Pages

Thursday, December 29, 2011

Syria cuba selindung kebenaran?


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 29, 2011
Syria

DAMSYIK - Puluhan ribu penunjuk perasaan telah berhimpun di bandar Homs, kelmarin semasa pemerhati Liga Arab yang ditugaskan untuk menilai situasi di Syria tiba di beberapa kawasan yang menjadi lokasi utama penduduk di seluruh negara mengadakan protes sejak Mac lalu.

Dalam satu kenyataan, aktivis hak asasi manusia mendakwa pasukan keselamatan Syria seperti mahu menyembunyikan kebenaran dengan mengambil tindakan mengarahkan semua kereta kebal berundur beberapa jam sebelum ketibaan pemerhati Liga Arab itu.
Isnin lalu, sekurang-kurangnya 30 orang di Homs didakwa terbunuh selepas kereta kebal milik tentera rejim Assad membedil secara rambang ke arah penunjuk perasaan.
Pemerhati Hak Asasi Manusia berpusat di London mendedahkan sebenarnya kereta kebal yang digunakan oleh pasu-kan keselamatan masih ditempatkan di beberapa bandar utama dan telah disembunyikan di dalam bangunan kerajaan sebagai tindakan untuk mengaburi mata pemerhati Liga Arab.
Sementara itu, beberapa saksi mendakwa pasukan polis telah melepaskan tembakan dan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 70,000 penunjuk perasaan yang berarak untuk memasuki Dataran Al-Saa di Homs.
Demonstrasi yang diadakan secara berasingan di beberapa bandar dipercayai bertujuan untuk mendedahkan tindakan kekerasan sebenar yang selama ini digunakan oleh pasukan keselamatan rejim terhadap rakyat.
Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 5,000 orang terkorban sejak bermulanya demonstrasi menuntut pengunduran Presiden Bashar al-Assad pada Mac lalu.
Syria cuba selindung kebenaran? - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gangguan makin teruk


Oleh : ZUBIR SULAIMAN
Tarikh : December 29, 2011
Gangguan

MARANG – Kerisauan lima sekeluarga dari Kampung Temilang, Pengkalan Berangan dekat sini terhadap gangguan misteri lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah sejak beberapa minggu lalu, bakal berakhir, apabila ada pihak tampil membantu mereka.

Ketua keluarga itu, Mazlan Ali, 55, lega setelah dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya itu, secara percuma.
Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya pada Sabtu ini, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia membawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, Dungun hujung November lalu.
“Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega, Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami.
“Buat masa ini ustaz itu sudah beberapa kali, menghubungi saya dan bertanya perkembangan berhubung gangguan dialami,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Dalam pada itu, bapa kepada lapan anak itu berkata, sejak berita berhubung gangguan misteri dialaminya sekeluarga disiarkan, gangguan itu semakin bertambah terutamanya kepada dirinya.
Katanya, sejak beberapa hari lalu, sebelah kanan badannya menjadi lemah dan tidak mampu membuat sebarang kerja, hanya berkurung di dalam rumah.
“Malah ada kalanya badan saya rasa seram sejuk, rasa nak marah dan tiba-tiba rasa sebak sehingga menyebabkan saya rasa semakin tertekan.
“Saya risau, sejak gangguan ini berlaku saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kampung yang saya usahakan sebelum ini dan ini secara tidak langsung menjejaskan pendapatan kami sekeluarga,” katanya.
Dia berkata, dia sudah tinggal di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak pernah mengalami sebarang gangguan, malah bahagia bersama keluarga, namun sejak peristiwa misteri itu berlaku dia dan keluarganya semakin tertekan serta dihimpit kegelisahan setiap kali senja.
Bagaimanapun Mazlan ketika ditanya, sama ada dia mahu memulangkan semula barang diambil dari rumah pusaka bapanya, dia berkata, sekiranya dia berbuat demikian bimbang perkara yang sama berlaku pula kepada keluarganya di Jerangau.
“Saya berharap dengan bantuan daripada ustaz itu nanti, ia dapat menyelesaikan segala masalah gangguan itu dan mengembalikan semula kehidupan kami seperti sedia kala.
“Apa dibimbangkan adalah keselamatan anak dan cucu saya, saban malam mereka tidak lena tidur kerana diganggu lembaga itu,” katanya.
Kelmarin, Mazlan nekad mahu memulangkan bara-ngan diambil daripada rumah pusaka bapanya kerana tidak tahan diganggu makhlus halus.
Gangguan makin teruk - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Berkecai dikisar mesin

RAGUT NYAWA...mesin pengisar tandan kelapa sawit yang meragut nyawa Suhaimi.
RAGUT NYAWA...mesin pengisar tandan kelapa sawit yang meragut nyawa Suhaimi.

TAIPING: “Saya tak sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah,” kata rakan Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.

Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin pengisar berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.

Sejurus bergegas ke situ, Ahmad mendapati empat pekerja warga Nepal sedang mengerumuni mesin pengisar itu yang berfungsi mengasingkan tandan dan buah kelapa sawit sambil memberitahu mangsa terperosok di dalamnya.


“Ketika itu baru saya sedar Suhaimi sudah tidak bernyawa serta bermandi darah di dalam mesin berkenaan. Saya pelik bagaimana kejadian itu boleh berlaku kerana biasanya suis mesin akan ditutup ketika kerja mencuci dilakukan,” katanya.





Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
myMetro | Berkecai dikisar mesin:

'via Blog this'

Tujuh cedera sekolah Arab dilempar bom di Lagos


29/12/2011 11:18am

LAGOS 29 Dis. - Enam kanak-kanak dan seorang dewasa cedera akibat letupan bom yang dilontar oleh seorang penyerang ke sebuah sekolah Arab di bandar dengan majoriti penduduk Kristian, di selatan Nigeria hari ini.

Serangan selepas sambutan Hari Natal itu dilihat meningkatkan lagi ketegangan antara penganut Islam dan Kristian yang sudah lama bersengketa.

Sementara itu, sebanyak 90,000 penduduk dipindahkan di kawasan tegang timur laut Nigeria, Damaturu selepas pergelutan antara kumpulan penganut Islam, Boko Haram dan pihak berkuasa keselamatan minggu lalu. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Keadaan banjir di Filipina semakin buruk


CAGAYAN DE ORO 28 Dis. - Banjir terbaru di selatan Filipina dilaporkan membawa lebih kesengsaraan di wilayah itu hari ini, seminggu selepas ribut tropika Washi mengorbankan lebih 1,200 orang dan menyebabkan beratus-ratus ribu lagi penduduk hilang tempat tinggal.

Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan Pengawalan Risiko dan Bencana Kebangsaan, Benito Ramos berkata, beberapa kawasan di pulau Mindanao terus dilanda banjir sejak dua hari lalu, sekali gus memaksa mereka melanjutkan operasi mencari dan bantuan kepada penduduk yang terjejas ekoran ribut itu.

"Beberapa pekan di sebelah timur laut Mindanao dilanda banjir," katanya.

Ramos turut memaklumkan bahawa air sungai utama yang melalui beberapa pekan di wilayah Mindanao telah melimpah tebing, menyebabkan beberapa rumah musnah.

Tambahnya, kerajaan sedang menumpukan perhatian di bandar pelabuhan Iligan dan Cagayan de Oro yang terjejas teruk akibat ribut tropika di mana ramai mangsa dipercayai masih hilang.

Setakat ini lebih 431,000 orang telah dipindah dengan hampir 54,000 mangsa bersesak-sesak di pusat pemindahan di bandar Cagayan dan Iligan.

Angka kematian dilaporkan meningkat kepada 1,249 orang setakat hari ini.

Operasi mencari berpuluh-puluh penduduk yang masih hilang diteruskan, kata Ramos. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Serangan seksual tentera AS naik


WASHINGTON 28 Dis. - Kes serangan seksual yang dilaporkan di akademi tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat secara mendadak tahun ini, masuk tahun kedua berturut-turut, lapor Pentagon semalam.

Laporan Pentagon menunjukkan sejumlah 65 kes dilaporkan di tiga akademi tentera AS pada 2010 hingga 2011 berbanding 41 kes pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu berlaku ketika akademi Tentera Darat, Laut dan Udara berusaha keras untuk menghalang berlakunya kes berkenaan serta meningkatkan tahap kesedaran mengenai masalah tersebut.

Pentagon berkata, pihaknya tidak pasti punca sebenar peningkatan kes serangan seksual itu dan ia mungkin disebabkan usaha yang dijalankan oleh pihak akademi, baru-baru ini yang membolehkan mangsa tampil untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Jabatan Pentagon tidak mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti punca peningkatan dalam kes ini.

"Namun, berdasarkan penilaian dalam beberapa tahun kebelakang ini, Pentagon mendapati usaha yang dilaksanakan pihak akademi menggalakkan lebih ramai mangsa memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes terbabit," katanya.

Sebanyak 41 kes serangan seksual di akademi tentera dilaporkan pada 2009 hingga 2010 dengan peningkatan sebanyak 64 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Laporan semalam juga menunjukkan ketiga-tiga akademi tentera AS mematuhi peraturan Jabatan Pertahanan untuk menghalang berlakunya kes serangan seksual serta memerlukan program-program pembaharuan bagi menangani masalah itu.

Malah polisi baru turut diumumkan untuk membolehkan kadet yang memfailkan laporan serangan seksual dapat dipindahkan dengan segera. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Putin perkecil kebangkitan rakyat


MOSCOW 28 Dis. - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin (gambar) semalam memperkecil-kecilkan gerakan protes oleh rakyat negara ini dan menolak untuk mengkaji semula keputusan pilihan raya Parlimen yang diadakan pada awal bulan ini.

Dalam komen pertamanya sejak tercetus tunjuk perasaan terbesar menentang dominasi politik beliau sejak 12 tahun lepas pada Sabtu lalu di Moscow, Putin menegaskan bahawa beliau tidak akan mengkaji semula keputusan pilihan raya yang diadakan pada 4 Disember lalu.

"Mereka (penunjuk perasaan) tidak ada matlamat dan tidak mempunyai program yang menyatupadukan rakyat.

"Saya tidak lihat ada di kalangan mereka yang mampu melakukan tugas penting untuk membangunkan Rusia," katanya dalam mesyuarat parti.

Beliau turut menyifatkan tuntutan penunjuk perasaan yang mahukan pilihan raya diadakan semula kerana berlaku penipuan sebagai tidak mempunyai merit.

"Pilihan raya telah berakhir, Parlimen telah pun mula bersidang dan Speaker dewan telah pun dipilih. Sepatutnya tuntutan untuk mengkaji semula keputusan pilihan raya ini tidak lagi timbul," ujarnya.

Putin mahu supaya 'sindiran' yang menuduhnya merancang untuk mengambil alih kuasa melalui penipuan dihentikan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Jong-il dikebumikan



Kim Jong-un (lima dari kiri) dan bapa saudaranya Jang Song-thaek (empat dari kiri) mengetuai upacara mengangkat keranda Kim Jong-il pada upacara pengebumian pemimpin Korea Utara itu di Pyongyang, semalam. - REUTERS


PYONGYANG 28 Dis. - Beratus-ratus ribu rakyat Korea Utara berbaris sepanjang jalan-jalan bersalji di Pyongyang hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin mereka, Kim Jong-il ketika kereta hitam yang membawa mayatnya melalui ibu negara untuk upacara pengkebumian.

