Jombang, Indonesia: Penduduk di sebuah kampung di sini kecoh selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun mendakwa menangkap sembilan toyol.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60254#sthash.C938Wgfz.dpuf
Sejak pagi hingga ke malam, rumah Ineke Puspitasari di kampung Sumobito di sini dikunjungi beratus-ratus penduduk yang mahu melihat toyol itu yang didakwa dikurung dalam balang plastik.
Ineke berkata, dia menangkap toyol itu ketika bermain di belakang rumahnya sehari sebelum Ramadan.
Katanya, ketika bermain dia melihat beberapa toyol berada di belakang rumah dan terus mengambil cermin untuk menangkap makhluk halus itu.
“Toyol itu suka bermain di hadapan cermin dan apabila ia terleka saya terus menangkapnya,” katanya.
Berita mengenai toyol yang ditangkap Ineke itu tersebar luas menyebabkan rumah remaja itu dikerumuni penduduk yang mahu melihat makhluk berkenaan.
Bagaimanapun, penduduk yang datang kecewa apabila tidak melihat toyol di dalam balang plastik berkenaan.
Balang itu diletakkan di luar tingkap rumah bagi memudahkan orang ramai melihatnya dan Ineke turut melukis gambar toyol itu pada sekeping kertas.
“Saya datang ke sini untuk melihat toyol berkenaan tetapi hampa apabila melihat balang itu kosong,” kata ketua kampung Sumobito, Bakheri.
Seorang lagi penduduk juga kecewa kerana tidak dapat melihat toyol berkenaan, tetapi dia percaya Ineke menangkap makhluk itu.
“Beberapa bulan lalu ramai penduduk yang kehilangan wang dan kecurian ini mungkin perbuatan toyol itu,” katanya.
Ineke memberitahu hanya orang yang mempunyai keistimewaan luar biasa sahaja yang mampu melihat toyol berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 8:24 AM
No comments:
Post a Comment