Pages

Monday, March 9, 2015

Bapa pos diri dari London ke Australia


Reg Spiers
Reg Spiers

SYDNEY 8 Mac – Seorang bapa bertindak nekad menghantar dirinya melalui pos dalam sebuah kotak dari London ke Australia, semata-mata mahu menghadiri majlis ulang tahun kelahiran anak perempuannya.
Laman web Mirror.uk me­laporkan, Reg Spiers yang juga seorang atlet merejam lem­bing Australia tiba di Britain pada 1964 bagi menjalani proses pemulihan kecederaan yang dialaminya.
Bagaimanapun, kecederaannya itu gagal dipulihkan dan dia mengambil keputusan untuk bekerja di lapangan terbang di London bagi mencari wang untuk pulang ke tanah air, sebelum kesemua duit yang dikumpulnya dicuri.
Spiers berkata, dia perlu segera pulang ke Adelaide, selatan Australia dan hanya satu cara sahaja yang difikirkannya ketika itu iaitu menyeludup diri di dalam kotak.
“Ini satu kerja gila, tapi saya tiada pilihan, selain mencuba. Saya tidak takut gelap. Di dalam kotak itu, saya turut meletakkan makanan, selimut serta minuman. Saya juga tidak memakai pakaian ketika memasuki kotak berkenaan.
“Pengalaman saya bekerja di bahagian kargo memainkan pe­ranan penting dalam proses penyeludup­an ini. Banyak pengalaman pahit manis saya rasai sepanjang perjalanan itu,” jelas Spiers.
Tambah Spiers, dia bersyukur kerana perjalanan ke Australia berjalan dengan lancar dan kesemua penga­laman menarik yang dialami sepanjang pengembara­an itu dikongsi di dalam buku autobiografinya yang bertajuk Out of the Box.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bapa-pos-diri-dari-london-ke-australia-1.67288#sthash.RqxWCcvY.dpuf

Sunday, March 8, 2015

Kanak-kanak jadi ‘beku’ pada musim sejuk



Agensi - Hughes bersama anaknya, Gracie yang tidak boleh berada dalam cuaca sejuk.


SOUTH WALES – Seorang kanak-kanak di sini terpaksa memakai sarung tangan khas ketika musim sejuk bagi mengelakkan badannya ‘membeku’ seperti watak puteri Elsa dalam filem Frozen keluaran Disney.
Kanak-kanak tersebut, Gracie Hughes, 2, yang juga peminat setia filem itu menghidap sejenis penyakit ‘Raynaud’ menyebabkan badannya bertukar menjadi biru apabila terdedah kepada cuaca sejuk.
Ibu kanak-kanak itu, Laurie Hughes, 27, berkata, Gracia didiagnosis menghidapi penyakit itu ketika berusia 16 bulan apabila dia ­men­yedari badan anaknya sering kese­jukan dan bertukar menjadi biru sejak dilahirkan.
“Musim sejuk amat mencabar baginya dan suhu akan diambil sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan dia tidak berada di bawah 34 darjah Celsius.
“Ketika musim sejuk, Gracia tidak boleh bermain di luar rumah dan tidak boleh makan makanan sejuk seperti aiskrim. Dia terpaksa memakai sarung tangan khas yang membantu menyalurkan 95 peratus haba ke badannya,” jelas Hughes. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3TkLuALzb 
Hakcipta terpelihara 

Mayat pendaki dijumpai 
selepas 55 tahun hilang


Satu daripada mayat pendaki, ditemui dalam keadaan seperti diawet
Satu daripada mayat pendaki, ditemui dalam keadaan seperti diawet di puncak Gunung Pico de Orizaba yang terletak di sempadan negeri Veracruz dan Puebla, Mexico, kelmarin. – AFP
MEXICO CITY 7 Mac – Misteri kehilangan beberapa orang pendaki gunung terungkai selepas 55 tahun, apabila mayat dua daripada mereka dijumpai di puncak gunung tertinggi negara ini, Isnin lalu.
Menurut Mail Online, mayat pertama ditemukan oleh sekumpulan pendaki kira-kira 310 meter dari puncak Gunung de Orizaba, yang mempunyai ketinggian 5,610 meter.
Kumpulan pendaki yang terdiri daripada 12 orang itu terpaksa mendaki puncak gunung tersebut yang terletak kira-kira lima jam dari Mexico City yang juga dikenali sebagai Gunung Berapi Citlaltepetl.
Menurut Datuk Bandar Chalchicomula de Sesma, mayat kedua pula ditemui hanya 150 meter dari mayat pertama dan lengkap berpakaian.
Mayat itu berada dalam keadaan seperti diawet ber­ikutan cuaca sejuk di puncak gunung berkenaan.
Pegawai tempatan menge­syaki, dua mayat itu adalah rakyat tempatan Mexico yang hilang selepas runtuhan salji 55 tahun lalu di puncak gunung tersebut yang merupakan lokasi terkenal kepada pendaki-pendaki gunung.
Sehingga kini, identiti sebenar mayat tersebut belum dikenalpasti.
Usaha seterusnya oleh pasukan penyelamat untuk mencari mangsa-mangsa lain terjejas berikutan cuaca buruk.
Kedua-dua mayat tersebut dihantar ke Hospital Puebla bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mayat-pendaki-dijumpai-8232-selepas-55-tahun-hilang-1.66952#sthash.V2yeGVnP.dpuf

Saturday, March 7, 2015

Pulih daripada amnesia selepas dakap adik



INMAN yang menghidap amnesia hampir dua tahun lalu, kini kembali mengenali keluarga, kawan dan dirinya selepas dipeluk adik lelakinya, Caleb baru-baru ini.


DEVON, Britain – Seperti satu keajaiban apabila seorang remaja perempuan di sini kembali pulih daripada penyakit amnesia yang dihidapinya selepas dipeluk adik lelakinya.
Remaja tersebut, Chloe Inman, 16, menderita kehilangan memori hampir dua tahun lalu apabila melakukan rawatan mengeluarkan cecair dari tulang belakangnya.

KASIH sayang seorang adik berjaya mengembalikan ingatan Inman selepas dua tahun menghidap amnesia. - AGENSI


Doktor serta ibu bapanya telah mencuba pelbagai cara untuk memulihkan ingatan Inman, namun remaja tersebut masih gagal untuk mengenal keluarga, kawan-kawan mahupun dirinya sendiri.
“Ia suatu detik yang sukar apabila hilang seluruh kehidupan saya,” katanya.
Namun, semuanya berubah apabila dia dipeluk oleh adik lelakinya, Caleb, 7, yang pada waktu itu datang ke biliknya baru-baru ini.
Inman memberitahu, sebaik Caleb memeluknya, ingatan terhadap keluarganya kembali pulih seperti sediakala. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3TdNEDo4O 
Hakcipta terpelihara 

Raih pendapatan £16,000 sebagai penguji pelet paintball


WILLS (kiri) perlu berdiri tanpa menggerakkan badan bagi membolehkan penembak menyasarkan pelet itu di bahagian badannya. - AGENSI


LONDON – Seorang pelajar aliran komputer grafik di Universiti Kingston di sini, meraih pendapatan sebanyak £16,000 (RM88,949) setahun apabila menjadikan dirinya sebagai sasaran peluru dalam sukan paintball.
Pelajar tersebut, Jordan Wills, 19, berkata, dia ditembak di bahagian badan dengan pelet pada jarak antara tujuh hingga sembilan meter dengan kelajuan 64km/sejam selama dua hari seminggu.

KESAN lebam di badan Wills akibat impak daripada ditembak pelet paintball. - AGENSI


Wills bekerja sebagai penguji impak peluru paintball berkata, tugasnya hanya perlu berdiri di satu tempat dan menjadi sasaran manakala penembak akan menyasarkan pelet tersebut di bahagian badannya.
“Saya menggemari sukan paintball dan sudah biasa ditembak dengan pelet. Walaupun kelihatan lebam di badan, kesakitan yang dialami tidaklah seteruk seperti disangkakan orang ramai.

SALAH seorang penembak bersedia menembak Wills untuk menguji impak peluru paintball tersebut.- AGENSI


Sementara itu, pemilik sebuah tapak paintball di sini yang juga majikan Wills, Justin Toohig mengakui, ia adalah satu pekerjaan ekstrem, namun, beliau menegaskan langkah-langkah keselamatan telah diambil pihaknya.
“Selepas ditembak, Wills akan memberi maklum balas kepada syarikat pengeluar pelet paintball untuk menentukan tahap keselamatan dan kualiti palet untuk sukan ini,” katanya. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3TdMmGkxw 
Hakcipta terpelihara 

Remaja dilapor mati 36 kali


Gambar tidak bertarikh menunjukkan Sara Brautiga mendapatkan rawatan
Gambar tidak bertarikh menunjukkan Sara Brautiga mendapatkan rawatan di hospital di Doncaster kerana menghidap penyakit unik yang menyebabkan jantungnya berhenti berfungsi secara tiba-tiba. – AGENSI
LONDON 6 Mac – Seorang remaja wanita Britain diisytiharkan mati sebanyak 36 kali sepanjang 2012 selepas menghidap penyakit ganjil yang membuatkan jantungnya berhenti secara tiba-tiba akibat kekurangan darah.
Menurut laporan portal berita Daily Mirror, remaja berusia 21 tahun itu, Sara Brautiga, menghidap penyakit berkaitan jantung yang dikenali sebagai Sindrom Postural Orthostatic Tachycardia (PoTS) sejak empat tahun lalu.
Jelas laporan itu, akibat sindrom tersebut, Brautiga mengalami masalah kadar degupan jantung yang meningkat dengan cepat sehingga menyebabkan organ itu berhenti berdegup dan tekanan darahnya menurun.
Apabila keadaan itu berlaku, doktor merekodkan remaja yang berasal dari Doncaster tersebut sebagai mati secara klinikal.
Menurut Brautiga, ada ketika dia ‘mati’ selama setengah jam dan membolehkan jantungnya dipenuhi darah semula dan kembali berfungsi seperti normal.
“Kebiasaannya saya akan berasa pening, sakit dan teramat letih sebelum sindrom itu menyerang dan menyebabkan saya ‘mati’ sebentar.
“Sepanjang waktu itu, saya masih boleh mendengar bunyi di sekeliling saya dan saya selalu cuba untuk menjerit, tetapi tiada suara yang keluar,” katanya.
Brautiga berkata, setiap kali jantungnya berhenti, pasukan perubatan perlu mengejutkannya melalui kesakitan dan tidak boleh diberikan bantuan pernafasan selagi jantung tidak dipenuhi darah.
Katanya, sudah banyak kali dia bangun dengan kesan lebam yang teruk dan pernah satu ketika pasukan perubatan cuba mengorek kukunya tetapi masih gagal sehingga dia kembali sedar.
“Akibat sindrom ini, saya tidak lagi boleh menyertai aktiviti sukan dan harapan untuk menjadi tentera laut juga musnah selain memberi kesan kepada pemanduan dan pekerjaan saya.
“Tetapi saya tidak akan mengalah dengan penyakit ini dan saya kini sedang menyertai kelas tarian untuk mendapatkan semula kehidupan saya yang ceria sebelum ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-dilapor-mati-36-kali-1.66579#sthash.MPCHSMEy.dpuf

Friday, March 6, 2015

Tinggal dalam gua untuk jimat

Beijing: Seorang lelaki, Shi Zhiyong, 35, sanggup tinggal di dalam gua yang gelap gelita dan sempit sejak enam bulan lalu semata-mata untuk membolehkan dia berjimat dan menghantar lebih banyak wang kepada keluarganya di wilayah Hebei.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Shi bekerja untuk menyara ibu, bapa, isteri dan dua anaknya.
Menurut laporan itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk bekerja di bandar Jinan yang jauh dari kampungnya kerana ia menawarkan gaji lebih tinggi berbanding bekerja di bandar Handan di wilayah Hebei.
“Di Jinan, saya memperoleh 3,000 yuan (RM1,700) sedangkan di tempat asal saya, pekerjaan yang sama menawarkan gaji 1,800 yuan (RM1,050),” katanya.
Shi sebelum ini membelanjakan 200 yuan (RM116) daripada gajinya untuk bayar sewa bilik, talian telefon bimbit dan arak sementara makan dan minum hariannya ditanggung majikannya.
Apabila menemui gua sedalam 10 meter itu September lalu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di dalamnya supaya dia tidak perlu menyewa bilik dan berjimat sebanyak 100 yuan (RM58) lagi.
Bagaimanapun, dia tidak memberitahu keluarganya mengenai gua itu, sebaliknya berkata, dia menginap di asrama syarikat atau hotel.
Menurutnya, dia bangun jam 6 pagi setiap hari dan menggunakan tandas syarikat untuk mandi. Apabila pulang, dia akan mandi di tandas awam yang terletak berhampiran gua itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 7:57 AM


SHI dalam gua tempat dia tinggal sejak enam bulan lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34752#sthash.lvESFniz.dpuf

Kapal perang terbesar Jepun ditemui

Manila: Pengasas bersama Microsoft, Paul Allen berkata, dia menemui kapal perang terbesar Jepun ketika Perang Dunia Kedua di dasar laut Filipina - 70 tahun selepas ia dikaramkan Amerika Syarikat (AS).
Allen memuat naik gambar kapal itu melalui Twitter, kelmarin.
Kata Allen, ia adalah kapal perang Musashi yang mempunyai tanda mohor Raja Jepun.
Bilionair AS yang turut aktif meneroka angkasa lepas itu berkata, dia menemui kapal berkenaan ketika menaiki kapal layar mewah bersama kapal penerokanya, The Octopus.
“Ia ditemui kira-kira satu kilometer di bawah Laut Sibuyan,” katanya.
Menurut Allen, The Octopus mengesan Musashi pada Isnin.
“Selamat bersemadi dengan aman Musashi bersama anak kapalnya yang dianggarkan seramai 1,023 orang,” katanya.
Dia turut memuat naik gambar injap kapal perang itu sebagai ‘pengesahan pertama’ bahawa ia berasal dari Jepun.
Laut Sibuyan menjadi laluan sibuk kapal dan terletak di kawasan kebanyakan ribut yang melanda dari Lautan Pasifik.
Kapal perang AS menenggelamkan Musashi pada 24 Oktober 1944 ketika Perang Teluk Leyte memuncak.
Ia dianggap pertembungan terbesar angkatan laut sepanjang Perang Dunia Kedua. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 8:08 AM


IMEJ badan kapal Musashi yang dijumpai Allen di dasar Laut Sibuyan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34761#sthash.X1SFD9Va.dpuf

Menakjubkan…Wanita Seberat 800Kg Kini Kurus Hingga 90Kg

2299

TEXAS – Menakjubkan…Seorang wanita pernah digelar `pembunuh setengah tan’ yang mempunyai berat badan hampir 800 kilogram, kini berjaya menurunkan berat badan hingga menjadi 90 kilogram.
gemuk1
Mayra Rosales, 34, diberikan gelaran berkenaan selepas mengaku secara tidak sengaja membunuh anak saudaranya, Eliseo, dengan menghempap ke atas kanak-kanak itu.
Dia berbuat demikian bagi melindungi kakaknya Jamie daripada disumbat ke penjara kerana memukul kanak-kanak tersebut..
Namun selepas perkara sebenar terbongkar, Jamie dihukum penjara 15 tahun kerana didapati bersalah mendera Eliseo.
Selepas kejadian itu, yang berlaku pada 2008, Rosales nekad untuk menjadi sihat bagi membolehkan dia menjaga anak-anak Jamie yang lain.
Sejak 2011, dia telah kehilangan lebih 300 kilogram dengan bantuan 11 pembedahan temasuk pembedahan gastrik bypass dan pembedahan bagi membuang lebihan kulit badan selepas kehilangan berat badan yang banyak.
“Sebelum ini saya hidup untuk makan, namun kini pandangan saya terhadap makanan sudah berubah malah saya kini mengamalkan makan untuk hidup.
Dalam pada itu, pakar bedah dari Houston, Dr. Younan Nowzaradan berkata dia dapat melihat bagaimana Rosales berjaya membuat perubahan dalam hidupnya.
“Selama ini dia hanya terbaring di atas katil dan tidak langsung mempunyai kehidupan.
“Namun selepas dia berjaya bangkit dari katil, dia mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi,” katanya.
Bagaimanapun Rosales telah bercerai dengan suaminya, Bernie, pada 2013 disebabkan lelaki itu mahu kembali ke Mexico untuk hidup dengan keluarganya.
Rosales kini sudah mempunyai teman lelaki yang baru.- MYNEWSHUB.cc
MENCARI PRODUK MENGURUSKAN BADAN? CEK QURUSSS – KLIK DI SINI

Masyarakat Atacamenos 
kalis racun arsenik


Kajian mendapati, penduduk di San Antonio le dos Cobres, Argentina,
Kajian mendapati, penduduk di San Antonio le dos Cobres, Argentina, mempunyai genetik yang mampu menangkis ancaman racun arsenik pada tubuh mereka. – AGENSI
BUENOS AIRES 5 Mac – Racun arsenik merupakan satu daripada bahan toksik berbahaya yang biasa digunakan pada zaman prasejarah untuk membunuh pemimpin, individu penting dan maharaja.
Sedikit dos arsenik sudah cukup menyebabkan kerosakan kepada paru-paru, hati, dan buah pinggang, sementara dalam dos yang tinggi, racun itu boleh merosakkan sistem pertahanan badan, menyebabkan pendarahan dan sawan sebelum mengakibatkan mangsanya koma atau mati.
Namun, satu kajian mendapati, kesihatan sekumpulan kecil penduduk di San Antonio de los Cobres, Argentina, tidak terjejas meskipun tubuh mereka terdedah kepada racun arsenik.
Pakar perubatan bidang per­sekitaran dari Universiti Lunds di Sweden, Dr. Karin Broberg yang menjalankan kajian itu berkata, masyarakat Atacamenos yang tinggal di kawasan pergunungan Andes di wilayah Puna, didapati mengambil minuman yang mengandungi bahan arsenik.
“Kajian terhadap 124 wanita menunjukkan genetik mereka mengalami mutasi sehingga mampu menampung jumlah racun arsenik yang tinggi dalam badan.
“Mereka menggunakan bekalan air yang terdedah kepada racun arsenik yang dilepaskan daripada batu gunung berapi, namun tahap kesihatan mereka langsung tidak terjejas,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.
Racun arsenik dipercayai menjadi punca kematian pemerintah Britain dan Ireland, Raja George III dan Maharaja Empayar Perancis, Napoleon Bonaparte.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masyarakat-atacamenos-8232-kalis-racun-arsenik-1.66325#sthash.ReqKMaHX.dpuf