Hanoi: Seorang pembalak menemui cendawan Lingzhi gergasi seberat hampir 70 kilogram dipercayai berusia 1,000 tahun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94861#sthash.3PBtuq47.dpuf
Cendawan itu dijumpai di sebuah kawasan hutan di daerah Tuong Duong di wilayah Nghe An, utara Vietnam bersempadan dengan Laos.
Pembalak itu memberitahu, kerana terlalu besar, cendawan itu terpaksa dikerat dua dan diangkat empat lelaki dewasa.
Bahagian kecil cendawan itu dijual kepada seorang penduduk tempatan dengan harga £875 (RM5,692).
Katanya, dia juga menerima tawaran untuk membeli bahagian cendawan yang lebih besar itu pada harga £2,330 (RM15,158).
Bagaimanapun, lelaki itu masih belum memutuskan mahu menjual cendawan berharga itu atau tidak.
Cendawan Lingzhi dianggap sebagai cendawan ajaib kerana dipercayai sangat berkhasiat dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.
Tumbuhan itu sudah digunakan untuk tujuan perubatan di China dan beberapa negara di Asia sejak lebih 2,000 tahun lalu.
Lingzhi juga dipercayai cendawan paling tua di dunia yang digunakan dalam perubatan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:17 AM
No comments:
Post a Comment