Pages

Thursday, December 29, 2011

Awasi diktator baru di Iraq

NEW YORK: Beberapa pemimpin terkenal di Iraq, semalam menuduh Perdana Menteri Nuri al-Maliki cuba mewujudkan kepemimpinan diktator yang menyebabkan negara itu menghadapi risiko perang saudara selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat kini.

Dalam artikel yang diterbitkan New York Times, pemimpin blok Iraqiya, Iyad Allawi, Osama al-Nujaifi dan Rafa al-Essawi menuduh Nuri yang berfahaman Syiah menggunakan pasukan keselamatan dan badan kehakiman untuk mengusir pembangkang utama Sunnah.


Dalam artikel itu mereka menulis matlamat yang diperjuang dan dipercayai kebanyakan tentera AS adalah membentuk negara demokratik dan bukan sektarian.

“Bagaimanapun, Iraq kini bergerak ke arah haluan bertentangan - ke arah autokrasi sektarian yang mengundang ancaman perang saudara,” kata kenyataan itu.


Iraq terperangkap dalam krisis politik sejak pasukan terakhir tentera AS berundur bulan ini dengan kerajaan mengarahkan penahanan Naib Presiden Sunnah, Tareq al-Hashemi yang melarikan diri ke wilayah autonomi Kurdis di negara itu.


Pemimpin Iraqiya berkata, Nuri menyerang parti mereka dengan restu badan kehakiman dan sistem undang-undang yang menjadi nadi pejabat pemerintahannya.

myMetro | Awasi diktator baru di Iraq:

'via Blog this'

No comments: