah bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kita mengadapkan diri kita kepada Allah swt. yang mana dalam bulan ini kesemua pengacau kita akan dirantai, supaya kita dapat melakukan
amal ibadat dengan baik dan janganlah kita gunakan bulan
Ramadhan untuk mengikut tabiat pengacau-pengacau yang
dirantai itu. Mudah-mudahan Allah swt. akan menguatkan iman kita beribadat dengan penuh
khyusuk serta bertawaduk kepada Allah swt. Bulan Ramadhan
datang hanya setahun sekali dan kedatangannya itu tidak
menjamin kita akan tetap berjumpa dengannya setiap tahun,
mungkin ini adalah tahun yang terakhir kita akan bertemu dengan bulan yang mulia ini, oleh itu janganlah sekali-kali kita mensia-siakan bulan yang mulia ini.
Wallahu 'Alam

No comments: