Beijing: Seorang wanita yang berang selepas kadnya ditelan mesin pengeluar wang automatik (ATM) bertindak drastik dengan meleraikan mesin itu menggunakan tangannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60507#sthash.oDzxnGge.dpuf
Dalam kejadian di Stesen Kereta Api Changchun itu, saksi melaporkan wanita terbabit tidak menggunakan sebarang peralatan untuk menanggalkan setiap bahagian mesin berkenaan dalam usaha mendapatkan semula kadnya.
Wanita itu mulanya menggoncangkan mesin itu sekuat hati selama 10 minit sebelum penutup mesin itu tercabut.
Dia kemudian menanggalkan bahagian lain.
Menurut saksi dikenali sebagai Sun, dia dihampiri wanita terbabit, yang disyaki mempunyai masalah mental, untuk mendapatkan bantuan.
Dua saksi lain berkata, mereka secara berseloroh memberitahu wanita terbabit bahawa mesin ATM itu menggunakan kawalan suara dan mampu bertindak balas terhadap jeritan.
Mereka terkejut apabila wanita itu mula menjerit terhadap mesin berkenaan supaya memulangkan kadnya menyebabkan orang ramai menghubungi polis.
Polis kemudian membawa wanita itu ke hospital untuk rawatan.
Dua juruteknik bank yang sampai di situ tidak lama kemudian terkejut melihat betapa mudahnya mesin berkenaan dileraikan.
Mereka mengambil masa 10 minit untuk memasang semula mesin itu, namun tidak menemui sebarang kad di dalamnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:07 AM
No comments:
Post a Comment