Anak lelaki dan pewarisnya, Kim Jong-un yang mengetuai perarakan tersebut, berjalan di sebelah kenderaan berkenaan dan sesekali dilihat menundukkan kepala sementara tangan kanannya memberi tanda hormat.

Turut sama dalam upacara yang diadakan di Istana Peringatan Kumsusan itu ialah pegawai tertinggi tentera dan pegawai parti termasuk bapa saudara Jong-un, Jang Song-thaek.

Perarakan tersebut melalui plaza utama di Pyongyang, Kim Il-sung Square, lokasi beratus-ratus ribu rakyat Korea memberikan penghormatan terakhir kepada Jong-il sejak 10 hari lalu.

Stesen televisyen turut menyiarkan imej orang ramai menangis teresak-esak, mengelap air mata dan saling menenangkan diri antara satu sama lain.

Sama seperti mendiang bapanya, Kim Il-sung keranda Jong-il dibalut dengan bendera merah.

Sebuah limusin membawa potret besar pemimpin tersebut yang tersenyum, mengetuai perarakan, diikuti tentera dan kereta yang membawa mayatnya.

Menurut Korean Central News Agency (KCNA), satu upacara memperingati Jong-il akan diadakan tengah hari esok di seluruh negara.

KCNA melaporkan, mayat Jong-il diarak sejauh 40 kilometer dalam upacara pengkebumian hari ini bagi membolehkan rakyat memberikan penghormatan terakhir.

Pemimpin Korea Utara itu disemadikan bersebelahan makam bapanya, Kim Il-sung yang juga pengasas negara komunis ini. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Lapangan terbang tertinggi di dunia



LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi di dunia yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan. - AGENSI


BEIJING 28 Dis. - China akan memulakan pembinaan lapangan terbang tertinggi di dunia bermula tahun depan di negeri Naggu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo.

Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter.

Tambahnya, projek mega itu akan menelan kos sebanyak 1.8 bilion yuan (RM888 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

China mula melaksanakan projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengubah suai lapangan terbang lama serta membina yang baru, terutamanya di bahagian barat negara ini, sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi.

Kerajaan China juga melaburkan berbilion-bilion dolar di Tibet, dengan harapan dapat memenangi hati penduduk di wilayah tersebut.

Pihak kerajaan berkata, pembinaan lapangan terbang baru dan landasan kereta api ke Tibet akan membuka ruang pembangunan serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah itu.

Namun, aktivis Tibet berkata, pembinaan projek-projek mega itu akan mempercepatkan lagi migrasi rakyat China ke wilayah terbabit, sekali gus menggugat budaya Buddha penduduk Tibet. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Angkara masalah keluarga

TIDAK TERKECUALI...Ali  (tengah) turut mejadi mangsa tembakan bapanya.
TIDAK TERKECUALI...Ali (tengah) turut mejadi mangsa tembakan bapanya.

GRAPEVINE (Texas): Polis mendedahkan penyerang yang menembak mati enam saudaranya sebelum membunuh diri pada pagi Krismas lalu sebagai Aziz Yazdanpanah, semalam.

Muncul di muka pintu dengan pakaian Santa Claus, Aziz dipercayai menembak mati isteri dan keluarga kakak iparnya ketika mereka membuka hadiah.


Polis berkata, Aziz, 58, berpisah dengan isteri dan dua anak remajanya selepas berpindah dari rumah mereka di kawasan mewah berhampiran Colleyville awal tahun ini.

  • Foto

    AZIZ...dianggap bapa penyayang.

  • Foto

    NONA...antara mangsa ditembak.

Isteri Aziz, Fatemah Rahmati, 56, adalah pekerja salun terlatih turut maut bersama dua anak perempuannya, Nona Yazdanpanah, 19, dan Ali Yazdanpanah, 14.


Turut menjadi mangsa bunuh, keluarga kakak Fatemah yang kebetulan melawatnya di apartmen itu.


Mereka ialah Zohreh Rahmaty, 58, Hossein Zarei, 59, dan Sahra Zarei, 22.

Pegawai polis Grapevine, Todd Dearing, berkata setakat ini mereka yakin Aziz yang berpakaian Santa Claus dan melepaskan tembakan di rumah berkenaan.


“Ia adalah insiden membabitkan masalah keluarga,” katanya.

Bukti diperoleh polis semalam menunjukkan, kejadian itu berlaku di antara jam 11.16 pagi apabila seorang daripada mangsa menghantar mesej teks biasa melalui telefon bimbitnya dan 11.34 pagi - ketika panggilan kecemasan dibuat kepada talian 911.


Kata Dearing, antara kandungan mesej teks itu menyebut: “Saya di sini, Aziz juga di sini dengan pakaian Santa dan cuba menjadi bapa terbaik.” Setakat ini tidak diketahui siapa menghantar atau menerima mesej berkenaan.


Kata Dearing, polis belum mengetahui sama ada Aziz tiba di apartmen itu dengan niat mahu membunuh isteri dan keluarga iparnya.


“Kami juga tidak tahu sama ada dia memang dijemput atau sebaliknya,” katanya.


Aziz dan keluarganya datang dari Iran dan menetap di Fort Worth beberapa dekad lalu dan pernah diisytihar muflis, manakala kediaman dibinanya pada 1990 dirampas.


Jiran berkata, walaupun hartanya dirampas dan muflis, Aziz serta keluarganya terus menetap di rumah berkenaan.


Mereka berkata, Aziz seorang yang mesra dan menyayangi anak-anaknya. - Reuters

myMetro | Angkara masalah keluarga:

'via Blog this'

Jubah bayaran ke ranjang

BERKAS...sebahagian GRO ditahan di sebuah pusat hiburan di Pudu, semalam.
BERKAS...sebahagian GRO ditahan di sebuah pusat hiburan di Pudu, semalam.

KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai ‘Queen of the Night’ dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.

myMetro | Jubah bayaran ke ranjang:

'via Blog this'

Lubuk penagih disembur dengan najis babi

LONDON: Sebuah majlis perbandaran berkata, mereka berjaya menghalang remaja berpeleseran dan mengambil dadah dengan menyembur kawasan belukar dengan najis babi.

Pentadbiran bandar Middlesbrough di timur laut England menyatakan, kakitangan kerajaan tempatan itu mencemarkan kawasan semak di Coulby Newham selepas penduduk setempat mengadu ramai pemuda sering mabuk di situ.


Jurucakapnya berkata, langkah itu berjaya meredakan secara ketara masalah berkenaan.

“Penduduk setempat pula lebih rela menghidu sedikit bau busuk berbanding kekecohan dan masalah penagihan dadah di kalangan belia di situ,” katanya. - AP

myMetro | Lubuk penagih disembur dengan najis babi:

'via Blog this'

NPA dapat RM21.9 juta daripada cukai

MANILA: Pemberontak komunis Filipina, memperoleh berjuta-juta dolar hasil pemberontakan dan aktiviti peras ugut di negara itu, kata tentera.

Laporan angkatan tentera menganggarkan Tentera Rakyat Baru (NPA), mendapat sekurang-kurangnya 300 juta peso (RM21.9 juta) daripada “Cukai Revolusi” yang dikenakan ke atas pertubuhan di kawasan mereka beroperasi.


Sesiapa gagal membayar cukai itu akan menjadi sasaran dengan perniagaan mereka akan dimusnahkan.

Serangan paling ketara tahun ini, berlaku di Pulau Mindanao Oktober lalu, apabila tentera NPA menyerbu tiga tapak lombong, memusnahkan harta benda dan memaksa penutupan sementara pengeluar nikel terbesar di negara itu.


Mereka juga menculik seorang Datuk Bandar, dua anggota tentera dan empat pengawal penjara dalam beberapa kejadian berasingan. - AFP

myMetro | NPA dapat RM21.9 juta daripada cukai:

'via Blog this'

Awasi diktator baru di Iraq

NEW YORK: Beberapa pemimpin terkenal di Iraq, semalam menuduh Perdana Menteri Nuri al-Maliki cuba mewujudkan kepemimpinan diktator yang menyebabkan negara itu menghadapi risiko perang saudara selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat kini.

Dalam artikel yang diterbitkan New York Times, pemimpin blok Iraqiya, Iyad Allawi, Osama al-Nujaifi dan Rafa al-Essawi menuduh Nuri yang berfahaman Syiah menggunakan pasukan keselamatan dan badan kehakiman untuk mengusir pembangkang utama Sunnah.


Dalam artikel itu mereka menulis matlamat yang diperjuang dan dipercayai kebanyakan tentera AS adalah membentuk negara demokratik dan bukan sektarian.

“Bagaimanapun, Iraq kini bergerak ke arah haluan bertentangan - ke arah autokrasi sektarian yang mengundang ancaman perang saudara,” kata kenyataan itu.


Iraq terperangkap dalam krisis politik sejak pasukan terakhir tentera AS berundur bulan ini dengan kerajaan mengarahkan penahanan Naib Presiden Sunnah, Tareq al-Hashemi yang melarikan diri ke wilayah autonomi Kurdis di negara itu.


Pemimpin Iraqiya berkata, Nuri menyerang parti mereka dengan restu badan kehakiman dan sistem undang-undang yang menjadi nadi pejabat pemerintahannya.

myMetro | Awasi diktator baru di Iraq:

'via Blog this'

Penutupan Selat Hormuz perkara mudah: Teheran

TEHERAN: Penutupan laluan di Teluk Parsi kepada kapal tangki minyak “lebih mudah daripada meminum segelas air” untuk Iran jika beranggapan ia perlu dilakukan, lapor televisyen negara itu, semalam.

Ketua Tentera Laut Iran, Habibollah Sayyari, memberitahu televisyen berbahasa Inggeris negara itu, menutup Selat Hormuz untuk tentera Iran atau rakyat Iran lebih mudah daripada meminum segelas air. “Bagaimanapun, kami tidak perlu menutup selat itu kerana Laut Oman di bawah penguasaan kami dan kami boleh mengawal laluan persinggahan itu,” katanya. Habibollah mengetuai latihan ketenteraan 10 hari di selat itu.


Ketegangan kian meningkat di antara Iran dan Barat selepas menteri luar Kesatuan Eropah memutuskan tiga minggu lalu untuk memperketatkan sekatan ke atas negara pengeluar minyak mentah kelima terbesar di dunia itu yang dilihat oleh pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai cubaan Teheran untuk menghasilkan bom atom. Iran yang berkata penghasilan tenaga nuklear dilakukan untuk tujuan keamanan memberi amaran kelmarin ia akan menghentikan pengaliran minyak melalui Selat Hormuz di Teluk Parsi jika sekatan dikenakan terhadap eksport minyak mentahnya. Pengumuman mengenai kemungkinan penutupan satu-satunya laluan untuk lapan negara sekutu AS di Teluk ke pasaran luar meningkatkan harga minyak dunia kelmarin walaupun ia turun semula semalam. - Reuters

myMetro | Penutupan Selat Hormuz perkara mudah: Teheran:

'via Blog this'

Amah ditinggal di tepi jalan lepas diperkosa tujuh lelaki

MAKKAH: Unit siasatan jenayah polis Makkah menemui seorang pembantu rumah warga Indonesia di pusat imigresen al-Jabal di lebuh raya Makkah-Laith dalam keadaan tidak bermaya.

Menurut polis, pembantu rumah berusia 20-an itu dilaporkan dibelasah dan diperkosa oleh tujuh lelaki mabuk, semalam. Polis berkata, wanita itu yang bekerja dengan penduduk tempatan di Makkah meninggalkan kediaman majikannya bersama dua lelaki muda menuju ke apartmen mereka di Jeddah.


Menurut kenyataan polis, lelaki terbabit kemudian menghubungi lima lagi rakannya untuk bertemu mereka di lebuh raya Makkah-Laith. Dua lelaki terbabit membawa alkohol dari Jeddah dan bertemu lima lagi rakan mereka di satu kawasan terpencil sebelum memperkosa wanita itu.

Mangsa kemudian ditinggalkan di jalan raya berhampiran lebuhraya Makkah-Laith.


Mangsa ditemui anggota polis peronda dalam keadaan terhoyong-hayang, lesu dan sukar untuk berjalan. - AN

myMetro | Amah ditinggal di tepi jalan lepas diperkosa tujuh lelaki:

'via Blog this'

Amah dilayan seperti hamba



CHAI Chun Mie yang terdapat kecederaan mendakwa diperlakukan seperti hamba hanya diberi makan sekali sehari selain diseksa ibu majikan, seorang warga emas di Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/amir hafiz abd. rahman


KUCHING 28 Dis. - Diperlakukan seperti hamba oleh majikan termasuk dibayar RM100 sebulan dan hanya diberi makan sekali sehari, seorang pembantu rumah sanggup menanggung penderitaan itu malah merahsiakannya semata-mata ingin membantu keluarga yang miskin.

Lebih memilukan, mangsa, Chai Chun Mie, 17, yang berasal dari Kampung Bako, di sini mendakwa sering diseksa oleh ibu majikannya yang berusia sekitar 70 tahun.

Tidak cukup dibelasah dengan tongkat kayu, mangsa juga dipukul dengan pinggan kaca atau apa sahaja perkakas rumah yang sempat dicapai warga emas itu, selain dicubit dan dipulas telinga hingga berdarah hanya kerana kesilapan kecil ketika melakukan kerja-kerja rumah.

Penderitaan ditanggung Chun Mie sejak setahun lalu itu akhirnya terbongkar apabila bapanya datang menjenguknya di rumah majikan di Jalan Lapangan Terbang, di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.

Tidak sanggup melihat anak sendiri diperlakukan sebegitu, bapanya, Chai Jee Teng nekad melarikan Chun Mie sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul dua petang ini.

Jee Teng, 59, yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, ketika mula-mula berkhidmat dengan keluarga tersebut, anak sulung daripada lima beradik itu dibenarkan pulang bercuti beberapa hari setiap tiga bulan.

"Kali pertama dia balik, kami hairan melihat badannya kurus kering serta banyak kesan calar di muka namun, dia enggan bercerita perkara sebenar walaupun didesak kami sekeluarga.

"Kemudian, sejak enam bulan lalu, dia tidak lagi pulang ke rumah selain tiada khabar berita langsung menyebabkan saya nekad untuk datang ke rumah majikannya.

"Saya sangat terperanjat dan sedih melihat keadaan dia yang lemah serta kurus dengan kesan luka di seluruh badan, dia dilayan seperti seekor anjing di sana," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Chun Mie kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kuching mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan menahan ibu majikan mangsa bagi membantu siasatan.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Bandar lengang kerana keganasan dadah



GAMBAR yang dirakamkan pada 21 Disember lalu menunjukkan kereta diletakkan di sebuah rumah di bandar Ciudad Juarez yang lengang.


CIUDAD JUAREZ, Mexico - Ribuan penduduk telah meninggalkan bandar ini ekoran kejadian keganasan dadah yang kerap berlaku.

Dalam tempoh empat tahun, lebih 10,000 kejadian pembunuhan telah berlaku di bandar ini.

Bandar itu turut dikenali sebagai ibu kota jenayah Mexico yang terletak di sempadan Texas, Amerika Syarikat.

