|
GUJARAT, India – Gara-gara terlalu inginkan anak lelaki, seorang ibu di sini tidak pernah putus asa untuk mengandung menyebabkan dia kini memiliki sejumlah 15 orang anak perempuan termasuk bayi terbaharu yang ke-16.
Kanu Sangod, 40, dari kampung Jharibhujhim, Gujarat sebelum ini telah melahirkan 14 orang anak perempuan dan akhirnya dikurniakan anak lelaki pertama bernama Vijay dua tahun lalu.
Dia yang terus mengandung anak ke-16 kerana mahu memberikan Vijay adik lelaki bagaimanapun telah menambah seorang lagi anak perempuan dan bayi itu kini masih belum diberi nama.
Sangod melahirkan kesemua anaknya secara normal di rumah selepas berkahwin dengan suaminya, Ramsinh, 45, sejak 20 tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang anak setiap tahun dan terpaksa menunggu sehingga 18 tahun untuk menimang anak lelaki.
“Saya mahu memberikan anak lelaki saya adik agar mereka dapat bergantung antara satu sama lain dan menjaga kesemua kakaknya, namun tidak berlaku sedemikian,” ujar Kanu.
Ramsinh bagaimanapun menegaskan dia tetap menyayangi anak perempuannya dan sangat menginginkan anak lelaki bagi menjaganya ketika tua. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3sAQklZ7N
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment