Manila: Pengasas bersama Microsoft, Paul Allen berkata, dia menemui kapal perang terbesar Jepun ketika Perang Dunia Kedua di dasar laut Filipina - 70 tahun selepas ia dikaramkan Amerika Syarikat (AS).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34761#sthash.X1SFD9Va.dpuf
Allen memuat naik gambar kapal itu melalui Twitter, kelmarin.
Kata Allen, ia adalah kapal perang Musashi yang mempunyai tanda mohor Raja Jepun.
Bilionair AS yang turut aktif meneroka angkasa lepas itu berkata, dia menemui kapal berkenaan ketika menaiki kapal layar mewah bersama kapal penerokanya, The Octopus.
“Ia ditemui kira-kira satu kilometer di bawah Laut Sibuyan,” katanya.
Menurut Allen, The Octopus mengesan Musashi pada Isnin.
“Selamat bersemadi dengan aman Musashi bersama anak kapalnya yang dianggarkan seramai 1,023 orang,” katanya.
Dia turut memuat naik gambar injap kapal perang itu sebagai ‘pengesahan pertama’ bahawa ia berasal dari Jepun.
Laut Sibuyan menjadi laluan sibuk kapal dan terletak di kawasan kebanyakan ribut yang melanda dari Lautan Pasifik.
Kapal perang AS menenggelamkan Musashi pada 24 Oktober 1944 ketika Perang Teluk Leyte memuncak.
Ia dianggap pertembungan terbesar angkatan laut sepanjang Perang Dunia Kedua. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 8:08 AM
No comments:
Post a Comment