Ia kerap menjadi pertempuran melibatkan kumpulan-kumpulan pengedar dadah. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Rel kereta api di tengah-tengah desa



SEORANG wanita menyembur air di kawasan rumahnya dekat landasan kereta api di Desa Kham Thien, Hanoi kelmarin.


HANOI - Sebuah desa di sini dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak amat dekat dengan landasan kereta api.

Ia dikenali sebagai Kham Thien.

Bangunan kediaman terletak di kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter.

Penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun.

Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Harga rumah jatuh di Amerika Syarikat



SEBUAH rumah yang sedang dibina kelmarin di Westport, Connecticut, Amerika Syarikat.


WASHINGTON - Harga rumah di Amerika Syarikat (AS) jatuh di kebanyakan bandar raya bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

Indeks The Standard & Poor's/Case-Siller yang disiarkan kelmarin menunjukkan harga rumah menurun pada Oktober selepas September di 19 daripada 20 buah bandar.

Harga rumah di kebanyakan bandar menurun bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

Sebelum itu, harga rumah meningkat selama lima bulan di sekurang-kurangnya separuh daripada bandar yang dapat dikesan kenaikan harga.

Bandar Atlanta, Detroit dan Minneapolis menunjukkan kemerosotan harga yang ketara.

Harga di bandar raya Atlanta dan Las Vegas menurun ke peringkat yang paling rendah sejak krisis harga rumah bermula.

Namun, harga rumah di bandar Phoenix meningkat selepas menurun bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

Pengerusi Jawatankuasa Indeks The Standard & Poor's, David M. Blitzer menyatakan, harga jatuh di bandar raya-bandar raya seperti Atlanta, Chicago, Cleveland, Detroit dan Minneapolis mencetuskan kebimbangan kerana sebelum ini harganya amat kukuh.

Penduduk AS enggan membeli sebuah rumah sejak lebih dua tahun lalu selepas kemelesetan ekonomi berakhir secara rasmi di negara ini.

Kadar pengangguran tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lemah telah menghalang bakal pembeli.

Sebahagian penduduk tidak layak untuk mendapatkan pinjaman atau memenuhi kriteria untuk membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

Ramai penduduk yang memiliki pekerjaan yang stabil enggan membeli rumah kerana bimbang harganya akan jatuh. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Mayat Kim Jong-il diarak


GAMBAR menunjukkan keranda Kim Jong-il diletakkan di atas bumbung sebuah kereta limousin di sebatang jalan raya di Pyongyang semalam.


PYONGYANG - Stesen televisyen Korea Utara semalam menyiarkan majlis perarakan jenazah bekas pemimpin negara itu, Kim Jong-il.

Imej itu menunjukkan puluhan ribu askar menundukkan kepala di sebuah kawasan bersalji di luar Istana Memorial Kumsusan di sini.

Sebuah kereta limousin yang membawa potret Jong-il mengetuai perarakan mayat.

Kereta tersebut bergerak perlahan dari Istana Memorial Kumsusan.

Anak bongsu Jong-il dan penggantinya, Kim Jon-un yang berusia lewat 20-an dan beberapa pegawai tentera serta awam berjalan di tepi kereta itu.

Kereta itu membawa keranda di atas bumbung.

Jong-un memakai pakaian berwarna hitam tanpa sarung tangan dalam cuaca sejuk.

Antara pegawai kanan yang mengiringi jenazah itu ialah Jang Song-thaek yang merupakan bapa saudara Jong-un.

Song-thaek yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan dijangka memainkan peranan penting bagi membantu Jong-un memimpin negara.

Jong-un kini digelar sebagai pemimpin tertinggi parti komunis, negara dan tentera.

Jong-il memerintah ekoran kematian bapanya pada 1994.

Beliau mati akibat serangan penyakit jantung pada 17 Disember semasa berusia 69 tahun. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'